CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10566|Reply: 64

"Kalau Banyak Duit, Kami Tak Biar Ibu Bapa Minta Bantuan" - Anak Man K

  [Copy link]
Post time 23-7-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode
"Memang sudah ada yang hubungi dan pertikai kenapa kami adik-beradik tak tolong mama dan papa," kata anak bongsu kepada pemain gitar legenda, Man Kidal iaitu Nur Syahira Rahman mengenai kesempitan hidup yang terpaksa ditanggung ibu bapanya akibat tiada punca pendapatan sejak dua tahun lalu.


Nur Syahira berkata, mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, malah sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban mereka.




Kredit foto: IG Man




"Takkan kami nak biarkan mama dan papa hidup dalam kesusahan. Kalaulah ada duit yang banyak memang kami tidak akan sesekali biarkan mereka minta bantuan.


"Selama ini pun mereka tak pernah minta sebarang pertolongan daripada sesiapa. Kami sesama sendiri ikhtiar cari duit, cuma sekarang ini masing-masing tengah susah dan tidak boleh buat apa-apa.


"Kami adik-beradik ada cuba bantu apa yang termampu dengan kumpul duit dan kirimkan kepada mereka. Namun, jumlahnya tidaklah besar kerana perniagaan masing-masing pun tengah susah sekarang," katanya. Menurut Nur Syahira, orang luar tidak sepatutnya menghukum sebaliknya perlu memahami situasi yang ditanggung mereka sekeluarga.


"erniagaan saya serta adik-beradik lain sedang mengalami kesukaran. Saya ada menjalankan perniagaan percetakan tapi terpaksa hentikan operasi seketika kerana kilang ditutup. Saya juga ada tolong mama berniaga kuih tapi dalam keadaan dirinya yang positif Covid-19 serta keadaan kesihatan yang kurang sihat, saya tak sampai hati nak biarkan dia bekerja.


"Saya mohon orang luar jangan pertikai atau mengatakan kami adik-beradik tidak membantu mama dan papa. Kami sudah berusaha sehabis baik untuk membantu mereka," katanya.




Kredit foto: Harian Metro




Terdahulu ibu kepada Nur Syahira iaitu Norlaila Yusof mendedahkan dirinya dan suami berdepan kesempitan hidup sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac tahun lalu.


Dia juga disahkan positif Covid-19 sejak minggu lalu, manakala suaminya Isnin lalu.


Selain Nur Syahira, Norlaila dan Man Kidal mempunyai dua lagi anak lelaki dan perempuan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 06:10 PM | Show all posts
As musician dia ni agk successful dr jaman 90an lg. Agk curious 2tahun xdak job dh mintak bantuan. Sepnjg kerjaya xpenah tdetik carum sendri epf ka? Paling2 busuk penuhkn asb laki bini smpi max amount selain dr menyimpan kt bank & susuk duit bwh tilam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah....

Minyak rambut apa tok man pakai? dah veteran pun lebat lagi rambutnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia dengan naim daniel tu sedap nk mampos. Smpi skrg iols rs juri AJL buta seni buta kreativiti pekak dan tuli
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:34 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 23-7-2021 06:10 PM
As musician dia ni agk successful dr jaman 90an lg. Agk curious 2tahun xdak job dh mintak bantuan. S ...

some people tak fikir cam tu
memng ramai je yg kerja sendiri takde perancangan kewangan

kalau kerja sendiri contoh musician ni katalah dia dibayr 3k kalau satu even
lepas dapt tu takdenya nak sebahagian tu mencarum ke dedduct asb ke takde
terus dipakai nya 3k tu..lepas duit rumah api air makan..yg lelain tu belanja la beli kipas ke meja ke..abis da 3k

esok dpt job lagi 2k..pun berulang2 benda yg same

sebb tu aku prefer makan gaji terurus sket..sebb automatik majikan tolak dan uruskan
kalau kerja sendiri ni nnt kena g kwsp isi borang la ape lagi..pastu income tak tentu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:34 PM | Show all posts
benda ni kena jadi pengajaran untuk semua. time zaman kegemilangan, jgn lupa simpan duit!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 23-7-2021 06:34 PM
some people tak fikir cam tu
memng ramai je yg kerja sendiri takde perancangan kewangan


Betul.. mmg ramai tak fikir masa hadapan yg x baik.. ramai aku jumpa.. bile kite suggest buat pelaburan dlm ASB kemain pandang sepi kat kite.. apetah lg utk buat insurans.. memgarut semua tu katanye.. kalau dah mati org lain yg kaya.. pdhal insurans ni.. masa kite hidup pon da boleh dpt manfaatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:58 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 23-7-2021 06:34 PM
some people tak fikir cam tu
memng ramai je yg kerja sendiri takde perancangan kewangan

To make matters worse he's been working fr decades. DECADES kot. Dh brpa ramai kwn sperjuangn yg tewas & in d end tpaksa tebalkn muka mintak bantuan. Do they ever learn??? What u said lah. Xbuat financial planning.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman Covid19, semua tersempit. I tak mengata anak dia mahupun kenapa dia tak menyimpan waktu ada duit dulu. Zaman Covid19 ni, yang paling terkesan golongan T20, ramai yang merudum dari T20 jatuh ke B40 secara drastic. Mereka yang tak pernah susah, tak boleh hidup dalam kesusahan.

Golongan kayangan takyah cakaplah, kalau padang jarak padang tekukur pun, rumah mereka masih ada pantai dan lautan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak try jual koleksi gitar ke? Mesti tinggi harga sebab gitar milik lejen...

Ke nak tunggu mati dulu baru nak jual sebab harga akan lebih tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 23-7-2021 06:34 PM
some people tak fikir cam tu
memng ramai je yg kerja sendiri takde perancangan kewangan


Laki ahkak zmn muda dia dulu verangan nak jd musician… mujur arwah bapak mentua bekas sarjan mejor train askar berkawad bantah sekeras2 nye.. tu pon mogok x nak mkn ms msk kolej.. nsb baik umah kakak dia seminit dr kolej huhuhu leh ler org tu pujuk bwk mknan dr rumah.. mcm2 …
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
consider legend gak la deni.. realiti artis malaysia, walaupun dah berpuluh tahun kerja, tetap takdak apa simpanan, takdak rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:48 PM | Show all posts
moga di permudahkan urusan... retis2 lama memang ramai top2 termasuk ogy... ujung2 kena masak pes kari untuk bayar duit orang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:52 PM | Show all posts
Ada netizen memadankan muka man kidal ni...katanya buat marketing MK Label pas tu collect deposit ahli  beribu2 sorg...hujung2 x bayar...bila diminta mcm2 alasan...iols terbaca ni dr news MK kibar kain putih ni la
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kena jadi politician...tak pernah mengemis dan merempat,kecuali untuk bayar ikat jamin.situ dah nampak,duit sendiri tetap tak nak usik.simpan kemah keming.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan.. semoga covit19 berlalu agar mereka yang terkesan dapat meneruskan hidup tanpa eshan orang lain.

I jual asset untuk cash bila ada peluang hari tu. I simpan dalam asb sebab tak tahu bila economi kita balik kepada asal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan.. semoga covit19 berlalu agar mereka yang terkesan dapat meneruskan hidup tanpa eshan orang lain.

I jual asset untuk cash bila ada peluang hari tu. I simpan dalam asb sebab tak tahu bila economi kita balik kepada asal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:27 PM | Show all posts
kesian ...camne la bang man ni nak bayar installment rumah banglo dia tu time pkp ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpi sd masanya utk gov intoduce perancangan kewangan sebagai subjek teras di sekolah.. Sekurg2nya start sek menengah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kalkulatorpink replied at 23-7-2021 08:42 PM
Smpi sd masanya utk gov intoduce perancangan kewangan sebagai subjek teras di sekolah.. Sekurg2nya s ...

Cadangan yg bijak !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062974 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list