CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 3

[SEJARAH] Pokok getah pertama tahun 1877

[Copy link]
Post time 14-7-2021 10:14 PM | Show all posts |Read mode

Pokok getah pertama



Pokok getah pertama yang ditanam pada tahun 1877 di negara ini yang masih hidup terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Negeri Sembilan pun terdapat pokok getah hasil anak benih sama yang masih kekal hidup di Jalan Keliling, berhadapan dengan kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan dan berdekatan dengan Galeri Diraja Tuanku Jaafar.

Ketua Unit Pelancongan Komuniti dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Shamaruddin Saidin berkata, kehadiran pokok getah berkenaan disedari oleh kakitangannya tiga tahun lalu dan kini dijadikan sebagai produk pelancongan warisan di daerah ini.

Menurutnya, berdasarkan kajian pokok getah berkenaan dipercayai merupakan satu daripada 22 anak benih yang dibawa dari Kew Gardens, England pada 1877.

“Sebanyak 11 anak benih pokok getah itu disemai di Botanic Gardens, Singapura dan selebihnya dibawa ke Malaya yang mana sembilan pokok ditanam di Kuala Kangsar dan satu di Negeri Sembilan dan Melaka.

Pokok getah yang mempunyai lilitan batang sepanjang 3.5m dan ketinggian 25m ini berusia 120 tahun. Beliau berkata, British membuka ladang getah pertama di Negeri Sembilan di Estet Linsum, Rantau selepas yakin melihat keupayaan, kesesuaian serta tumbesaran yang sempurna pokok getah berkenaan.

Katanya, ia telah dibuka oleh Bapa Perusahaan Getah Asli di Malaya, Thomas H Hill dengan keluasan 1,600 ekar pada 1883.
“Menjelang 1920, Malaya sudah pun mengeluarkan lebih separuh daripada getah dunia dan getah masih merupakan tanaman penting di rantau ini sehingga sekarang,” katanya.

Apa yang lebih menarik, penilaian mengikut piawaian kualiti fizikal dan sosial antarabangsa menunjukkan ia bernilai RM3.8 juta. Disebabkan bernilainya khazanah itu, MPS telah memagar kawasan itu tahun lalu bagi mengelakkan orang ramai merosakkannya.

“Bagi kami tinggalan sejarah ini perlu dipelihara dan rasanya bukan saja orang luar, tapi orang Negeri Sembilan pun masih ramai yang tak sedar kehadiran pokok getah ini.

“Selama ini kita dengar pokok getah tertua yang masih hidup ada di Kuala Kangsar, tapi di Negeri Sembilan pun ada. Sebab itu kita turut letak beberapa papan tanda bagi memberi informasi kepada pengunjung mengenai sejarah pokok ini,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pokok itu kekal hidup, MPS juga sentiasa menyembur racun anai-anai dan menjaga kebersihan di kawasan sekitar.


#creditberitaharian
#PeristiwaNSejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Benih dari England, tapi England ada jadi pengeluar getah ke tak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
i pnh blajar psl ni..i xingt la subjek apa..tp masa kat uni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 08:09 PM | Show all posts
edayildiz replied at 3-8-2021 02:13 AM
i pnh blajar psl ni..i xingt la subjek apa..tp masa kat uni

Kenegaraan la kot.. hihi.. masa kat u dulu subjek sejarah yg kita kena belajar 2 ja.. satu lagi Tamadun Islam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054482 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list