Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
588
View
1
Reply

[SEJARAH] Sharip Mashor sudah tidak asing lagi dalam sejarah Sarawak

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-7-2021 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Sharip Mashor sudah tidak asing lagi dalam sejarah Sarawak




Nama Sharip Mashor sudah tidak asing lagi dalam sejarah Sarawak.

Namun begitu, ketokohannya sering dikelirukan dengan seorang lagi tokoh pejuang Tanah Melayu dari Pontianak (Kalimantan) iaitu Syed Mashhor bin Mohamed Al-Bin Shahab dalam Perang Saudara Klang pada tahun 1867, sedangkan keduanya bukanlah orang yang sama.

Sharip Mashor dianggap oleh suku kaum Iban dan Melanau sebagai Pahlawan Sarawak.
Beliau dilahirkan di Igan (Sarawak).

Beliau sangat dikenali sebagai tokoh masyarakat di Igan.
Oleh kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Sultan Brunei pada ketika itu iaitu Sultan Omar Ali Saifudin II ibn Sultan Muhammad Jamalul Alam I telah melantik Sharip Mashor sebagai Governor Of Sarikei di Sungai Rajang pada tahun 1849.

Sebelum ketibaan pegawai penjajah British iaitu James Brooke, Sharip Mashor merupakan pemimpin tempatan yang berkuasa pada masa lalu, seperti Datu Patinggi Abdul Ghafur bin Abdul Qahar di Kuching, beliau amat berpengaruh dan dihormati kerana kemampuannya menyatukan penduduk pelbagai kaum.

Namun, kemarahan atas kebiadapan Brooke yang dilantik sebagai Raja Of Sarawak menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya menjadi titik tolak kemaraan perjuangan beliau menentang British.

Pada tahun 1853, Brooke dengan sesuka hatinya telah mengambil-alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina sebuah kubu di Kanowit.

Tindakan Brooke itu menyebabkan ramai pemimpin tempatan memberontak, termasuk Sharip Mashor.

Sharip Mashor kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur untuk mengusir Brooke dari Sarawak.

Pada masa yang sama, Sharip Mashor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan wilayah kerana diambil oleh keluarga Brooke.

Pada tahun 1855, berlaku pertempuran antara Sharip Mashor dan sekutu Brooke yang bernama Pangiran Matusin di Bandar Mukah.
Angkatan perang Sharip Mashor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangiran Matusin.

Khuatir kemungkinan penentangan Sharip Mashor akan menjejaskan usaha British untuk menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan bahawa Sharip Mashor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan British.

Tindakan British itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam Sharip Mashor terhadap Brooke.

Sharip Mashor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa penjajah itu dari bumi Sarawak.

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada Datu Patinggi Abdul Ghafur.

Kebetulan, Datu Patinggi Abdul Ghafur memang berdendam dengan British kerana Brooke juga sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu.

Seterusnya, Sharip Mashor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur mula merancangkan strategi bagi menjayakan hasrat mereka umtuk memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan British.

Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei dan kubu kuat British di Kanowit yang diuruskan oleh Henry Steel.
Pada akhir tahun 1857, Brooke berlepas ke England, meninggalkan anak saudaranya, Charles Anthoni Brooke di belakang bagi memantau pentadbiran. Ini membolehkan Sharip Mashor melaksanakan rancangannya.

Pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang, menyebabkan dua pegawai British iaitu Steel dan Charles Fox terbunuh. Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan pihak British tersentak dan meradang diikuti pemberontakan oleh kaum pendatang Cina.

Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang British mula meninggalkan Sarawak.

Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan pemerintahan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Para pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh pahlawan anti-British dapat diberkas dan dikenakan hukuman gantung sampai mati, tetapi Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharip Mashor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.
Pada Februari 1860, mereka melancarkan serangan ke atas Kuching atas arahan Sharip Mashor.

Pada ketika Sharip Mashor dan angkatannya ingin mara ke Kuching melalui Sungai Sarawak, tercetus satu pertempuran hebat antara mereka dengan askar British.
Dalam pertempuran itu, British mendapat kejayaan apabila angkatan Charles Brooke berjaya menyerang dan memusnahkan kesemua kapal angkatan Sharip Mashor dan 64 pengikut Sharip Mashor terkorban.

Berhadapan dengan kekalahan, Sharip Mashor berundur ke Brunei, akan tetapi atas desakan Brooke, Sultan Brunei pada ketika itu iaitu Sultan Abdul Mumin bin Pangiran Abdul Wahab menahan Sharip Mashor dan beliau dihukum 'buang negeri' ke Singapura.

Sharip Mashor menetap di Singapura selama 5 tahun; dari tahun 1861 hinggalah 1866.

Beliau selanjutnya mengikut rombongan Sultan Ali Iskandar Shah ibn Sultan Husain Mu'azam Shah (Sultan Singapura-Johor ke-2) berpindah keluar dari Singapura ke Umbai (Melaka).

Namun, apabila Sultan Ali mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877, Sharip Mashor kembali ke Singapura.

Pada 11 Januari 1879, beliau dilantik sebagai Permaisuara dalam majlis pertabalan Tengku Alam ibn Sultan Ali Iskandar Shah sebagai Sultan Singapura ke-3 dengan gelaran Sultan Alam Alaudin Shah.

Pada 25 Oktober 1879 pula, Sharip Mashor dilantik sebagai Ketua Panglima bagi pihak Sultan Alam dalam Perang Jementah menentang pihak Maharaja Ungku Abu Bakar bin Tun Daing Ibrahim (Maharaja Johor) yang akhirnya mengakibatkan jatuhnya Kesang ke tangan Maharaja Ungku Abu Bakar pada 30 Disember 1879.

Apabila Perang Jementah berakhir, Sharip Mashor yang uzur banyak menghabiskan sisa hidupnya di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1890 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampong Glam (Jalan Kubor).


#kreditJejakWarisanSingapura
#PeristiwaNSejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:16 AM | Show all posts
Selamat Hari Sarawak
Edc3-zRU8AEW4IF.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list