CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3171|Reply: 8

[Sarawak] 22 Julai 2021 Selamat Hari Sarawak

[Copy link]
Post time 21-7-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-7-2021 01:14 PM





Hari Sarawak perlu dilihat dalam konteks Hari Malaysia, iaitu ketika Malaysia dibentuk pada 1963. Tidak akan ada Hari Sarawak atau 22 Julai yang bersejarah jika tiada usaha untuk menggagaskan pembentukan Malaysia pada 1963.

Jadi, Hari Sarawak dan Hari Malaysia sama-sama penting, malah Hari Kebangsaan juga tidak harus diremehkan.

Tarikh-tarikh berkenaan ialah tarikh penting dalam konteks kita melangkah ke hadapan sebagai negeri dan negara yang maju, aman, stabil dan makmur. Sementara semangtat nasionalisme negeri itu penting, usaha membina negara bangsa dengan memupuk integrasi nasional juga tidak kurang pentingnya di bawah sistem federalisme yang kita amalkan ketika ini.

Jadi, kita perlu meraikan Hari Sarawak dengan penuh kesedaran tentang kepentingan sejarahnya.

Kita juga perlu meraikannya dengan rasionaliti yang berimbang dan tidak mudah terperangkap dan terpedaya oleh naratif politik yang songsang dan bercanggah dengan aspirasi negara dan pembinaan negara bangsa.

Selamat menyambut Hari Sarawak.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2021 08:05 PM | Show all posts
22 Julai bakar semangat rakyat Sarawak untuk berjaya

KUCHING: Sungguhpun tiada sambutan besar-besaran kerana pandemik COVID-19, semua rakyat Sarawak akan memperingati sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai dengan semangat dan ketahanan yang kuat.

Mereka pasti akan meneladani semangat dan ketahanan yang tidak mudah luntur yang ditunjukkan oleh nenek moyang mereka ketika memutuskan untuk mentadbir tanah air sendiri dalam perjalanan kemerdekaan 58 tahun yang lalu.

Ia adalah perjalanan yang penuh dengan dugaan dan penderitaan, tetapi yang pasti ia memberikan banyak kejayaan kepada Sarawak sejak tarikh keramat itu pada tahun 1963 ketika gabenor kolonial British yang terakhir Sir Alexander Waddell, mengundurkan diri dan menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada rakyatnya sendiri.

Mengimbau kembali kronologi sejarah Sarawak, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan menjadi rakyat Sarawak pertama mengetuai pentadbiran, sekali gus membawa kepada penamatan selama 122 tahun pemerintahan di bawah Rajah Putih, Jepun, Tentera Australia dan akhirnya, British.

Pengambilalihan pentadbiran turut mendedahkan rakyat Sarawak kepada cabaran baharu apabila terpaksa berdepan dengan pemberontakan Komunis serta tentangan dari negara jiran Indonesia kepada cadangan pembentukan Malaysia yang berlaku pada tahun-tahun awal pemerintahan sendiri.

Walau bagaimanapun, warga Sarawak tetap cekal. Mereka menerima pelawaan daripada Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara baharu dinamakan Malaysia, bersama Singapura dan Sabah, yang diisyiharkan secara rasmi pada 16 Sept 1963. (Singapura meninggalkan Persekutuan pada tahun 1965).

Menjelang Ogos 1966, konfrontasi yang dimulakan Indonesia di bawah presiden mereka ketika itu, Sukarno secara rasmi berakhir, membolehkan Sarawak mengatasi satu daripada rintangan mereka yang dihadapi selepas kemerdekaan.

Namun, ia mengambil masa 24 tahun lagi bagi Sarawak, selepas berakhirnya konfrontasi, untuk menghapuskan pemberontakan komunis pada 1990, dengan dunia menyaksikan selepas itu kejatuhan banyak negara yang diterajui komunis termasuk Kesatuan Soviet.

Dua abjad ‘C’ - Confrontation (Konfrontasi) dan Communism (Komunisme) -- menandakan  hari-hari gelap yang ditempuh rakyat Sarawak pada awal tahun kemerdekaan mereka dan ironinya, satu lagi ‘C’ muncul sebagai satu lagi cabaran pada tahun 2020 apabila Sarawak menginjak usia 57 tahun kemerdekaannya.

Menjelang Mac 2020, Sarawak merekodkan kes pertama coronavirus yang kemudian dinamakan sebagai COVID-19. Sarawak mengawal dengan baik pandemik itu tahun lepas, yang mencatatkan 1,117 kes dengan 22 kematian.

Kerajaan Sarawak menyedari kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi apabila menawarkan bantuan khas ‘Bantuan Khas Sarawakku Sayang’ atau BKSS, untuk meringankan beban kewangan rakyat.

Bantuan itu yang berjumlah lebih RM3.2 bilion, diagihkan dalam enam pakej antara April tahun lepas dan Mei tahun ini meliputi wang tunai, diskaun utiliti, bayaran khas dan pinjaman mudah untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Selain penyediaan bantuan segera ini, kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah merangka visi jangka panjangnya untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Ini (aspirasi untuk menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi) bukan keyakinan kosong kerana asas ekonomi kita kukuh, dasar kita tersusun dan diselaraskan semula selepas COVID-19, manakala kestabilan politik kita dicemburui pihak lain,” katanya ketika menyentuh visi itu.

Kenyataan Abang Johari mencerminkan keyakinan semua rakyat Sarawak sejak mereka mengambil keputusan untuk mentadbir sendiri Sarawak, yang tercinta.

Tidak dapat dinafikan, semangat ini akan terus membara setiap kali 22 Julai diraikan setiap tahun. Selamat Hari Sarawak! - Bernama


utusan borneo 2021-07-21T13:12:52+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2021 08:42 PM | Show all posts


Ucapan Hari Sarawak oleh YB Dato Henry Sum Agong, Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2021 08:44 PM | Show all posts


Ohhh rindoknya hati kmk


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2021 08:51 PM | Show all posts


Seperti biasa KDS kali tok membawa ktk orang mengimbau kembali sejarah Hari Sarawak yang akan akan tiba.
Jangan kita lupakan sejarah yang amat bermakna bagi negeri Sarawak yang tercinta tok.
Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada semua warga Sarawak yang tercinta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 03:39 AM | Show all posts


Selamat Hari SARAWAK


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 03:41 AM | Show all posts



KUALA LUMPUR (Bernama): Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin wished Happy Sarawak Day 2021 to all Sarawakians celebrating it on Thursday (July 22).

"The celebration must truly be meaningful to all the Sarawakians as it was on this date 58 years ago that Sarawak officially attained self-government,” he said in a post on his official Facebook page.

Muhyiddin also expressed confidence that Sarawak Day would be celebrated meaningfully by the Sarawakians in their own way even without face-to-face gatherings and activities amid Covid-19.

Similar to last year, Sarawak Day celebration this year would use the same theme of "Sarawak Gemilang Untuk Semua”.

The hybrid celebration of Sarawak Day 2021 will be held at the State Assembly Complex in Kuching at 8.30 pm with the number of guests limited to 100, in compliance with the COVID-19 standard operating procedures, as Sarawak was still under Phase Two of the National Recovery Plan.

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud and Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg along with their spouses and several state Cabinet ministers were expected to attend the event.

The celebration would feature a mix of virtual and live performances including a dance titled "Sarawak Bahagia”, video presentations on "Aspirasi Sarawakku Sayang”, a short film titled "I Am Sarawak” and a documentary titled "The Struggle”.- Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 03:48 AM | Show all posts
Staff, volunteers at Unimas vaccination centre dress up to celebrate Sarawak Day



KUCHING: Medical staff and volunteers at Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) vaccination centre dressed up in colourful traditional attire to celebrate Sarawak Day on Thursday (July 22).

Unimas vice-chancellor Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi said this was an opportunity to showcase Sarawak's unity in diversity amid the Covid-19 pandemic.

"We are celebrating Sarawak Day by wearing Sarawak traditional costumes, including Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Chinese, Malay and Indian.

"There is no question that the patriotic spirit is still strong despite the challenges of the pandemic.

"Everyone at this vaccination centre is contributing their time and energy, regardless of their background, race or religion.

"The harmony and unity among all races in Sarawak remain strong and can be seen here," he said.

Sarawak Day, which falls today (July 22), commemorates the state's attainment of self-government from the British in 1963. It was declared a state public holiday in 2016.

Nurse Debbie Bohan from the medicine and health sciences faculty, who was wearing a Bugis costume, said she was proud of Sarawak's unity.

"In Sarawak, we come from all races and religions," she said.

Vaccine recipient Ayredale Syera Tommy Pila said she was impressed to see the staff in traditional costumes when she arrived for her jab.

"The beautiful costumes were worn by people from various races. I feel proud because in Sarawak everyone lives in harmony," she said.

Meanwhile, Dr Kadim said the Unimas vaccination centre had given out 100,000 doses of vaccine as of Wednesday (July 21) since it started operations on June 14.

He said the centre used an automated queue management system developed by Unimas researchers, while all staff and volunteers were from Unimas.

"Nearly 800 people are involved in the centre's operations. Every day there will be about 300 people on duty and they have all been working hard.

"Some have been getting up early to collect the vaccines from the Sarawak Heart Centre at 5.30am and bring them here.

"Each day's operations end at 9.30pm or 10pm, so many will be on duty for more than 12 hours a day," he said.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 03:49 AM | Show all posts
Al-Fatihah ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077807 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list