CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19796|Reply: 163

[Tempatan] edisi terkejut! ' balai polis disko' kene serbu!

  [Copy link]
Post time 21-7-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: 'Balai polis disko.' Itu gelaran boleh diberikan kepada tindakan menjadikan bilik di sebuah balai polis di daerah Kajang sebagai lokasi berhibur.

Susulan tindakan itu, seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan, semalam.


Serbuan kira-kira 6 petang itu dibuat Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman susulan maklumat awam.

Suspek ditahan ketika sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.


Suasana bilik berkenaan juga tidak ubah seperti disko kerana dipasang lampu berputar

Pasukan serbuan menahan OCS berpangkat Sub-Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Serbuan juga merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

Selain itu, lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita turut dirampas.

Sementara itu, Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, polis memandang serius salah laku yang dilakukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, serbuan dibuat bagi memastikan balai polis tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.

"Saya sahkan serbuan dan penahanan yang dijalankan JIPS Bukit Aman hasil maklumat awam.

"Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan tindakan tegas akan diambil terhadap suspek yang terbabit," katanya kepada Harian Metro.

Disiarkan pada: July 21, 2021 @ 2:11pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ini kalau tak pecat gak tak tahula
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat... kohkohkoh tp akhirnya kantoi gak
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam balai polis ada disko

Kalau sembang dengan anak anak polis semua akan cakap bapa kami tak makan rasuah
Semua bagus2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat!
Balai mana la tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:42 PM | Show all posts

Pak Mid Badot Senyum Sinis

Kah2..  Ape komen KPN sekarang ney??  Ke last2 marah pulak tukang serbu..  Begitulah rase aku nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh gila la
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:47 PM | Show all posts
Edited by brego at 21-7-2021 02:49 PM

bagi la chance geng2 kartel nak berhibur release stress dengan GRO   

"Saya sahkan serbuan dan penahanan yang dijalankan JIPS Bukit Aman hasil maklumat awam.

org awam yang jadi informer isu DALAM balai polis  

harap2 informer tu tak kena dakwa,
atas sebab mencalar kan imej dan integriti geng kartel  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah KDN tiada juruaudit yg memantau?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:48 PM | Show all posts
Harap JIPS selalu terjah ke setiap balai secara mengejut juga...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan dlm filem bollywood...rupanya 'berdasarkan kisah benar berlaku di Malaysia'...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nk tergelak pun ada, mcm2 la dunia ni, ni mesti dah biasa gi night club, sebb pkp.. night club tutup, kita disko diski di balai pun ok lahhh.. kita enjoyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:18 PM | Show all posts
hanya di tanah airku...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:22 PM | Show all posts
tu aku cakap...

penguatkuasa kat malaysia ni hancurrr...

dgn perangai lahanat nya, dengan makan rasuah, yg pencuri, yg merogol, yg dorang sendiri penjenayah...

tak pelik la jenayah kat malaysia ni tak turun2 dan selesai...

orang macam ni kita harap nak pertahankan dan menjaga keselamatan rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda tmpat lain ke kot ye pn nk buat port keja haram??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok baling taik lembu jer muka sesekor
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau polis buat birthday party kat tingkat dua tu kita faham la, ada lagu, ada lampu. Tapi ni siap ketum dan alcohol bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
wow. tingkat bwh menegakkn keadilan..tingkat ats ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dapat party kat disco, mereka buat disco sendiri. Paling power, disco kat balai. Adoi, apa ke pelikkkkk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.253592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list