Pernah dituduh sebagai perampas kerana menyebabkan seorang isteri hamil diceraikan, kini dia menerima kifarahnya.
Perkahwinan kontroversi, janda anak satu, Nadia Christina dengan pemain bola sepak Indonesia, Alfath Fathier hanya bertahan empat bulan sahaja apabila wanita itu mengambil keputusan untuk berpisah kerana mendakwa dipukul selama empat jam.
Foto : Popbella.com
Foto : Hot Detik
Terdahulu, gara-gara mabuk cinta, Alfath telah menceraikan isteri pertamanya, Ratu Rizky Nabila yang ketika itu sarat mengandung sembilan bulan.
Malahan, Nadia pernah menghina Nabila dengan menyatakan air susunya beracun dan anak yang lahir itu hasil dari pelacuran.
Foto : Detik Hot
Jadi, apabila Nadia dipukul hingga mahu berpisah dengan suaminya, netizen merasakan ianya adalah kifarah.
Menerusi temubual di saluran Youtube, Denny Sumargo, wanita berkenaan menyesal dan mahu meminta maaf secara peribadi atas kesalahannya. Dia mahu berdamai dan menangis, minta maaf atas kesalahannya dan bayangkan tidak pernah bertemu Alfaith.
Jadi, benarlah kifarah itu wujud. Hidup sebagai perampas mungkin bahagia pada awalnya tetapi pasti akan mendapat pembalasan. -CARI
|