CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9641|Reply: 90

[Tempatan] Tengku Adnan dakwa diheret ke mahkamah kerana enggan jadi budak suruhan Tun M.Tu

[Copy link]
Post time 23-7-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa beliau telah diheret ke mahkamah dengan tuduhan rasuah kerana enggan menjadi budak suruhan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tengku Adnan yang baharu bebas daripada tuduhan rasuah RM2 juta itu berkata, keengganan beliau meninggalkan UMNO menyebabkan tuduhan berkenaan dikenakan
Sedangkan, jelas Tengku Adnan ketika dilantik sebagai timbalan menteri pada tahun 2000, aset beliau pada ketika itu bernilai RM980 juta.

Berikut kenyataan penuh beliau di Facebook peribadinya:

Alhamdulillah… dengan rasa kerdil dan rendah diri saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai telah membatalkan sabitan dan hukuman penjara serta bebas dari tuduhan rasuah. Kepada Allah SWT saya berserah dan saya amat menghargai sokongan orang ramai yang mengikuti kes saya.
Namun malangnya, masih ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini khususnya mantan Perdana Menteri Ke-4 & ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dikatanya saya terlepas dari hukuman kerana bersekongkol dengan PM ke-8 hari ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Aduhai Tun… Sungguh menggelikan hati sebenarnya kerana Tun M sendiri sepatutnya amat kenal siapa saya. Bukankah Tun yang telah menjerumuskan saya dalam kancah politik… menarik saya untuk menceburi politik negara sedangkan saya ketika itu lebih selesa dalam bidang perniagaan. Alasan Tun adalah untuk saya berada dalam UMNO demi membantu perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara. Lillahi Taala saya letakkan diri saya untuk agama, bangsa dan tanah air sehinggalah hari ini biarpun Tun sendiri menongkah arus dan merosakkan semuanya… jati diri saya masih lagi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi ‘Alif Ba Ta’ – Agama, bangsa, tanah air.

Persoalan kenapa saya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia. Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun. Bukan sekali pelawaan yang bertukar jadi pujukan dan kemudian arahan untuk saya meninggalkan UMNO serta menyertai ‘pengkhianat’ bangsa. Akhirnya ugutan sekiranya saya enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila saya didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan. Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan.

Saya didakwa dengan tuduhan rasuah bernilai RM2 juta yang tentunya bagi orang yang mengenali saya, waima Tun sendiri tahu bahawa nilai wang itu terlalu kecil. Malah sewaktu saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM tahun 2000, saya telah mengsiytiharkan nilai aset saya berjumlah RM980 juta ketika itu sehingga Tun sendiri terkejut.

Memang, bukan nilai harta yang jadi perhatian, kerana nilai aset saya menyusut selepas penglibatan aktif saya dalam politik lantaran saya yang lebih gemar menggunakan wang sendiri daripada menjarah wang parti atau kerajaan. Itu bukan saya yang menggunakan jawatan untuk menambah harta sebagaimana yang Tun manfaatkan kuasa kepada barisan anak-anak Tun dengan limpahan jawatan dan kontrak pelbagai hinggakan mereka kaya raya.

Barangkali pandai mereka berniaga sehinggakan menjadi bilionair… tapi sebenarnya kerana Tun yang menjadi proksi sedangkan insan lain malah bangsa sendiri melarat untuk bangkit dari bawah yang kemudiannya Tun anggap Melayu pemalas dan hanya tahu mengharap ‘tongkat’.

Sepanjang Tun berkuasa kembali dan sehingga ke hari ini, Tun masih gelarkan saya pencuri, penyangak, penyamun hanya kerana saya enggan menjadi ‘budak suruhan’ Tun khususnya meninggalkan UMNO. Tun jaja dan burukkan nama saya. Saya dipalit fitnah, dihimpit dengan macam-macam kesusahan, ditekan dan dimalukan dengan pendakwaan rasuah. Tak apa… saya redha kerana yakin pada Allah… biarpun saya melalui ruang yang panjang… sesi perbicaraan, naik turun mahkamah sepanjang tiga tahun tetapi saya tidak akan alah.

Saya tahu… andainya saya memilih bersama parti Tun, jawatan menteri telah sedia ada untuk saya malah kes pendakwaan saya dimahkamah juga tentu akan digugurkan sekelip mata. Bukankah itu yang berlaku dalam pentadbiran Tun melalui kerajaan PH apabila membela pemimpin Dap pada 3 Sept 2018 dengan Mahkamah Tinggi umum melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri P. Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah sedangkan perbicaraan kes itu sedang berjalan dengan 25 saksi sudah dipanggil memberikan keterangan.

Begitu sahaja kerajaan PH gugurkan kes Guan Eng yang kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan. Hal yang sama dalam kes mahkamah Rafizi Ramli, Tian Chua, Siti Kassim, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai.

‘The rule of law’ menjadi ‘law of the jungle’ dalam pentadbiran PH namun saya masih akur kerana yakin kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan tetap akan terserlah.

Sungguh, pada awalnya selepas keputusan dibacakan, ada terdetik untuk saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun, serta dua ahli Parlimen Dap yang terlibat di samping bekas AG Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram selain sebuah NGO yang menggunakan nama persatuan penduduk kerana telah mempalit lumpur di muka saya dan keluarga… sebab mereka banyak usaha perniagaan saya terjejas yang bukan saja dalam negara malah diperingkat antarabangsa juga terkesan… tapi kemudian, demi Allah SWT, saya redha dan laluan yang tertulis dalam hidup ini saya ambil sebagai perjuangan untuk parti saya yang berjihad demi agama, bangsa dan tanah air.

Moga apa yang berlaku ini jadi inspirasi buat anak muda untuk akur dan berjuang dengan ikhlas. Sebagaimana saya terbaca tentang bekas menteri muda yang didakwa kerana pertuduhan pecah amanah. Inilah nilai yang ada apabila tersalah pilih, gemar menggunakan jalan pintas sedangkan bekas menteri muda ini terkenal hasil daripada pendidikan yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO/BN… waima diangkat menjadi ikon 1Malaysia oleh kerajaan BN tapi memilih untuk membangkang.

Hari ini, dalam keadaan kita masih berperang dengan musuh tak kelihatan yang saban hari ratusan kematian berlaku, marilah sorot kembali bagaimana keadaannya apabila kita gagal merancang, gagal mentadbir, gagal mengawal dan yang utama… gagal memilih kerajaan sehinggakan kerajaan BN yang kukuh diruntuhkan hanya kerana fitnah.

Beringatlah bahawa bahana fitnah mampu memusnahkan, merosakkan malah menjerumuskan kita dalam kehancuran… Moga Allah SWT lindungi kita dari wabak penyakit COVID-19 dan negara kita kembali aman sejahtera pada masa hadapan. Wallahuahlam.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

#BersatuBersetiaBerkhidmat #UMNOSebuahPerjuangan #UmnoDuluKiniSelamanya #IniKampungKita #PatuhiSopCovid19 #umnodihatiku #umnobersamarakyat #umnoputrajaya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat bisnes apa sampai kaya? Iols pun nak menuntut ilmu yg sama.

Sedangkan, jelas Tengku Adnan ketika dilantik sebagai timbalan menteri pada tahun 2000, aset beliau pada ketika itu bernilai RM980 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan ke dulu pernah ada orang exposed yang dia bukan lahir ada nama Tengku? Sometime somewhere in his life dia daftarkan nama sebagai Tengku? Baca kat mana entah bertahun dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:46 AM | Show all posts
betapa korupnya pemimpin2 di malaysia ini...habis satu malaysia kena tipu...hati2 lah pd PRU akan datang...tidak perlulah memangkah manusia berdasarkan bangsa...pilih pemimpin yg menegakkan syiar Islam...!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:48 AM | Show all posts
aset dah beratus-ratus juta......
setakat rm2juta tu...macam duit poket dia aje....
jadi tak nampak keperluan dia utk nak susah2 rompak
sana-sini, nak mintak rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 23-7-2021 09:48 AM
aset dah beratus-ratus juta......
setakat rm2juta tu...macam duit poket dia aje....
jadi tak nampa ...

Manusia ni haloba..dah ada 1 bukit emas..nak tarah lg satu..just saying..dan biasanya yg tamak ni jenis yg byk harta..ug xde harta sgt maybe sbb x tahu cara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 23-7-2021 09:48 AM
aset dah beratus-ratus juta......
setakat rm2juta tu...macam duit poket dia aje....
jadi tak nampa ...

Aset ratus juta Nan ni bisnes apa? Cer ckp sket?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 23-7-2021 09:48 AM
aset dah beratus-ratus juta......
setakat rm2juta tu...macam duit poket dia aje....
jadi tak nampa ...

Klau x silap yg bagi tu yg kena, yg terima x salah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bawak ler masuk dlm kubur sana..
kot dpt kurangkan seksa api neraka.
kalau sempat bersedekah masa hidup di dunia ni, boleh gak hulur masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
takde ke yg nak cerita asal usul ku nan sblm menjadi tengku dan srbelum masuk politik?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 23-7-2021 09:57 AM
bawak ler masuk dlm kubur sana..
kot dpt kurangkan seksa api neraka.
kalau sempat bersedekah masa  ...

Ni yang Jib buat ha ha

Ingat tak makcik B40 yang menjerit2 backup Jib luar court tu, kata Jib bagi bantuan kat dia dan rasa bersyukur ada PM macam tu he he

Rompak dan sedekah lah walau sekupang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:00 AM | Show all posts
wallahuallam

tapi politicians ni  feaham jelah yg terkejut pun  dan yg mengejutkan pun same je.

so ....hmm...syak lah but well...apa nak terkejut nya kan....nama politician, gaji depa pun rezekilah berape dah ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:04 AM | Show all posts
Firenzza replied at 23-7-2021 09:55 AM
Aset ratus juta Nan ni bisnes apa? Cer ckp sket?

mcm2 bisnes boleh buat yg boleh menghasilkan aset ratus juta...
malah ada individu yg lebih kaya lagi dari beliau yg mempunyai aset berbillion di Malaysia nie...
jadi tak ada yg pelik dan yg menghairankan.....
Gelandangan, Petani, jutawan, billionaire pun boleh join menjadi ahli politik...



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 PRU akan datang adalah muka2 baru untuk kita lantik jadi pemimpin Kerajaan mahupun pembangkang  kita.  Aku dah nak muntah dengar nama2 Nuart, Zahid,  H2O, Guan Eng, Nazri,  KuNan, Chedet dan semua taiko2 UMNoo. UMNoo aku tak kisah sangat tapi orang yg konon2 jadi pemimpin tu.   Itu semua lanun bukan berjuang untuk rakyat. Habis harta negara kena songlap. Kita habukpun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:08 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 23-7-2021 09:59 AM
takde ke yg nak cerita asal usul ku nan sblm menjadi tengku dan srbelum masuk politik?

masa sekarang aje , jabatan pendaftaran tidak membenarkan meletakkan pangkal nama2 tertentu...

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:20 AM | Show all posts
Firenzza replied at 23-7-2021 09:55 AM
Aset ratus juta Nan ni bisnes apa? Cer ckp sket?

dia ada kilang maggi kat indonesia.
die ada istana besar di indonesia.
anak nye pun celebriti di sana. boleh google di youtube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 10:21 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 23-7-2021 10:24 AM
Firenzza replied at 23-7-2021 09:56 AM
Klau x silap yg bagi tu yg kena, yg terima x salah....

katanya, mula2 yg bagi tak mengaku salah sebab hanya menyumbang dana politik,lepas tu berubah fikiran, mengaku pulak bersalah bagi rasuah dan dihukum denda sahaja oleh hakim.
dan katanya lepas membuat pengakuan, dapat projek bernilai berganda2 dari nilai hukuman denda....
yg terima x salah sebab mahkamah putuskan itu adalah sumbangan politik..


Najib Razak:

Saya beri beberapa fakta tambahan bagi poster ini.
Ahli perniagaan tersebut mula didakwa bersama Tengku Adnan.
Dia didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan dan berdepan hukuman denda 5 kali nilai "rasuah" yang diberi atau RM5 juta dan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Mula-mula dia mengaku tidak bersalah.
"15 Nov 2018: Ahli perniagaan mengaku tak bersalah sogok Ku Nan RM1 juta"
Lalu dia letak jawatan sebagai pengerusi syarikat Paragon Global yang dimilik dia dan ahli keluarga dia.
Anak-anak dia mengambil alih syarikat tersebut.
"28 Dis 2018: Tan Eng Boon quits as Paragon Globe chairman amid graft charges"
https://www.theedgemarkets.com/.../tan-eng-boon-quits...

Tak sampai setahun kemudian, dia U-turn dan mengaku bersalah pula dan dikenakan bayar denda RM1.5 juta oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali - iaitu hakim sama yang jatuhkan hukuman pada saya dalam kes SRC dengan alasan ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta terbabit.
"9 Sept 2020: Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim"
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Ahli perniagaan tersebut pun terlepas daripada dikenakan denda maksima RM5 juta dan tidak dihukum satu hari penjara pun.
Lalu, dia bersetuju menjadi saksi pendakwaan terhadap Ku Nan.
"17 Sep 2019: Datuk accused of bribing Ku Nan now pleads guilty to abetment"
https://www.malaymail.com/.../tycoon-accused-of.../1791352

Tiga bulan kemudian, syarikat Paragon Global milik keluarga dia umum bahawa Khazanah Nasional milik kerajaan bersetuju menjual 31.1 ekar tanah hakmilik bebas di Iskandar Malaysia kepada mereka dengan harga RM61 juta (RM45 bagi satu kaki persegi).
"6 Disember 2019: Paragon Globe buys 31 acres for commercial development"
https://www.theedgemarkets.com/.../paragon-globe-buys-31...





Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:21 AM | Show all posts
20 tahun kemudian..aset in biliun
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
980 jutaaaa. Gilaa. Kalau dia ni 980 juta pada tahun 2000. Berapa pula Nazri Paris harta dia ya sekarang??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ank buah ku nan ni kwn kepada kwn kaka.. mmg kes ku nan ni kes frame. ku nan kaya gila kot. hahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.295008 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list