Susulan hangat kisah seorang pelakon wanita dikecam di media sosial gara-gara mempertikaikan mengapa perlu warga emas dipaksa menerima suntikan vaksin COVID-19, Michael Ang turut membidas pendapat pelakon tersebut.
Berkongsi luahan di Instagramnya, Michael menulis bahawa mereka sekeluarga 'memaksa' ibunya yang berusia 93 tahun untuk mengambil vaksin kerana mahu melindunginya dari wabak maut itu.
Kredit foto: Instagram Michael Ang
Menurut Michael lagi, dia tidak berhak mempertikaikan perbuatan orang lain yang mahu orang tua mereka divaksin sekiranya dia sendiri tidak mahu berbuat demikian.
Simpan lembap dalam tin biskut!
Menjengah ruang komen, netizen lain turut bersetuju dengan Michael termasuklah pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.
Kredit foto: Instagram Michael Ang
Pelik juga sikap orang kita ini. Bila nak pergi haji atau umrah perlu juga suntikan vaksin, tak ada yang komplen. Tapi bila bab nak lawan wabak ini liat sangat nak ikut.
Memanglah ajal maut di tangan Tuhan. Tetapi bagaimana pula tentang usaha dan ikhtiar yang dituntut oleh agama kita? - CARI
|