View: 7627|Reply: 84
|
Derita Janda- Makan Nasi Lauk Sebiji Telur Goreng Dipotong Empat
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Diserang penyakit angin ahmar dua kali dalam tempoh enam bulan, menjadikan kehidupan, ibu tunggal, Maimun Said, 50 berdepan kesukaran.
Keadaan bertambah parah apabila, rumah sewa yang didiami di Jalan Berembang 2, Kampung Rumah 10, Plentong tertunggak bayaran dua bulan sehingga diminta supaya keluar, esok.
Maimun berkata, walaupun menderita angin ahmar yang menyebabkan bahagian kanan anggota badan dari tangan hingga kaki hilang upaya, sejak Oktober tahun lalu, dan tidak mampu berjalan serta memakai lampin pakai buang.
Sebelum ini, keluarganya tidak pernah terlepas dari melangsaikan duit sewa rumah berjumlah RM700, kerana anak keduanya, Nik Mohd Mazrulhafendi Nik Mazlan, 28, mempunyai pekerjaan.
Kredit foto: Harian Metro
"Tetapi beberapa bulan lalu, anak yang menjadi tonggak keluarga diberhentikan kerja kilang, sehingga kami tidak mampu untuk membayar rumah sewa.
"Makcik cuba untuk kuatkan semangat dan penyakit itu menunjukkan tanda positif untuk pulih pada hujung tahun lalu. Namun, pada Mac lalu makcik diserang angin ahmar sekali lagi pada anggota badan sama.
"Anak sudah mendapat kerja baru sebagai pengawal keselamatan bulan lalu, tetapi kami masih tidak membayar tunggakan sewa rumah berjumlah RM1,400. Jumlah itu terlalu besar buat kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.
Maimun berkata, dia bersama tiga anak yang tinggal bersama termasuk anak bongsu berusia 15 tahun, pernah makan nasi berlaukkan sebiji telur goreng yang dipotong empat bahagian.
"Ada masanya makcik makan cuma sehari sekali. Dahulu makcik malu nak meminta tolong dengan orang, sekarang makcik sudah tidak mampu bertahan dan tidak larat lagi nak tanggung derita.
"Makcik harapkan dapat menyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR), dalam masa terdekat.
"Makcik tidak pernah memohon PPR dan apa-apa bantuan sebelum ini kerana tidak tahu dan pada ketika itu anak masih mempunyai kerja tetap menyara keluarga," katanya.
Malah, wanita itu juga sudah dua bulan tidak mendapatkan rawatan susulan bulanan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, akibat pendarahan dalam kepala kerana tidak mempunyai kenderaan dan wang mencukupi.
Bagaimanapun, nasib yang menimpa keluarga itu mendapat perhatian, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang menyumbangkan barangan keperluan harian buat wanita itu antaranya tilam, susu formula, lampin pakai buang dan keperluan dapur.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 013-8379464. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makcik kalau duduk Muor inshaallah Syed Saddiq tu boleh tolong.
Harap2 TMJ hulurlah sekupang dua kat family makcik ni. Tak payah rentas daerah kot TMJ nak melawat.
Heck.... TMJ kot, nak rentas negara pun siapa berani halang tak pasal2 masuk lokap yang halang dia. |
|
|
|
|
|
|
|
pusat zakat mana? badan agama? baitulmal? jab kebajikan? xkan nak tunggu keluar berita, viral br nak buat kerja?ckup2 la dok opis tu dok harap org dtg submit borang mintak bantuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk media macam ni pasti akan ada yang datang bantu |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg jaga kawasan tuh? terlepas pandang kes nih ka? |
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 9-7-2021 02:02 PM
choi mazrul ni penah kena penjara?
Alamak, sebab apa ya. Semoga baik2 sahaja buat keluarga ini. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic: mazrulhafendi tu nampak macam helok jah? L_eW7eIaJNI
Helok tak helok..kalau kilang nak buang tetap la kena buang..bukan dia kata cacat pun. |
|
|
|
|
|
|
|
syed saddiq ada tu ..mesej je le dia |
|
|
|
|
|
|
|
Nape susah nk dpt umah ppr ye? AKu join group deco Rumah Kat FB..aku pelik yg banyak deco ni ada yg dari geng umah sewa PPR. Masalahnya bila deco tu jenis yg macam kayangan punya level bukan level Kedai ECo. So aku jadi pelik. Rumah PPR ni utk org yg miskin tegar ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 9-7-2021 02:54 PM
mclaren: Makcik kalau duduk Muor inshaallah Syed Saddiq tu boleh tolong. Harap2 TMJ hulurlah sekupang dua kat family makcik ni. Tak payah rentas daerah kot TM ...
LOLLLLLL setuju
TMJamaika mesti faham kesusahan sbb Ebit cerita masa kecik TMJamaika duduk dgn penjaga kuda. Nak beli eskrem pun xde duit.
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf nak kata, area plentong 10 tu byk peluang pekerjaan selain kilang ade speedmart yg masih memerlukan org. kawasan bukan pendalaman tapi kat tgh bandar mmg senang nak dapat kerja jalan kaki atau berbasikal pon boleh kalau takde transport..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tak reti bukan tak dapat, dia tak tahu sumber mcm mana nak apply.
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-7-2021 03:51 PM
LOLLLLLL setuju
TMJamaika mesti faham kesusahan sbb Ebit cerita masa kecik TMJamaika duduk dg ...
Tergelak tadi baca.
Dah terlupa pulak UEL sampai sebak bab TMJ bersusah payah kat Tamil Nadu tu. Serious lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak dia..gaji 1800 ,bayar sewa rumah 700.. anak. Pertama Tak tau kerja apa,yg kecik dikata 15 tahun. ..akalau ank je2 Tak kuat,mau dah lari dari rumah |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 9-7-2021 02:57 PM
Nape susah nk dpt umah ppr ye? AKu join group deco Rumah Kat FB..aku pelik yg banyak deco ni ada yg ...
Taklah..rumah PPR ni sapa2 boleh mohon kalau pendapatan bawah rm4k kebawah..dan ada tanah sendiri ya. Tak kisahlah tanah pusaka ke tanah mak.bapak ke asalkan tuan tanah izinkan..bayar bulan2 murah je tak sampai rm500..biasa rm250 kot..ntahh.
Kalau takda tanah susah. Takleh minta cmtu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
isteri adun permas jaya tu
baik sgt orgnya
mintak lar dia bantu
rumah ppr sri stulang tu
kalo halau set2 indon nyewa atas org
byk unit kosong kot |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 9-7-2021 04:32 PM
Taklah..rumah PPR ni sapa2 boleh mohon kalau pendapatan bawah rm4k kebawah..dan ada tanah sendiri ...
you ni org mana yer?
pelik betul kata nak apply ppr
kena ada tanah bagai
bawah rm4k gaji lar
ppr ni mostly pemindahan setinggan
nak senang dpt bayar undertable rm5k
sapa kata ppr utk org miskin?
tak pernah tgk ker parking area
perumahan ppr? berlambak kereta jepun
or continental
yg miskin tu mak pak
anak2 byk kerja exec |
|
|
|
|
|
|
| |
|