Edited by nazzse at 22-7-2021 02:21 AM
KLANG: Wanita yang rebah sebelum meninggal dunia di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa dekat sini hari ini, disahkan positif COVID-19.
Terdahulu, beberapa gambar menunjukkan wanita itu terbaring di hadapan klinik berkenaan tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pihaknya mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.
Kejadian jam 09.45 pagi tadi yang mana seorang wanita tempatan bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik berkenaan."Ketika berada di hadapan klinik, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia."Mayat wanita kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam dan hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit (RTK) mendapati dia positif COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil pemeriksaan juga mendapati wanita itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR) COVID-19. |