CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11177|Reply: 25

Kisah Hantu International, Termasuk Hantu Buang Anak

[Copy link]
Post time 23-7-2021 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by nazzse at 23-7-2021 01:11 AM

1. Anasi The Goatman, gabungan di antara manusia dan haiwan
Kisah ini berkaitan gabungan di antara manusia dengan haiwan, oleh sebab itulah dia mendapat gelaran sebagai Goatman atau manusia kambing. Kisahnya bermula tentang seorang saintis, ramai yang menganggapnya sebagai seorang saintis yang gila kerana dia menjalankan eksperimen ekstrem berkaitan kambing. Dia cuba untuk memutasikan kambing tu.

Pada suatu hari, dikatakan saintis ni dah bermutasi jadi separuh kambing, dan separuh lagi manusia. Dia kemudian akan mundar-mandir pada waktu malam untuk mencari mangsa yang pada kebiasaannya kanak-kanak. Ada juga kisah yang menceritakan tentang The Goatman ini boleh berubah ataupun bertukar menjadi ibu, rakan dan ahli keluarga mangsa di samping dia boleh menyerang mangsa yang dia kehendaki dari dalam rumah mangsa tu.

Mengikut kisah urban legend, kisah ini dikatakan telah direka oleh penduduk tempatan dengan tujuan agar orang luar tidak masuk ke dalam kawasan kediaman mereka.

2. Mae Nak Phra Khanong, tak dapat “move on” (Movie Nang Nak)

Mae Nak Phra Khanong juga dikenali sebagai Nang Nak, ia adalah merupakan sebuah kisah urban legend yang terdapat di negara Thailand dan pernah popular di Malaysia sekitar tahun 2000. Sebabnya kisah Nang Nak ini telah diadaptasikan ke dalam beberapa buah filem. Kisah ini mengisahkan tentang seorang wanita yang dikenali sebagai Nak dan suaminya yang dikenali sebagai Mak. Mereka berdua tinggal di persisiran salah sebuah sungai di Thailand.




Pada suatu hari, Mak telah dipanggil untuk menjadi anggota tentera dan Nak tinggal berseorangan di rumah mereka. Sebelum Mak pergi, Nak telah berjanji kepadanya bahawa dia akan menunggu kepulangan Mak di rumah, namun malang bagi Nak kerana tidak lama setelah Mak tinggalkannya, Nak telah pun meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka. Disebabkan rasa cinta Nak yang sangat mendalam kepada Mak, roh Nak tidak mahu pergi meninggalkan bumi dan dia tetap menanti kepulangan suaminya di rumah serta menjadi penunggu di rumahnya.




Sehinggalah pada suatu hari, suaminya kembali daripada menjalani latihan tentera dan kepulangannya telah disambut oleh roh Nak yang dilihat sebagai manusia tetapi hakikatnya itu adalah hantu Nak. Walaupun suaminya sedih akan kematian anak mereka, namun mereka tetap hidup bahagia bersama-sama sehinggalah pada suatu hari di waktu senja semasa Nak sedang menyiapkan makanan, limau yang dihiris telah terjatuh ke tanah dan suami Nak yang pada ketika itu berada di bawah rumah telah melihat limau yang terjatuh itu.

Tidak beberapa lama kemudian, Mak juga telah melihat satu tangan yang sangat panjang datang dari atas rumahnya dan mengambil semula limau tersebut. Akhirnya, Mak telah mengetahui akan kematian isterinya dan telah meminta bantuan untuk menghantar roh isterinya ke alam kematian.

3. Hanako San, “hantu” yang akan menarik mangsanya ke neraka


Di Malaysia, kita ada Melati yang sering menghantui hostel, di Jepun pula mereka ada Hanako San. Nama ini bukanlah semangat yang asing lagi dalam kalangan pelajar sekolah yang ada di negara matahari terbit tu. Legenda menceritakan bahawa Hanako San akan menghantui tandas perempuan tingkat tiga sesebuah sekolah dan akan menganggu mereka yang berada di tandas khususnya yang pelajar yang berseorangan.


Hanako San menyerupai seorang budak kecil yang berambut pendek dan memakai skirt merah. Untuk pengetahuan korang, terdapat pantang larang bagi mereka yang pergi ke tandas sekolah iaitu mereka harus mengetuk pintu tandas sebanyak tiga kali dan bertanya adakah Hanako San di sini? Jika tiada sebarang jawapan maka tandas tersebut selamat untuk digunakan tetapi jika ada yang menjawab daripada dalam tandas maka beredarlah mereka daripada tandas tersebut dan pergi mencari tandas yang lain.


Bagi mereka yang tidak bernasib baik pula, akan ada tangan yang dipenuhi dengan darah muncul dari bawah pintu tandas dan menarik kaki mereka masuk ke dalam “neraka”. Seterusnya, bagi pelajar yang nakal pula, mereka akan mencari tandas tingkat tiga di sesebuah sekolah dan cuba untuk menyeru Hanako San datang kepada mereka. Asal usul kisah urban legend ini pada asalnya ditulis oleh Michael Dylan Foster yang menulis The Book of Yokai: Mysterious Creatures of Japanese Folklore pada tahun 1950-an dahulu yang kini menjadi antara kisah urban legend popular di negara Jepun.

4. La Pisadeira, akan menindih mangsa
La Pisadeira ataupun wanita tinggi ni selalunya suka memerhati dan menunggu untuk menganggu seseorang. Cuba korang bayangkan jika seseorang sedang memerhati korang dan ahli keluarga di rumah ketika korang dan ahli keluarga sedang makan, menonton televisyen ataupun sedang istirehat di bilik korang. Tiba-tiba korang terdengar bunyi pelik yang datang dari atas bumbung seperti orang sedang merangkak dengan kuku yang panjang dan bunyi tersebut akan mengikuti korang walau di mana saja korang pergi.

La Pisadeira gemar untuk menunggu seseorang itu habis makan dahulu, kemudian apabila orang tu dah kenyang, barulah dia akan pergi menganggu orang tersebut dengan cara mengikuti orang tersebut ke dalam bilik dan kemudian akan duduk di atas perut mangsanya dan membuatkan mangsanya tidak dapat bergerak. Kalau korang nak tahu, walaupun mangsa tersebut sedar tetapi dia tidak dapat menjerit ataupun menggerakkan tubuh badannya akibat daripada gangguan La Pisadeira itu tadi.

5. Maria (The Weeping Woman)
Korang pernah tak korang dengar bunyi yang pelik-pelik masa korang tengah berseorangan? Tidak kiralah di rumah atau di mana-mana; tiba-tiba korang terdengar suara perempuan yang sedang menangis? Jika kat negara Malaysia, pada kebiasaannya kita akan beranggapan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi pontianak yang sedang cuba untuk menganggu korang. Namun, di Mexico kelibat perempuan menangis ni dikenali sebagai Maria ataupun La Llorona.

Maria lebih dikenali dengan berambut hitam panjang, berbaju putih dan seluruh badannya basah seperti baru je terkena air hujan. Kisah asal Maria ini sangat menyedihkan yang mana legenda urban menceritakan bahawa semasa dia masih hidup dahulu, dia sangat kecewa disebabkan oleh suaminya yang tidak mahukan dirinya lagi dan ditinggalkan. Akibat kecewa dengan suaminya, dia kemudian membawa anak-anaknya dan telah membuang mereka satu persatu di sungai sebelum dia sendiri terjun bersama.

Namun, tidak berapa lama selepas itu, di sebalik air yang deras dari tengah-tengah sungai dia muncul dan melangkah ke tebing. Untuk pengetahuan korang, Maria tidak mati kerana rohnya tidak diterima oleh langit. Dia kemudiannya menjadi roh yang menghantui sekitar kawasan Mexico dan dia akan menangis teresak-esak sambil berkata “Ay, mis hijos!” ataupun oh, anak-anakku.


Apa yang lebih menakutkan ialah pada masa-masa tertentu Maria akan berubah dan menyerupai wajah seorang wanita biasa sebelum dia menarik tangan kanak-kanak yang berada di jalan. Kanak-kanak tadi akan menyangka bahawa itu adalah ibu mereka dan akan mengikuti sahaja ke mana mereka akan dibawa oleh Maria termasuklah ke sungai. Sehinggalah Maria perlahan-lahan berubah dan menunjukkan wajah sebenarnya dan menangis teresak-esak barulah kanak-kanak tadi sedar bahawa wanita tersebut adalah bukan ibu mereka.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Parkkkkkkkkkkkkkk.. Iols suka bab2 misteri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:27 AM | Show all posts
La  Llorona ni ada movie dia.agak seram jugak


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah beli majalah along edisi hantu. Paling ingat si lolong banshee. Scary baca masa tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 23-7-2021 02:27 AM
La  Llorona ni ada movie dia.agak seram jugak

Ohh baru tau.. Tq share
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-7-2021 01:58 AM
Parkkkkkkkkkkkkkk.. Iols suka bab2 misteri ni..

Sila sila.. Iols tunggu uols plak buka thread misteri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-7-2021 10:40 AM
Sila sila.. Iols tunggu uols plak buka thread misteri

Tgg iols beli tab baru.. Muahahahaha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 11:06 AM | Show all posts
sarah82 replied at 23-7-2021 02:41 AM
Tgg iols beli tab baru.. Muahahahaha..

yang lama rosak ke? Bukan baru beli ke last year masa mco.Kuat sangat main zombie ni..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hui menakut aje, nasib baik baca siang hari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-7-2021 11:06 AM
yang lama rosak ke? Bukan baru beli ke last year masa mco.Kuat sangat main zombie ni..hahaha

Tab lama iols bg kat anak yatim...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 11:43 AM | Show all posts
Hantu Anne Boleyn

Si permaisuri England yang sorang ni walau sudah mati hampir 500 tahun dahulu dikatakan telah menghantui beberapa tempat yg sangat dekat dengannya sewaktu dia masih hidup. Antaranya:

1) Blickling Hall (tempat lahirnya)

Setiap ulangtahun kematiannya, Anne akan pulang ke Blickling Hall dengan menaiki kereta kuda.  Dan dipandu oleh seorang lelaki. Kesemua mereka tidak berkepala. Baik kuda-kuda itu mahupun pemandu kereta kuda itu. Anne pula memakai baju putih dan memegang kepalanya yg sudah dipancung. Setibanya sampai di depan pintu, kereta kuda itu hilang. Anne kemudian turun dan berkeliaran di istana itu dari senja hingga subuh setiap tahun.


2) Hever Castle (tempat dia membesar)

Tiap Krismas, orang kata dia akan balik ke Hever Castle. Di istana itu terdapat satu pokok besar, dan disitulah dia dan Henry bermadu asmara. Di pokok besar itu kelibat dia kerap kelihatan. Persoalannya kenapa cuma Krismas?

3) Hampton Court / Windsor Castle (tempat tinggalnya semasa berkahwin)

Ni tempat banyak antu ni. Konpius aku. Anne menghantui Windsor Castle dimana kelibatnya dilihat di salah sebuah tingkap bilik istana itu. Ada juga penampakan badan sorang wanita tidak berkepala berlari di koridor menjerit sambil memegang kepalanya. Ada juga masa dia dilihat bersusuk tubuh lengkap sambil tunduk berjalan seolah-olah sangat sedih. Kemungkinan besar Jane Seymour (isteri Henry selepas Anne) terserempak dgn hantu Anne kerana Jane tinggal disini. Cashhhhh.


4) Marwell Hall (kediaman keluarga Jane Seymour)

Dia dikata menghantui tempat ni, dimana Henry dan Jane bersuka ria dan merancang perkahwinan mereka ketika dia menunggu hari untuk dipancung. Henry dan Jane dikatakan berkahwin pada hari dia dipancung sebelum perkahwinan rasmi mereka 30 May. Marah sungguh nampak?


5) Tower of London (tempat dia kematiannya)
Dia dihukum pancung famously orchestrated by her own husband hanya kerana dia tak boleh lahirkan anak lelaki. Dia menghabiskan sisa hidupnya di Tower of London dan dipancung tepat 19th May 1536. Penampakan Anne Boleyn berkeliaran di Tower of London di mana beberapa petugas telah melaporkan melihat susuk tubuh seorang wanita serupa dengan potretnya bersama beberapa orang yang berpakaian English Tudor yang mereka fikir org suruhannya. Juga, kelibat dia di dalam gereja. Dia lebih banyak dilihat disini, mungkin kerana ini tempat kematiannya atau ini tempat dia dikhianati



Pada Anne, ini sume kifarah, cash atau karma. Apa ko buat pada Katherine of Aragorn berbalik pada ko. Cash hidup tak tenang jadi hantu beratus tahun.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 11:45 AM | Show all posts
ok da sedekah cite
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nang Nak paling lejen.. pandai sutradaranya main perasaan penonton..

Teringat Nak panggil laki dia , ai mak oi! ai mak oi! Mendayu2 sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Hanako macam Chibi Maruko hahahah

2. "La Pisadeira gemar untuk menunggu seseorang itu habis makan dahulu, kemudian apabila orang tu dah kenyang, barulah dia akan pergi menganggu orang tersebut dengan cara mengikuti orang tersebut ke dalam bilik dan kemudian akan duduk di atas perut mangsanya dan membuatkan mangsanya tidak dapat bergerak."

Wahh baiknya tunggu orang tu habis makan. Eehhh fantekkk orang tu dah kenyang ko pergi duduk kat perut dia!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 23-7-2021 07:34 PM
Nang Nak paling lejen.. pandai sutradaranya main perasaan penonton..

Teringat Nak panggil laki d ...

Sementara Pee Nak plak ngekek gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 23-7-2021 07:57 PM
Sementara Pee Nak plak ngekek gelak.

Ohh paling tak tahan gelak scene game mime dorang
Gila bongok si Mak tu, nasib comel je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai suka urban legends Japan,cth hachishakusama,kuchisake onna,etc.. dia punya haunting tu lain macam
Hanako-san tu mmg femes,dgn patung y rambut makin panjang tu...
Lagi satu ai suka tgk psl cult and noroi jepun.. walaupun sekadar dalam horror movie sahaja,tp menakutkan jugak laa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 23-7-2021 11:43 AM
Hantu Anne Boleyn

Si permaisuri England yang sorang ni walau sudah mati hampir 500 tahun dahulu d ...

Siapa katherine argon tuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
husie91 replied at 24-7-2021 08:24 AM
Siapa katherine argon tuu

Bini first Henry VIII, kena caras ng anne boleyn sampai Henry cerai Catherine of Aragon. Masa tu england masih lagi menganut roman katolik tp sbb si Henry gilakan anne boleyn dia mansuhkan perkahwinan dia ng Catherine of Aragon dan tukar mazhab kpd protestan sampai la skang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lilac85 at 1-8-2021 12:45 AM
ellejo replied at 23-7-2021 11:43 AM
Hantu Anne Boleyn

Si permaisuri England yang sorang ni walau sudah mati hampir 500 tahun dahulu d ...

Dah diterangkan di atas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.606178 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list