View: 29176|Reply: 177
|
Ada juga artis yang nak kutuk arwah benjy, bukan dapat apa pun...
[Copy link]
|
|
SEORANG pelakon tanah air menuduh Benjy tidak dipedulikan oleh adik-adiknya.
Dituduh ‘selfish, evil’, adik Benjy jawab tohmahan pelakon
PETALING JAYA – Adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty meluahkan rasa terkilan dengan tohmahan seorang pelakon yang menuduh keluarga langsung tidak mengendahkan keadaan abangnya itu sepanjang berada di penjara.
Katanya, tindakan individu berkenaan dianggap sebagai biadap ketika kubur arwah masih merah selain mengheret sekali nama ibu mereka, Allahyarham Azean Irdawaty dan kakaknya, Elza Irdalynna yang selama ini menanggung keluarga.
“Aku tak habis menangis, tanah kubur abang masih merah lagi, kau boleh tanya aku benda-benda macam ini? Kau cari pasal! Aku tengah kerja, dapat mesej kau, message, mula nak abaikan.
“Tapi kau heret sekali kakak dan mak aku. Kat profil tulis takziah, kamu idola bagai selepas itu kat aku tergamak kau tulis macam itu,” katanya menerusi luahan menerusi Facebooknya.
Anak bongsu daripada tiga bersaudara itu menzahirkan perasaannya susulan ‘serangan’ seorang individu yang meninggalkan rangkaian komen menyakitkan hati menerusi laman sosialnya.
Antara tuduhan dilemparkan adalah membiarkan abang mereka di penjara tanpa bantuan bayaran perubatan hingga meminta sumbangan dan pakaian juga tidak berganti selama dua tahun.
Secara sinis akaun yang tidak pasti sama ada milik pelakon berkenaan atau sekadar akaun palsu itu secara sinis turut menuduh Inessa dan kakaknya hanya mahu meraih publisiti di atas kematian abang mereka.
Enggan berdiam diri, Inessa mendedahkan mereka berdua tidak pernah berhenti menyara keluarga sejak ibu mereka sakit disusuli ayah
yang tidak sihat serta tidak ketinggalan menyalurkan Wang belanja buat Benjy di Medan.
Biarpun berada dalam kesulitan dan sampai satu tahap kakaknya hampir membunuh diri, mereka sanggup melakukan pelbagai kerja dalam satu masa demi menampung kehidupan.
“Kau tahu berapa banyak kakak aku bagi Ben setiap bulan? Kau tahu ke macam mana kakak aku membahagikan masa sampai kadangkala lakukan tujuh kerja dalam satu masa.
“Masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja, sebab dia bagai nak mati cari duit nak hantar kat abang aku? Kau tahu berapa kali kakak aku bunuh diri sebab tak tahan tekanan jaga abang aku?
“Kau tahu ke bapak aku dah sakit empat tahun, aku jaga dia seorang?Kau tahu ke bapak aku sendiri hampir mati lima kali dalam tempoh 4 tahun ni, aku kena handle seorang… selain suami aku dengan kakak aku,” katanya lagi.
Ulasnya lagi, mereka sudah membelanjakan ribuan ringgit untuk rawatan bapa mereka yang diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu sehingga terpaksa menangguhkan pernikahan beberapa kali.
“Kau tahu ke berapa kali aku dah rancang nak kahwin, aku kena batalkan? Berapa banyak duit aku simpan nak kahwin kena habis belanja sebab nak tolong mak aku, tolong abang aku, tolong bapak aku.
“Bukan sekali dua kali. Sembilan tahun aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan akhirnya aku kahwin buat nikah covid-19 sahaja tahun lepas,” tambah Inessa.
Pada masa sama dia turut mendedahkan Benjy nyaris mati ketika masih berada di Kuala Lumpur namun mereka membantunya untuk kembali pulih.
“Kau tahu ke berapa kali aku nangis mintak ampun dengan abang aku sebab aku tak mampu nak tolong lebih? Kau tahu ke berapa kali abang aku yang minta ampun dengan aku atas apa yang terjadi?
“Kau langsung tak tahu apa-apa! Kau tanya kalau emak tahu perkara ? Percayalah, kalau Mak aku nampak semua mesej kau ini, dua-dua belah muka kau dah kena tampar,” katanya.
Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia, pada Ahad lalu.
Aktor serba boleh itu sedang menjalani hukuman selama 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan atas kesalahan memiliki dadah sekitar April 2. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gmbar profile tu mcm artis bertudung,
siapa tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya baca luahan adik dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
NK yg sibuk carut adik arwah.. Janda mental watyuekspek |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 14-7-2021 01:58 PM
owh NK ker...
Iyo dekkk.. Lepas dah carut kwn tu dia private ig dia.. Tinja sgt perangai |
|
|
|
|
|
|
|
abis tu mmg benjy tu ada kes. xelok...bukan semua baik2 pn |
|
|
|
|
|
|
|
Klo acik tu mmg patut kena lempang berkali2 termasuk kes masa pru dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat tak elok was Benjy
Nape nak heret adik2 dia sekali
Takkan adik2 dia nak canang each time depa bantu abang depa
Retis2 ni mmg camni
Kalau tak letak kat ig kat fb kat telegram hatta kat group whatsapp
Maknanya org tu takde buat apa2
Sebab retis (even netizens) jenis nak kentut pun kalau boleh nak letak socmed |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun sampai nak bunuh diri.. ni sbb nukilan c wardina tu ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 14-7-2021 01:58 PM
owh NK ker...
nk sape norish karman keww.. i ktinggalan ketapi |
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 14-7-2021 01:57 PM
NK yg sibuk carut adik arwah.. Janda mental watyuekspek
NK Norish Karmang kaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Benjy memang salah tapi whoareyus nak masuk campur hal keluarga orang Norish Karman? Kau diam2 jaga anak zina luar nikah kau tu, sudah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya adik..semoga kuat lalui dugaan
|
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 14-7-2021 02:16 PM
Yang buat tak elok was Benjy
Nape nak heret adik2 dia sekali
Takkan adik2 dia nak canang each time ...
Kan..sendiri cari pasal, menyusahkan keluarga..last2 bila dah xde, family y byk tlg tu tetap dihina.. ohemgeeeeee..
And mcm tak biasa retis, even though kenal secebis jah dlm 0.1% jah org tu,tp sbb retis nak up nama kan, canang mcm knl org tu luar dalam..retis dan bodoh..selamanya bersama,tak dpt dipisahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti dikatenye kn hack plakkk |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... semoga dah kurang sikit beban skrg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|