CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala. #157, Tidak balas ‘propos

  [Copy link]
Post time 22-7-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
diss69 replied at 22-7-2021 01:27 PM
Kannnn,geram betul susah nk klick next page..

iol guna adsblock browser , kalau tak segala mak nenek iklan keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macamni kita nak husnuzon ke semua tu duit diaaa?

Allah sayang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-7-2021 04:08 PM
Suruh dia tunjuk hitam putih la kata byar 10k.

Hahaha kan..  dia suruh nadir , dia sendiri tak buat. Bertambah2 cunning ..  

Pasni segala mala akan terlondeh..  nasiblah sapa2 yang terlibat dgn monilondering.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 22-7-2021 04:19 PM
Hahaha kan..  dia suruh nadir , dia sendiri tak buat. Bertambah2 cunning ..  

Pasni segala mala ...

Bakal terlondeh ni.. Dia betul2 terkesan bila Nadir jawab kat telegram.. Dan2 buat report.. Sampai so topi pun x boleh nak citer pihak dia pulak.

Kita hanya boleh dengar pihak ebit saja l
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MsPercy replied at 22-7-2021 03:09 PM
Iols singgah sini lepas tgk video kat fb yg viral hari ni. El kate die guna duit dr poket sendiri. W ...

Ang nak kena tulah meh?. Muahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:26 PM | Show all posts
lavendernovella replied at 22-7-2021 04:19 PM
Hahaha kan..  dia suruh nadir , dia sendiri tak buat. Bertambah2 cunning ..  

Pasni segala mala ...

kalau ikut legal perspective si penuduh ke yang tertuduh kena keluar bukti.
Biasanye aku rase si penuduh kena keluar bukti bersama hujah baru yang tertuduh rebut.
So technically betul ahh..

Sekarang ni akupun tak tau nak percaya siapa.
si penuduh tak boleh tipu ke? si tertuduh tak boleh tipu jugak ke?
2-2 pun sama manusia yang lemah... kenapa kena taksub UEL atau taksub Caprice atau taksub Nadir?
kenapa tak boleh amik jalan tengah?
Geng anti UEL sibuk kata kat geng UEL, Geng taksub UEL sibuk kata kat geng anti UEL
kita kata kat orang rupa2nye kita lagi teruk

nak2 stail sembang laman sosial aje.. take it with a pinch of salt.
At the end of the days kite semua humans...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi macam aku senang. Tak payah buang masa nak mengidolakan sesiapa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:33 PM | Show all posts
Cukup baik lah ustaz nak tolong, support la sikitt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:35 PM | Show all posts
Didakwa berseronok, beli barang di Mesir... Ini jawapan Ebit Lew
Madiha Abdullah
Julai 22, 2021 15:55 MYT

KUALA LUMPUR: Tidak sepatutnya timbul isu pembelian barangan sumbangan di Mesir ketika misi kemanusiaan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ke Gaza baru-baru ini.
Ebit memaklumkan, beliau membeli barang-barang keperluan terutama barangan dan kelengkapan perubatan di Mesir kerana ia lebih mudah didapati.

"Saya jumpa pesakit kanser yang beritahu, ubat yang dia ambil hanya ada di Mesir. Begitu juga seorang pesakit jantung yang memerlukan pembedahan, doktor tak boleh jalankan pembedahan kerana kelengkapan yang diperlukan tiada di Gaza.
"Jadi tak ada isu pun kenapa saya beli barang di Mesir dan bukan di Gaza," katanya dalam sesi soal jawab secara maya, hari ini.

Menjawab isu beliau didakwa 'berseronok' semasa di Mesir, kata Ebit, ia adalah tentatif daripada pihak agensi pelancongan di sana dan beliau tidak mempunyai pilihan lain.
"Saya ke sana dengan tiga niat utama. Saya mahu serahkan barangan perubatan dan kemudian balik. Tetapi kalau ada rezeki, saya mahu sampai ke Rafah, pintu masuk ke Gaza dan kalau diizinkan, saya mahu masuk ke Gaza.

"Saya tahu agak mustahil kerana ketika saya sampai, perang belum reda. Tetapi saya tawakal dan berdoa sahaja.
"Di Mesir, kami sudah serahkan nama sebab di sana bukan boleh main-main. Mereka mahu tahu kenapa kita berada di sana dan kenapa nak ke Gaza. Nama pun kawasan perang, tentu banyak prosedur yang perlu diambil kira, tidak semudah itu sahaja.

"Kami berada di Mesir dengan sebuah agensi pelancongan, jadi kami kena ikut jadual yang disediakan mereka sementara nak tunggu kelulusan untuk masuk ke Gaza," katanya sambil memaklumkan beliau menggunakan duit sendiri ketika di Mesir.

Dalam pada itu, kata Ebit, tindakannya membina rumah anak yatim di Gaza adalah cara yang dipilihnya untuk memberi bantuan.
"Setiap orang ada cara masing-masing untuk membantu. Saya hormat cara orang lain beri bantuan.
"Saya pilih untuk bina rumah anak yatim dan saya harap orang tidak persoalkan kenapa," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:38 PM | Show all posts
Babai replied at 22-7-2021 04:27 PM
Jadi macam aku senang. Tak payah buang masa nak mengidolakan sesiapa

aku rasa most of the people dlm laman sosial mcm kita la, dok tengah2.Tapi penat baca geng taksub A hentam geng taksub B, and so on.
padahal sama aje.. dah mcm politik Malaysia.

Mesti geng2 politik bersyukur sebab adanye kes ni.
kurang sikit diorang kena hencap...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 22-7-2021 04:26 PM
kalau ikut legal perspective si penuduh ke yang tertuduh kena keluar bukti.
Biasanye aku rase si  ...

Taksub pada Allah jer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-7-2021 04:23 PM
Bakal terlondeh ni.. Dia betul2 terkesan bila Nadir jawab kat telegram.. Dan2 buat report.. Sampai ...

Transfer2 mesti libat gomen, geopolitik lg.. dah ler pak ereb2 tu bab politik lg radical dr sini.

nasiblah ....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:42 PM | Show all posts
Babai replied at 22-7-2021 04:27 PM
Jadi macam aku senang. Tak payah buang masa nak mengidolakan sesiapa

kita jgn idolakan individu..tp idolakan apa kebaikan yg dia buat..
br tak jd pentaksub manusia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:44 PM | Show all posts
Ebit Liew bersumpah tak larikan dokumen ke Gaza
    Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
    22 Julai 2021, 3:59 pm

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atasnya bahawa beliau melarikan dokumen permohonan ke Gaza seorang diri.

Ini selepas beliau didakwa pada awalnya merancang ke luar negara bersama penyanyi rap Caprice, pengacara Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail.

Bagaimanapun, keadaan dilihat berlainan apabila Ebit Liew pergi ke Gaza bersama pasukannya sahaja tanpa melibatkan tiga orang yang lain.

“Wallahi saya tak pernah jumpa tiga-tiga nama termasuk Caprice. Saya tak pernah berbincang langsung dengan orang ni untuk pergi ke Gaza. Saya tak pernah mesej Caprice sepanjang untuk pergi Gaza tak pernah.

“Saya fikir saya sangka baiklah, mungkin dia penat. Dia stress. Dia tak sedar apa yang berlaku. Tapi dia berkeras kata, saya bawa lari dokumen. Wallahi saya tak pernah jumpa Hariz, Neelofa, jumpa tu pernahlah tapi bukan untuk pergi Gaza,” katanya menerusi siaran langsung di Instagramnya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Berita lanjut menyusul…
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 22-7-2021 04:42 PM
Transfer2 mesti libat gomen, geopolitik lg.. dah ler pak ereb2 tu bab politik lg radical dr sini.  ...

Kan iols dah ckp.. Belakang ada kabel..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:53 PM | Show all posts
Tiada tabung dibuka untuk misi ke Gaza - Ebit Lew
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew hari ini tampil menafikan tuduhan terhadapnya berkaitan kunjungannya ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Dalam sesi sidang media itu, Ebit memberi penjelasan beberapa perkara dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman dan penyanyi rap, Caprice.

Ebit berkata, semua perbelanjaan yang digunakan termasuk pembelian ubat, barangan keperluan dan kos sepanjang di Mesir dan Gaza hanya menggunakan wang sendiri dan sumbangan beberapa rakan rapat yang enggan identiti mereka didedahkan.

Beliau berkata, dakwaan kos misi itu menggunakan duit sumbangan orang ramai juga ternyata fitnah kerana tiada tabung dibuka untuk misi ke negara bergolak itu.

"Saya pergi dengan wang sendiri serta sumbangan rakan rapat malah tiada tabung dibuka untuk misi bantuan Gaza," katanya, hari ini.

Menurutnya, kertas kerja yang diberikan Nadir kepada seorang ahli pasukannya dikenali sebagai Ustaz Zul hanya serbut harga bantuan makanan bukan prosedur untuk masuk ke Gaza.

Beliau berkata, selepas menunggu lebih 30 hari akhirnya dia dan kumpulannya dibenarkan masuk dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Mesir bersama sebuah syarikat pelancongan.

"Kami diminta untuk bayar AS$2,500 (kira-kira RM10,565) seorang untuk masuk bagi kos pengangkutan yang diuruskan seorang ejen perisikan Mesir.

"Ada syarikat lain sebelum itu yang tawar khidmat sama namun perlu membayar RM40,000 seorang dan ia begitu besar jumlahnya menyebabkan saya cuba mendapatkan alternatif lain.

"Saya juga tidak mengenali syarikat Hala yang dinyatakan Nadir kerana tidak pernah berurusan dengan sesiapa dari syarikat berkenaan untuk masuk ke Gaza," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Ebit menafikan dia bersikap biadap dengan Nadir kerana dia mendakwa tidak menyedari kehadiran lelaki itu kerana tergesa-gesa untuk menunaikan solat selepas tiba di Gaza yang mengambil masa 21 jam dari Pintu Rafah, Mesir.

Katanya, perjalanan ke Gaza perlu menempuh 21 pos pemeriksaan tentera selain diiringi 12 kereta kebal sebagai langkah keselamatan.

"Barangan yang dibeli di Kaherah juga ada yang sudah tiba di Gaza pada Aidiladha lalu dibawa oleh Pasukan Palang Merah Mesir dan disiarkan menerusi Facebook (FB) kerajaan Mesir.

"Saya bersyukur kerana ubat dan barang keperluan lain biasanya ambil masa sehingga enam bulan untuk tiba kerana hanya Pasukan Palang Merah Mesir dibenarkan membawa bantuan ke Gaza," katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut menafikan tuduhan dia mencium kaki seorang menteri di Gaza sebelum pulang ke Mesir.

Katanya, perbuatan itu ternyata bertentangan dengan akidah umat Islam malah dia menerima layanan yang baik dari menteri dan timbalan menteri di Gaza.

Tambahnya, dia juga tidak melarikan apa-apa dokumen untuk misi Gaza seperti dituduh Caprice baru-baru ini.

"Dia (Caprice) ada kata misi ini membabitkan saya, dia, Neelofa dan suaminya Haris namun tiada perbincangan lanjut dibuat kami mengenai perkara ini.

"Tuduhan saya bawa lari dokumen untuk pergi ke Gaza bersendirian juga tidak benar. Untuk apa saya larikan dokumen itu?," katanya.

Ebit juga meminta Nadir tampil menjelaskan bagaimana wang sumbangan RM20 juta yang diterima untuk pembangunan Gaza didedahkan.

"Bantuan saya di Gaza pula menggunakan wang sendiri dan sumbangan rakan rapat," katanya

Disiarkan pada: Julai 22, 2021 @ 4:29pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
lain kali tulislah skrip biar konsisten

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-7-2021 04:49 PM
Kan iols dah ckp.. Belakang ada kabel..

Jgn tali kabel makan tuan sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 22-7-2021 05:07 PM
lain kali tulislah skrip biar konsisten

Ntahnya. Berbelit2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 22-7-2021 05:07 PM
lain kali tulislah skrip biar konsisten

Jap... Aku x faham.. Duit dia ka.. Duit sumbangan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.225049 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list