View: 7915|Reply: 50
|
Tak Nak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Memilih?
[Copy link]
|
|
Selepas kejayaan drama, Projek Anchor SPM, nama pelakon, Nadhir Nasar kini semakin mendapat perhatian ramai pihak.
Kebanyakan daripada mereka menganggap kualiti lakonan yang ditonjolkan oleh Nadhir kini dilihat lebih matang berbanding dengan naskah-naskah sebelumnya.
Lantaran itu, timbul pula cakap-cakap daripada segelintir pihak yang mendakwa bintang tersebut kini dikatakan semakin memilih naskah yang ditawarkan lebih-lebih lagi bila melibatkan drama-drama yang mempunyai genre ‘cliche’.
Foto: IG
Menerusi satu temu bual bersama MH baru-baru ini, Nadhir sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan setiap naskah mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
“Kadang-kala, walaupun sesebuah watak itu tak kena dengan jiwa, kita tetap juga boleh jadikan naskah itu berjaya.
“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya akan buat perubahan dari segi lakonan.
“Dengan gaya lakonan yang mantap, apa sahaja watak yang kita bawa, pasti sahaja boleh menarik perhatian penonton.
“Apa yang saya lihat setakat ini, drama-drama cliche ini kebanyakkannya berjaya kerana ia memiliki pengikut yang ramai,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, juara Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan dirinya tetap akan meneliti terlebih dahulu setiap naskah yang telah ditawarkan kepadanya.
“Nak kata saya memilih naskah, itu memang sudah semestinya. Kalau kita sendiri tahu naskah tersebut takkan berjaya, kenapa kita masih lagi nak buat?
“Tetapi setahu saya, kebanyakan produksi di Malaysia ini, kalau storyline mereka kurang menarik, pasti naskah tersebut akan jadi bagus dari segi mutu lakonan. Kita kena tahu macam mana nak memainkan watak tersebut.
“Bagaimanapun sebagai seorang pelakon baru, saya akan ambil sahaja tawaran yang diberikan dan saya akan olah setiap watak tersebut menjadi lebih baik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Nadhir memaklumkan dirinya kini terpaksa menangguhkan terlebih dahulu beberapa projek drama terbarunya memandangkan negara ketika ini sedang perdepan dengan gelombag ke-3 pandemik Covid-19. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya akan buat perubahan dari segi lakonan.
Kelas ko berangan anak CEO.. Anak makcik jual nasi lemak tak nak ke? Muka pun bg mata aku, tak hensem langsung. Anak CEO konon. Hahahaha.
Siyes ke mamat ni juara Hero Remaja 2020? Awat muka rempit beno? |
|
|
|
|
|
|
|
Handsome level berapa mcm ni?
Ikhlas tanya |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia ni hero remaja yg agak unik..kalau org tak ckp dia hero remaja mmg laa org taktau pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg tgh berlangsung audition pencarian HR terkini kn.. lain sgt tengok peserta2 tahun 90an dulu ngn yg skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sblm citer project anchor tu memang tak pernah tau keujudan dia pun... tengok citer tu pun sebab ada Aedy... |
|
|
|
|
|
|
|
dari aritu meols tertanya-tanya..heols dr mana?
parit ponorogo kah ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuingatkan Nadiya Nisaa bile baca tajuk tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Motif utama hero remaja / dewi remaja ni memang nak cari pelakon ke? |
|
|
|
|
|
|
|
muka ni jadi HERO REMAJA??????????????????
yang memilih pun agak2 la muka Lombok keje sawit gak yg ko pilih jadi hero remaja..Turn offfff btul |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa juara hero rumaja???? husnuzon jela mungkin ada yang benda menarik pasal dek non ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ferr_Remy replied at 13-7-2021 12:41 PM
“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya aka ...
sama lah.macam mana jadi hero remaja pun tak tau la |
|
|
|
|
|
|
|
mrsqueen replied at 13-7-2021 03:14 PM
sama lah.macam mana jadi hero remaja pun tak tau la
Iols mula2 baca sekali imbas pasal die juara hero remaja... Iols trpaksa baca blik betul2 sbb nak make sure iols tak salah baca. Then iols gigih google sbb x percaya hahahaha. Bg iols klu muka camni masuk hero remaja pun mcm x layak jer. Mmg tak percaya smpai skrg hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
jazmy juma khan handsome! tak dirisik ke oleh pengarah2 malaysia? boleh digilap bakatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Confident dehh mamat ni nak memilih
|
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 13-7-2021 03:03 PM
haaaa juara hero rumaja???? husnuzon jela mungkin ada yang benda menarik pasal dek non ni.
masa btnding hero remaja, dia sgt bijak n jauh tgglkn iq peserta lain. tu je nk habaq huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ferr_Remy replied at 13-7-2021 04:07 PM
Iols mula2 baca sekali imbas pasal die juara hero remaja... Iols trpaksa baca blik betul2 sbb nak ...
Muka dia editorial high fashion la jugak.. not bad cuma tak la cup of tea everyone.. gitu |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke memilih?? kee sikit je offer dapat?? |
|
|
|
|
|
|
|
follesegal replied at 13-7-2021 05:41 PM
masa btnding hero remaja, dia sgt bijak n jauh tgglkn iq peserta lain. tu je nk habaq huhu
yeke? bagus laaa gitu. Last HR iols ambik tau pun zaman awal 2000an je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|