Di sebalik kontroversi atau strategi pemasaran yang dilakukan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, ada satu perkara yang wajar diberikan kredit iaitu konsisten dalam membayar zakat.
Ianya didedahkan oleh amil zakat, Faisal Rahim di laman Twitter, bahawa jutawan tersebut telah pun membantu beribu-ribu golongan asnaf.
Jadi, biarpun ada yang beranggapan Aliff sengaja mencipta sensasi di media sosial, namun perkara yang baik sebegini harus dipuji.
Foto :Twitter
Menjelaskan yang sikap terpuji itu dilakukan sejak usia Aliff belasan tahun lagi, mungkin itu yang menjadikan perniagaanya semakin maju.
Manakala, bagi pertanyaan bolehkah mendedahkan jumlah zakat yang dibayar dan adakah itu dikira sebagai menunjuk-nunjuk, Faisal menerangkan ianya dibenarkan dalam agama kerana menimbulkan keinginan orang lain untuk turut berbuat baik.
Foto : IG
Ianya menarik minat netizen dengan jumlah zakat terbaharu yang ditunjukkan Aliff Syukri. Malahan, ada yang menghitung jumlah pendapatan sebenarnya hingga membolehkan Aliff membayar zakat hingga puluhan ribu ringgit.
Foto : IG
Jadi, perkara yang baik harus kita puji kan? Siapa lagi selebriti jutawan yang anda tahu konsisten membayar zakat? Kongsikan dengan kami. - CARI
|