View: 985|Reply: 1
|
Wanita Maut Dijangkiti Varian Delta Dan Alpha Serentak
[Copy link]
|
|
BRUSSELS, Belgium – Pasukan penyelidik di Belgium melaporkan satu kes jangkitan Covid-19 luar biasa melibatkan seorang wanita berusia 90 tahun yang maut akibat varian Delta dan Alpha dalam satu masa sama.
Mangsa yang belum divaksinasi tinggal bersendirian dan mendapat jagaan rawatan di rumah, dimasukkan ke Hospital OLV di bandar Aalst selepas terjatuh beberapa kali dan disahkan positif Covid-19 pada hari kemasukan pada Mac lalu.
Walaupun tahap oksigen wanita itu pada awalnya kelihatan baik namun keadaannya merosot dengan cepat dan disahkan meninggal lima hari kemudian.
Kredit foto: AFP
Semasa kakitangan perubatan membuat kajian jangkitan yang dialaminya, mereka mendapati bahawa dia memiliki dua varian berbeza iaitu Alpha yang berasal dari Britain dan varian Beta yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.
“Kedua-dua varian ini sudah menular di Belgium pada ketika itu jadi kemungkinan wanita tersebut dijangkiti virus berbeza dari dua orang berlainan.
“Malangnya, kami tidak tahu bagaimana mangsa boleh dijangkiti dua varian berbeza dalam masa sama dan siapakah kontak rapatnya yang mungkin menjadi punca jangkitan,” kata ahli biologi molekul, Anne Vankeerberghen dari Hospital OLV yang mengetuai penyelidikan tersebut.
Vankeerberghen turut mengatakan sukar untuk mengatakan adakah jangkitan dua varian berbeza dalam satu masa berperanan menjadikan tahap kemerosotan kesihatan lebih pantas.
Penyelidikan itu yang belum diserahkan kepada jurnal perubatan untuk diterbitkan kini sedang dibentangkan di Kongres Eropah Mikrobiologi Klinikal & Penyakit Berjangkit.
Dalam pada itu, Vankeerberghen memaklumkan belum ada kes serupa yang ditemui sejak pandemik Covid-19 menular dan menambah mungkin kewujudan jangkitan seperti itu dipandang rendah oleh pakar kesihatan.
Ini kerana ujian saringan hanya terhad kepada varian yang menjadi perhatian dan beliau meminta peningkatan penggunaan ujian Tindak Balas Berantai Polimerse (PCR) untuk mengesan mutasi varian sedia ada.
Sementara itu, ahli virologi dan Profesor Onkologi Molekul di Universiti Warwick, Lawrence Young, mengatakan bahawa penemuan dua jangkitan varian dalam tubuh seseorang bukan perkara mengejutkan.
“Kajian ini menekankan tentang keperluan lebih banyak kajian bagi meningkatkan tahap upaya ujian klinikal vaksin Covid-19 dan keberkesanannya terhadap mutasi varian membimbangkan” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Lama lagi laaaa nak pulih donia yang fana ni nampaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|