Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto sambutan ulang tahun kelahiran ke-11 anak tirinya, Barr Al Aliy.
Menerusi Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen sekitar majlis berkenaan di kediaman mereka untuk tatapan umum.
"Happy birthday anak abah Barr Al Aliy.. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya."
Apa yang menarik perhatian ramai adalah wajah Jep yang begitu mirip dengan kedua-dua anak tirinya sehingga ada yang menyatakan mereka seperti anak kandung Jep.
Ramai warga maya suka melihat gelagat keluarga bahagia ini.
Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Kredit foto: IG Jep
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr dan Baasit Al Haq.
Sumber: Gempak
|