CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8400|Reply: 58

[Tempatan] Berita mlm seram : Kereta Mainan Bergerak sendirik Di Koridor Pukul 12 Tengah Ma

  [Copy link]
Post time 24-7-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-7-2021 12:31 AM

PETALING JAYA – Ketika orang lain lemah lutut atau cabut lari ketika berhadapan dengan kejadian menakutkan, seorang lelaki dengan tenang merakamkan kejadian mistik dilaluinya malah turut memuat naik video tersebut ke laman media sosial untuk tontonan orang ramai.

Menerusi satu perkongsian oleh Muhamad Asraf di platform TikTok, dia dilihat sedang berjalan seorang diri di kaki lima sebuah pangsapuri dalam perjalanan menuju ke rumahnya namun perhatian kemudiannya teralih kepada dua buah kereta mainan yang bergerak sendiri.

“Bayangkan hari Jumaat pukul 12 malam dalam perjalanan nak balik rumah di Blok B, nak balik ikut lif tapi ada si adik dua orang,” katanya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Dalam video yang tidak dinyatakan lokasi itu, kelihatan beberapa buah mainan kereta termasuk basikal kanak-kanak berada di laluan kaki lima pangsapuri berkenaan namun secara tiba-tiba dua dari kereta mainan itu mula bergerak dengan sendirinya.

Pemuda berkenaan pada mulanya menghentikan langkah namun kembali meneruskan perjalanan dan apabila berada hampir dengan mainan kereta tersebut kedua-dua mainan berkenaan berhenti bergerak dan tiada sesiapa dilihat berada di kawasan tersebut.

Perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 35,600 reaksi dan 2,349 komen daripada pengguna TikTok yang menyifatkan pemuda berkenaan sebagai seorang yang berani malah ada yang turut mempersoalkan keberaniannya.

“Aku tak faham bila sesuatu kejadian seram jadi, macam mana kau boleh sempat lagi rakam? Maksud aku macam mana kau boleh ada keberanian sebegitu?,” soal seorang pengguna.

Bagaimanapun, kejadian tersebut turut menimbulkan persoalan daripada pengguna yang tidak mempercayainya dan meminta agar orang ramai tidak mudah percaya bulat-bulat sesuatu yang dimuat naik ke media sosial.

“Kalau kisah-kisah hantu dalam TikTok ni jangan percaya sangat. Ada yang rakam pocong depan-depan lah, ponti mengintip lah, benda-benda bergeraklah.

“Hantu ni bukan macam dalam televisyen tu,” kata HYECrush ringkas. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/seram-lihat-kereta-mainan-bergerak-sendiri/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk pun tau tipu
I pernah jumpa i taulah
Satu lagi hantu mana suka kena rakam2 ni
Manusia lebih menakutkan lah dr hantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape parent kt level ni
Biar mainan bdk bersepah kt laluan
Igt duk rmh teres ada laman bagai


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
aku penah kena sebijik mcm ni. tp aku mainan itik tu. nak haram boleh bateri takdak tapi dok bejalan. clakoi la. lps tu apa lagi demam la haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:43 AM | Show all posts
Cam tipu je...
Bila nak sampai kat kereta yg x guna bateri tu tetibe stop recording....

Erm...
Btw,isu semasa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tak pernah kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2021 05:48 AM | Show all posts
yang dekat tiktok ni satu pun video tu iols takkan percaya sebab kita sekian tahu orang2 upload video dekat tiktok tu semua nak viral, raih perhatian dan dapatkan views & followers...

yang semenggah elok share benda berilmu hanya doktor2 dan tukang masak je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:50 AM | Show all posts
kalau andartu, dah lari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2021 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sapa tu, lepas main xreti kemas!
Menyemak jalan je
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli kereta mainan yg bila tekan, dia  boleh keluar bunyi muzik.. kadang2 ada masanya, dia bunyi sendiri tanpa di tekan button dia oleh sesiapa pon.. lepas tuu.. aku terus buang mainan tersebut.. penakut .. haha
-tapi itu kisah dulu laa..haha
-kalau jadi sekarang..siapp engkau.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Obviously staged
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 24-7-2021 03:56 AM
aku penah kena sebijik mcm ni. tp aku mainan itik tu. nak haram boleh bateri takdak tapi dok bejalan ...

Agak2 time tu kuat tak semangat nk ambil fon & rakam?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tak seram pun
nmpk sgt staged
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nampak memang lari xcukup tanah jugak ni... sebab kalau xsalah kereta jns tu xpakai bateri/remote control..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:12 AM | Show all posts
byk staged u ols teritama geng tik tok batak viral.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-7-2021 05:48 AM
yang dekat tiktok ni satu pun video tu iols takkan percaya sebab kita sekian tahu orang2 upload vide ...

Cikgu2 pun ramai guna tiktok untuk sampaikan ilmu. Tolong jangan diskriminasi kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
violetungu replied at 24-7-2021 11:10 AM
Kalau nampak memang lari xcukup tanah jugak ni... sebab kalau xsalah kereta jns tu xpakai bateri/rem ...

Betul. Unles hada some kind of trick meka pull.

Btw, benda2 kita tak nampak tu mahkluk Allah juga. Takyah demonize meka. Learn to co exist.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:28 AM | Show all posts
Xim replied at 24-7-2021 05:43 AM
Cam tipu je...
Bila nak sampai kat kereta yg x guna bateri tu tetibe stop recording....

benda cenggini dorang senang percaya

kalau tak percaya, jatuh atheist menurut mereka sebab tak percaya perkara ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-7-2021 11:27 AM
Betul. Unles hada some kind of trick meka pull.

Btw, benda2 kita tak nampak tu mahkluk Allah ju ...

tu kan?? time nampak memang tak pikir dah kot letak tali pancing halus ke main tarik2.. yg pasti kita lari dulu haha..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah kalo btl pun motif utama uploader nak raih view dan follower jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.788320 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list