View: 2123|Reply: 14
|
[Tempatan]
KKM padam ciapan,nafi dakwaan 2,000 orang di CAC Shah Alam semalam
[Copy link]
|
|
KKM padam ciapan nafi dakwaan 2,000 orang di CAC Shah Alam semalam
Diterbitkan 9 Jul 2021, 9:42 am
Dikemaskini 10:01 am
Kementerian Kesihatan (KKM) memadam ciapan yang menyangkal dakwaan berkenaan kehadiran ramai orang di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Pada masa sama, KKM masih bertegas jumlah orang di sana tidak seramai seperti didakwa di media sosial.
Pada mulanya, warganet menyangkal penafian KKM bahawa sejumlah 2,000 orang ke CAC semalam. Penafian itu turut melampirkan gambar yang memaparkan banyak kerusi yang kekal kosong di stadium itu.
"Dakwaan 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Melawati hari ini (semalam) adalah tidak benar. Dua gambar ini menunjukkan situasi sebenar di stadium hari ini.
"Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), semua pesakit yang datang ke CAC hari ini telah dinilai dan menunggu dimasukkan ke wad," kata KKM dalam ciapan yang telah dipadam itu.
Ciapan itu dibuat pada 7.45 malam tadi dan didapati telah dipadam beberapa jam kemudian, selepas pengguna Twitter membidas dan tidak menerima penafian itu.
Ditanya berkenaan ciapan tersebut, seorang jurucakap KKM memberitahu Malaysiakini ia dibuang kerana mengandungi "maklumat salah daripada JKNS berkenaan tarikh dan gambar".
Bagaimanapun, dia berkata kurang 1,500 orang yang ke CAC Stadium Melawati semalam, bukan seramai 2,000 orang seperti didakwa.
Sebelum ciapan itu dipadam, pengguna Twitter @faizol_zaman bertanya jika KKM benar-benar "serius" menafikan perkara itu. Dia mendakwa yang dirinya antara yang berada di CAC itu semalam.
"Kakitangan bertugas juga cakap hari ini hampir 2,000 orang daftar menerusi Selangkah di CAC.
"Saya tak dapat faham sebab saya sampai di CAC Shah Alam jam tujuh pagi tadi, ketika itu pun sudah ramai orang menunggu.
"Hampir 100 petugas barisan depan pakai peralatan perindungan peribadi (PPE) sepanjang hari, dan ada seorang petugas yang menjerit sampai hilang suara untuk kendali ribuan orang yang ada, dan anda masih cakap (gambar) palsu?" dakwanya lagi.
Dia juga mendakwa gambar yang dimuat naik KKM mungkin diambil pada awal pagi semalam, ketika masih tak ramai orang yang berada dalam CAC tersebut.
@KKMPutrajaya seriously la KKM cakap fake?? Aku salah seorang dari mereka kot harini. Even staff bertugas pun cakap harini almost 2K yg daftar di Selangkah CAC ni. Wehh KKM kot. Kasi RT gais biar semua orang tau semua ni betul bukan fake 🤦🏻‍♂‍🤷🏻‍♂‍ https://t.co/ecom81r1c7 pic.twitter.com/134Y9pJHh1
— zonan (@faizol_zaman) July 8, 2021
CAC Stadium Melawati adalah untuk daerah Petaling di Selangor yang berkepadatan tinggi. Petaling juga menjadi daerah dengan kes positif tertinggi di Malaysia.
Sejak dua minggu lalu, terdapat 10,872 kes dilaporkan di sana (purata 777 kes sehari). Ia tidak termasuk kes import.
Angka JKNS menunjukkan 1,313 kes dilaporkan di daerah itu semalam, berbanding 666 kes pada Rabu dan 904 kes pada Selasa.
CAC berperanan menilai mereka yang disahkan positif Covid-19 dan memutuskan sama ada mereka perlu menjalani kuarantin di rumah, ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) atau dirujuk ke hospital.
Ia juga memantau pesakit yang menjalani kuarantin di rumah dan membuang gelang kuarantin yang dipakai sebaik mereka tidak lagi perlu menjalaninya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
APA NI??
Aku xfaham dia cakap apa ???
siapa bohong siapa ???? |
|
|
|
|
|
|
|
First, KKM bohong (konon taknak panik kot) tunjuk gambar stadium kosong je ada tak ramai orang.
Second, guna semantics lepas padam post sebelum tu dan kata bukan 2k orang tapi 1.3k orang.
1.3k ke, 2k ke, pokoknya still ramai.
Bukannya 130 orang vs 2k.
Bab2 taknak rakyat panik ni tak payah lah buang masa nak nafi. Ni zaman media sosial. Terima je lah hakikat dah memang ramai pun positif.
Lagi satu KKM kalau takut sangat orang marah sebab lockdown tapi kes baru tak turun2, terus terang je keluar statement yang Azmin tak ikut saranan KKM untuk lockdown betul2 setakat 2 minggu.
Bila tak lockdown betul2 kilang2 besar, dah jadi meleret2 PKP yang beri kesan kepada peniaga2 kecil.
Cakap je lah. Tak payah nak jaga hati Azmin tu alaaaaahaiiii. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah collapse, mengaku jerlah..xyahlah nkn
Menurut ckp min2 sma under cntrl...diaorg dpt duit..korang kat kkm dpt apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak marah kkm pun buat apa..bodoh pun rakyat. Kkm jugak yg urus dan rawat yg positif covid...patut tanya MB selangor apa yg dia buat? MB selangor mana....senyap. jgn lepas tangan..still if nk tuduh govt pusat..selangor tu bawah kuasa MB..wajib ko uruskan rakyat. Bkn dok goyang kaki, dendiam. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu pemadaman ciapan KKM ini hanyalah masalah teknikal yang berpunca dari maklumat salah daripada JKNS berkenaan tarikh dan gambar. Lagi pun jumlah orang yang ke CAC Shah Alam semalam tidak sampai pun 2,000 orang. Tidak perlulah kita perbesar-besarkan isu ini sebab pihak KKM yang di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Adham Bin Baba telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
.
.
""Kakitangan bertugas juga cakap hari ini hampir 2,000 orang daftar menerusi Selangkah di CAC."
https://www.astroawani.com/berit ... enteri-besar-299266 - Ujian-saringan-Covid19-percuma-penyumbang-jumlah-kes-positif-tinggi-di-Selangor-Menteri-Besar - 22 Mei 2021
Selain daripada itu, PKR Selangor maciam sedang berusaha kuat untuk mengekalkan jumlah kes positif tinggi Covid-19 untuk kempen #KerajaanGagal mereka, supaya PKR punya NomborMan Anwar boleh jadi PM9 dengan secepat mungkin.
UMNO Zahid, Najib dan kluster mahkamah pun cakap #KerajaanGagal dan nak tumbangkan PM8 Muhyiddin.
. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaahaiii tak payah la padam2 kalau dah betul. bukan rakyat marah pun, just nak share yg ramai +ve. lgpun kkm buat kerja kan, nak rengsa sgt pasaipe.
kami marhaen ni pun dah tgk ramai gitu akan lg berhati2 la pasni smbil maki2 gomen sket lockdown jadah apa korang buat smpai menimbun2 +ve.so jaga sop masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
KKM kn butthurt..
Suke block followers..
Sape admin KKM ni tlg munculkan diri...
Xmalu btol. |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah: APA NI??Aku xfaham dia cakap apa ???siapa bohong siapa ????
Biasalah kkm cover selagi boleh.. Drama petugas penat xhabis2.. Tp sembang semuanya masih terkawal.. ahahha
Terkawal tu la jd modal politaik kata dia masih pm yang popular dan disokong oleh rakyat.. Walhal rakyat dah separuh mati nyawa ikan kat bawah..
Dah tercirit pon masih xmo lepas kuasa.. Dasar tamak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
jkom.gov.my: Isu pemadaman ciapan KKM ini hanyalah masalah teknikal yang berpunca dari maklumat salah daripada JKNS berkenaan tarikh dan gambar. Lagi pun jumlah or ...
Kalau masalah kecil, so jawab soalan kaka.. Awat dah berbulan pkp masih xefektif? Masalah teknikal jgk or wayar saraf otak korang tu yang bermasalah sampai dah nak masuk 15bulan pon masih xblh turunkan kes?
Negara yang kes ratusan ribu pon dah blh turun mendadak smpi tinggal lg sikit.. Korang jauh lg sikit pon xblh handle.. Shame on you! |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Teguran kepada admin akaun tersebut memadai dan wajar. |
|
|
|
|
|
|
|
tutup je social media kkm ni. asyik2 sentap xsudah |
|
|
|
|
|
|
|
Balik2 rakyat kena sama2 bertanggungjawab..
Rakyat haruslah mematuhi sop bagai.
Rakyat dah patuh sepatuhnya! Bukti? Tahun lepas time macam ni kita dah zero kes!
Sapa yang buat keadaan jadi teruk macam ni semula???
Muak dah aku baca sms MKN tu! Semua rakyat rakyat rakyat!!! Korang hantar la sms kat 70 org menteri tu pulak! |
|
|
|
|
|
|
| |
|