CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

"Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia?" – Ebit Lew Soal Nadir

  [Copy link]
Post time 22-7-2021 04:45 PM | Show all posts
Ebit Liew bersumpah tak larikan dokumen ke Gaza
    Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
    22 Julai 2021, 3:59 pm

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atasnya bahawa beliau melarikan dokumen permohonan ke Gaza seorang diri.

Ini selepas beliau didakwa pada awalnya merancang ke luar negara bersama penyanyi rap Caprice, pengacara Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail.

Bagaimanapun, keadaan dilihat berlainan apabila Ebit Liew pergi ke Gaza bersama pasukannya sahaja tanpa melibatkan tiga orang yang lain.

“Wallahi saya tak pernah jumpa tiga-tiga nama termasuk Caprice. Saya tak pernah berbincang langsung dengan orang ni untuk pergi ke Gaza. Saya tak pernah mesej Caprice sepanjang untuk pergi Gaza tak pernah.

“Saya fikir saya sangka baiklah, mungkin dia penat. Dia stress. Dia tak sedar apa yang berlaku. Tapi dia berkeras kata, saya bawa lari dokumen. Wallahi saya tak pernah jumpa Hariz, Neelofa, jumpa tu pernahlah tapi bukan untuk pergi Gaza,” katanya menerusi siaran langsung di Instagramnya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Berita lanjut menyusul…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:48 PM | Show all posts
noor2 replied at 22-7-2021 04:02 PM
Kannnn.....2x5 je kut...elok semua mereput

Walaupun kita rasa 2x5 atau 5x2,kebaikan tiap2 depa buat tu kita jangan nafikan.
Cuma manusia ni mana2 pasti ada aib yang tersendiri.
Tak perlu taksub.Dalam kebenaran pasti ada kekhilafan.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 22-7-2021 04:23 PM
ok i stay live ebit almost 2/3 sbb die buat live waktu zohor. pelik juga buat live waktu2 gini. apep ...

No 4. Kos 2k usd = 10k myr ikut perisik tu berbanding 40k myr ikut satu2nya agen yg selama ni digunakn masuk gaza
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kat cari gak best. ade gak org berani hentam ebit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 22-7-2021 04:48 PM
Walaupun kita rasa 2x5 atau 5x2,kebaikan tiap2 depa buat tu kita jangan nafikan.
Cuma manusia ni  ...

Tang mana akak taksubnya.....nak bertunggu tangga kat thread ebit pun x kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon leh jwb.. duit sy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb kantoi org tahu masuk ke gaza kena berbayar
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:53 PM | Show all posts
noor2 replied at 22-7-2021 04:49 PM
Tang mana akak taksubnya.....nak bertunggu tangga kat thread ebit pun x kuasa...

Ayat tak perlu taksub tu Iols bukan katakan akak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:54 PM | Show all posts
naina replied at 22-7-2021 04:35 PM
Wahhh ebit guna duit sendiri ya..dan bersama kawan FB. Kayanyaaaaaaa. Belum masuk duit pengurusan ma ...

penerbangan disponsor turkish airlines..sama mcm kes pegi sbh dlu pun disponsor jgk penerbangan
dia dh cakap guna dana peribadi,dan sumbangan peribadi rakan2 rapat dia jd takde sapa bole pertikai dan berhak minta diaudit melainkan jika guna duit pertubuhan/syarikat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:54 PM | Show all posts
Tiada tabung dibuka untuk misi ke Gaza - Ebit Lew
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew hari ini tampil menafikan tuduhan terhadapnya berkaitan kunjungannya ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Dalam sesi sidang media itu, Ebit memberi penjelasan beberapa perkara dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman dan penyanyi rap, Caprice.

Ebit berkata, semua perbelanjaan yang digunakan termasuk pembelian ubat, barangan keperluan dan kos sepanjang di Mesir dan Gaza hanya menggunakan wang sendiri dan sumbangan beberapa rakan rapat yang enggan identiti mereka didedahkan.

Beliau berkata, dakwaan kos misi itu menggunakan duit sumbangan orang ramai juga ternyata fitnah kerana tiada tabung dibuka untuk misi ke negara bergolak itu.

"Saya pergi dengan wang sendiri serta sumbangan rakan rapat malah tiada tabung dibuka untuk misi bantuan Gaza," katanya, hari ini.

Menurutnya, kertas kerja yang diberikan Nadir kepada seorang ahli pasukannya dikenali sebagai Ustaz Zul hanya serbut harga bantuan makanan bukan prosedur untuk masuk ke Gaza.

Beliau berkata, selepas menunggu lebih 30 hari akhirnya dia dan kumpulannya dibenarkan masuk dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Mesir bersama sebuah syarikat pelancongan.

"Kami diminta untuk bayar AS$2,500 (kira-kira RM10,565) seorang untuk masuk bagi kos pengangkutan yang diuruskan seorang ejen perisikan Mesir.

"Ada syarikat lain sebelum itu yang tawar khidmat sama namun perlu membayar RM40,000 seorang dan ia begitu besar jumlahnya menyebabkan saya cuba mendapatkan alternatif lain.

"Saya juga tidak mengenali syarikat Hala yang dinyatakan Nadir kerana tidak pernah berurusan dengan sesiapa dari syarikat berkenaan untuk masuk ke Gaza," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Ebit menafikan dia bersikap biadap dengan Nadir kerana dia mendakwa tidak menyedari kehadiran lelaki itu kerana tergesa-gesa untuk menunaikan solat selepas tiba di Gaza yang mengambil masa 21 jam dari Pintu Rafah, Mesir.

Katanya, perjalanan ke Gaza perlu menempuh 21 pos pemeriksaan tentera selain diiringi 12 kereta kebal sebagai langkah keselamatan.

"Barangan yang dibeli di Kaherah juga ada yang sudah tiba di Gaza pada Aidiladha lalu dibawa oleh Pasukan Palang Merah Mesir dan disiarkan menerusi Facebook (FB) kerajaan Mesir.

"Saya bersyukur kerana ubat dan barang keperluan lain biasanya ambil masa sehingga enam bulan untuk tiba kerana hanya Pasukan Palang Merah Mesir dibenarkan membawa bantuan ke Gaza," katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut menafikan tuduhan dia mencium kaki seorang menteri di Gaza sebelum pulang ke Mesir.

Katanya, perbuatan itu ternyata bertentangan dengan akidah umat Islam malah dia menerima layanan yang baik dari menteri dan timbalan menteri di Gaza.

Tambahnya, dia juga tidak melarikan apa-apa dokumen untuk misi Gaza seperti dituduh Caprice baru-baru ini.

"Dia (Caprice) ada kata misi ini membabitkan saya, dia, Neelofa dan suaminya Haris namun tiada perbincangan lanjut dibuat kami mengenai perkara ini.

"Tuduhan saya bawa lari dokumen untuk pergi ke Gaza bersendirian juga tidak benar. Untuk apa saya larikan dokumen itu?," katanya.

Ebit juga meminta Nadir tampil menjelaskan bagaimana wang sumbangan RM20 juta yang diterima untuk pembangunan Gaza didedahkan.

"Bantuan saya di Gaza pula menggunakan wang sendiri dan sumbangan rakan rapat," katanya

Disiarkan pada: Julai 22, 2021 @ 4:29pm
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop jela tolong org susah ebit oii..pasni biar tok bidah gemok plak tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
So pihak ROS xleh mintak audit report la yea? Gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 22-7-2021 04:30 PM
Minit ke berapa? Aku nak tengok part tu je, malas nak tengok lama2, buang masa je.

Minit ke berapa ntah..nanti ada masa aku cek trace balik. Masih bz haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngo what do expect..susah nak jumpa yg telus lg ikhlas.. masing2 ada agenda sendiri utk kesenangan sendiri sambil menonggeng agama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 22-7-2021 03:43 PM
Sorry menyampuk..tadi masa dia cakap pasal nadir pun..sebutan penipu kepada nadir tu pun dah mcm s ...

Ontahhhh.. aku mkn popkon je laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 22-7-2021 04:56 PM
Stop jela tolong org susah ebit oii..pasni biar tok bidah gemok plak tolong.

Yea.. stop aje la tolong orang.. sbb nanti orang makin malas nak berusaha.. pd hal banya aje peluang cuma nak kerja senang aje.
Pastu perbelanjaan melebihi pendapatan.. tu yg asik ckp miskin. Miskin aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 22-7-2021 04:53 PM
Ayat tak perlu taksub tu Iols bukan katakan akak.

Oh ok ok.. ciknasda...
Akak blur...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana stafff lhdn nie..boleh start dah buka fail dia tuh...boleh dpt bnyk duit penalty nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-7-2021 03:33 PM
Aku rasa nadir ada jawab ttg sumbang 15 juta

FITNAH 2. WAJIBKAH BANTUAN MELALUI SAYA?

Aku tk boleh tahan dh...betul lah si ebit ni ular.....berbelit2 menyembur bisa ...lain org Tanya ..dia konar tang lain suruh org tuduh nadir plak mkn duit.....bukan nk jelas Kan duduk perkara sebenar...ni ustaz Ka lagu ni....



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nozot replied at 22-7-2021 03:52 PM
nadir dah exain panjang lebar ttg derma personal n akaun ngo dia dah diaudit, dah kenapa nak dimaink ...

Setuju sngt...faham dan jelas penerangan nadir...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.320306 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list