Dalam pada masa yang sama, Norish berkata dia mengetahui soal kesusahan arwah Benjy ketika berada di penjara menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.
Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwah Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwah terjaga?
Norish turut berkata dia telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen atas sebab perkongsian yang dibuat oleh adik arwah Benjy tersebut.
Jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya tersebut.
Norish bagaimanapun memohon maaf jika soalan yang ditanya olehnya itu dihantar pada masa yang tidak sesuai.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
SUMBER : mStar Online