View: 36828|Reply: 232
|
[Tempatan]
Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala. #157, Tidak balas ‘propos
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 23-7-2021 02:57 AM
Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala
https://www.kosmo.com.my/2021/07 ... ayar-syarikat-hala/
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
21 Julai 2021, 3:55 pm
Muhammad Nadir (kanan) dan Ebit di Gaza.
PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew digesa untuk memberi penjelasan mengenai kaedah digunakannya untuk memasuki Gaza, Palestin baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran mahal bagi membolehkannya memasuki Palestin.
Dia berkata, dalam tempoh sekitar lapan tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO antarabangsa Miles of Smiles.
“Jumlah maksimum mungkin 200 hingga 300 orang sahaja dapat masuk setahun. Kaedah ini telah diamalkan oleh semua NGO yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza.
“Kenapa kaedah pasukan EL (Ebit Lew) memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi,” katanya
Muhammad Nadir berkata, tindakan menggunakan khidmat syarikat itu dibuat hasil daripada desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama dengan Mesir.
Katanya, ia bagi membolehkan pasukan Ebit memasuk ke Gaza tanpa mengira berapa pun kos yang perlu dibayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu.
“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk. Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza.
“Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya iaitu $1200 (RM5,090.40) seorang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza,” katanya.
Menurutnya, dengan bayaran tersebut, pembayar akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ bagi merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari untuk dilalui.
“Untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya,” katanya.
Muhammad Nadir mempersoalkan sama ada pihak Ebit bersedia memberi penerangan menganai ratusan ribu ringgit yang dibayar ke syarikat Hala bagi tujuan seperti penginapan dan barangan sumbangan dibeli untuk agihan.
“Sekiranya perbelanjaan tersebut datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini.
“Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain,” katanya. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tunggu apa respon TMJ
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila membawang kat sini weiiii.
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1260513&extra=&page=20&mobile=2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan 'dalam filem' jer 'mende camni' berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Tmj dan h20? Panassss |
|
|
|
|
|
|
|
tempat perang dah macam tempat pelancongan |
|
|
|
|
|
|
|
team ebit kena perjelas tu..kesan pada mereka yang dh lama beroperasi disana sedikit sebanyak. |
|
|
|
|
|
|
|
sementara itu...di tanah air...ramai orang yg memerlukan bantuan...tidak memperolehinya....atas sebab2 yg tidak diketahui.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan diperolehi nilai juta2.
Bazir ratus ribu bagi team EL takde apa.
Connection dia besar. Sekali hulur main ratus ribu. |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 21-7-2021 05:33 PM
tempat perang dah macam tempat pelancongan
Ayat kaka ni boleh beri idea ni untuk negara2 perang. Dunia dah hada dark tour, boleh la negara2 perang tak abis2 cuba war tour pula dengan syarat apa2 jadik, tanggung sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan bangsa Arab, umat Melayu pulak bergaduh... |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-7-2021 04:23 PM
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200
Manalak 1.2k. Tu harga untuk warga tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah masalahnya...pak arab kat saudi sana,mesir rilek2 je...
kita sini kecoh2 kepoh2 baru nak bagi bantuan sikit dh gaduh2...
bersatu la wahai saudara saudari..fokus fokussss
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-7-2021 05:23 PM
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200
Kalau ikut apa yg nadir beritau kat atas tu
1200 utk rakyat tempatan
kalau utk org luar lagi mahal |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-7-2021 05:23 PM
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200
1200 warga tempatan. Ini orang luar siap diiring kereta perisai, juta2 lemon yaaahhh kena byr |
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 21-7-2021 06:44 PM
Kalau ikut apa yg nadir beritau kat atas tu
1200 utk rakyat tempatan
kalau utk org luar lagi mah ...
Katakan minimum $1200. Kalau 3 orang dah berapa. Berapa orang team heols yg turun dari bas hari tu yang masing2 lagak mcm diva? Convert pulak RM.
|
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 21-7-2021 06:55 PM
1200 warga tempatan. Ini orang luar siap diiring kereta perisai, juta2 lemon yaaahhh kena byr
Iols nak tau berapa ramai team heols?
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 21-7-2021 06:40 PM
Manalak 1.2k. Tu harga untuk warga tempatan.
Berapa ramai team heols? |
|
|
|
|
|
|
| |
|