View: 1559|Reply: 9
|
Bukan tidak dibenar naik feri
[Copy link]
|
|
Gambar lelaki yang berjaya diselamatkan petugas Penang Port yang tular hari ini.
Bukan tidak dibenar naik feri
GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang didakwa terjun ke dalam laut berdekatan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini kononnya kerana tidak dibenarkan menaiki feri seperti yang tular di media sosial hari ini adalah tidak benar.
Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan tidak memasuki terminal itu untuk menaiki feri seperti didakwa.
“Dia juga tidak melompat dari SPCT seperti dakwaan berkenaan.
“Lelaki itu diselamatkan oleh pekerja Penang Port dengan memberikan pelampung selepas melihat dia terkapai-kapai di dalam laut pada Isnin lepas,” kata kenyataan itu.
Menurut Penang Port, lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu tular di media sosial yang mendakwa seorang lelaki tidak dibenarkan menaiki feri untuk ke Seberang Perai berikutan tiada surat kebenaran merentas daerah sebelum nekad terjun untuk berenang.
Beberapa gambar dan video rakaman orang awam turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.
Sementara itu, Penang Port meminta orang ramai tidak menyiarkan berita tidak tepat di laman sosial bagi mengelakkan kekeliruan sehingga mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo jadik kenapa dia boleh ada kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup Berenang Rentas Lautan Nak Jumpa Kawan, Nasib Baik Tak Mati!
Georgetown: Terjun ke laut dan cuba berenang ke Seberang Perai, demikian tindakan nekad lelaki dalam kejadian di Tanjung City Marina, Pengkalan Weld di sini, pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, lelaki berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan oleh kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selepas melihat terapung di laut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 6 petang Isnin lalu berhampiran jeti di sini.
Menurutnya, lelaki berkenaan cuba berpatah balik ke jeti dipercayai kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas PPSB.
Foto: Harian Metro
"Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis dan siasatan mendapati lelaki terbabit mendakwa dia mahu berenang ke seberang kerana ingin bertemu dengan rakannya.
"Dia tidak mempunyai kebenaran polis untuk rentas daerah kerana tiada alasan munasabah untuk berbuat demikian," katanya di sini, semalam.
Menurut Soffian, ketika diselamatkan lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya menyatakan nama serta butiran peribadinya secara lisan.
Katanya, semakan mendapati lelaki berkenaan berasal dari Bayan Lepas di sini, dan tidak mempunyai pekerjaan.
"Ibu lelaki berkenaan ketika dihubungi mengatakan bahawa anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan serta disyaki penagih dadah.
"Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan patah tangan kanan dan masih menerima rawatan lanjut ketika ini," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dibuat selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.
Video dan foto lelaki berkenaan ketika diselamatkan turut tular di media sosial sejak semalam.
Sementara itu, PPSB menerusi kenyataannya menafikan bahawa lelaki berkenaan terjun ke laut kerana tidak dibenarkan menaiki feri.
"Lelaki itu tidak memasuki atau melompat di terminal ini bagi menaiki feri seperti yang didakwa menerusi hantaran yang tular di media sosial," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
drug addict rupanya
patut biar lemas je |
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah rakan yang dia nak jumpa sangat tu sampai sanggup rentas lautan... |
|
|
|
|
|
|
|
oh drug addict ke..nk g beli stok kot |
|
|
|
|
|
|
|
jangan cepat percaya org tu drug addict terutama bila berita dari Penang dari cina cina
sebab itu hari anak yatim piatu pitam sebab duduk tunggu org beli produk ke apa dia jual tenagh panas
bila anak Melayu pitam di gasak kata penagih dadah ,bila ada manusia waras pergi angkat dan periksa budak tu suci sangat ,wajah dia nampak suci ,anak yatim piatu pula kannn
tempat dia tinggal arah dia jual produk produk kan...
kesian
terbit airmata bila kita tahu perkara sebenar
jangan mudah menghumban benci bila kita xtahu dna langsung xkenal org tu
Boleh jadi kita sedang membenci sesuatu atau seseornag yang Allah kasihi.
Bersederhanalah dlaam berkata-kata
kerana kata-kata lebih tajam dari mata pedang.
Bila terhiris akibat dihunus mata tajam pedang xmungkin hati tidak berparut sungguhpun sudha lama luka itu berhenti berdarah.
-Diknah
|
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 15-7-2021 12:48 PM
jangan cepat percaya org tu drug addict terutama bila berita dari Penang dari cina cina
sebab i ...
kat tred lagi satu yg dah katup tu mak dia sendiri kata anak dia tu drug addict..pi berenang ke seberang sbb nk jmpe kawan katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau sudah serupa itu drug addict nya , kenapa dia xmampus saja
|
|
|
|
|
|
|
| |
|