CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5201|Reply: 13

[Tempatan] Kebenaran sambung 'shooting' sahaja

[Copy link]
Post time 22-7-2021 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by xpdckelate at 22-7-2021 08:41 AM

Kebenaran sambung 'shooting' sahaja



KUALA LUMPUR: Kebenaran melakukan aktiviti penggambaran di luar studio hanya dibuat berperingkat dengan tertakluk kepada syarikat penerbitan yang mempunyai baki kerja atau 'job' tertangguh, bukan untuk penghasilan produk baharu.
Selain itu, semua pekerja termasuk artis dan kru diwajibkan melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat kembali ke lokasi penggambaran.
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, aktiviti penggambaran belum dibuka secara menyeluruh bagi mengimbangi faktor ekonomi dan keselamatan pelaku.
"Pada asasnya, kerja penggambaran belum dibenarkan pada fasa kedua, sebaliknya, pada fasa ketiga dan keempat.

"Tetapi, atas inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS, kami merayu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran agar penerbit yang tertekan kerana penggambaran tersangkut, boleh menyelesaikan kerja tertangguh," katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan memberi kebenaran aktiviti penggambaran di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, kelulusan aktiviti penggambaran pada fasa kedua PPN berpandukan kepada pelaksanaan syarat ketat di bawah Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) yang dikawal selia FINAS.
Ahmad Idham berkata, sebelum ini, ramai penerbit mengambil mudah dan tidak bertanggungjawab hingga wujudnya penularan dalam kalangan pelakon serta tenaga produksi.
"Malah, ada syarikat produksi beroperasi tanpa lesen. FINAS terpaksa bersikap lebih tegas kali ini dengan membuat pemantauan lebih ketat aktiviti 'shooting' kemungkinan setiap hari.
"Disebabkan itu, kita masih belum boleh membuka penggambaran kepada semua syarikat produksi. Kita hanya fokus kepada syarikat penerbitan berskala kecil.
"Penggambaran filem dan sebagainya masih belum dibenarkan. Projek ini membabitkan ramai orang dan ada kecenderungan mencetuskan risiko lebih besar," katanya.
Ahmad Idham berkata, FINAS tidak berkompromi dengan syarat berkaitan dua dos suntikan vaksin bagi syarikat produksi yang mahu menyambung kerja penggambaran.
"Mana-mana syarikat produksi yang gagal memenuhi garis panduan berhubung vaksin tidak akan dibenarkan memulakan penggambaran.
"Tiada kelonggaran untuk fasa kedua PPN kerana pada asasnya, kita tidak membenarkan kerja penggambaran. Jadi, kita memperketatkan SOP bagi memastikan ekonomi bergerak," katanya.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/07/841927/kebenaran-sambung-shooting-sahaja


Single Polls, Total 37 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
'rezeki jangan ditolak....bala jangan dicari'.'Belum cuba...belum tau...'
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tiap kali tgk muke n name heols ni mesti aiols maki sumpah seranah yach....aiols yakin org industri lain pun same sentimen mcm aiols yach...lg sekor is jed jedi
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung laaa. Kang lama sangat, susah pulak retis nak maintain bg x gemok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-7-2021 10:28 AM
'rezeki jangan ditolak....bala jangan dicari'.'Belum cuba...belum tau...'

Lantak hangpa laaa.. hangpa sakit ramai yg tolong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Petang semalam tonton filem zombitopia. Menyesal tengok. Ni cerita pasal zombie ke jurassic park,babi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:54 AM | Show all posts
kat tv kemain iklan Cukup Derita Itu. amboi best sgt ke lakonan kemut? kat porem kemain cercaan kat dia mehhh. so blh la sambung eh drama tu nt lps habis drama bodo Hatimu Sedingin Salju tu?

eh slot akahcea mana ada yg best sgt jarangggggggg kisah konflik cinta diorg yg seronok utk ditengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis shooting tu takde kumpul ramai2?? Tak pyh la susah2 takde org tgok pn drama2 melayu kayu kayan skrip baku mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
selama ni pn dok ulang tayang drama lama gk
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:52 AM | Show all posts
entah la... lantak korang la....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ckenj replied at 27-7-2021 08:52 AM
entah la... lantak korang la....

Whatever kan hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 24-7-2021 09:50 AM
Sambung laaa. Kang lama sangat, susah pulak retis nak maintain bg x gemok.

Hahaha..eksesais la kalo takut gemok
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 25-7-2021 08:54 AM
kat tv kemain iklan Cukup Derita Itu. amboi best sgt ke lakonan kemut? kat porem kemain cercaan kat  ...

Tgk muka kemut dgn chacha maembong trus tkde rsa nk tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064228 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list