CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2709|Reply: 10

YHB selalu kena marah sebab cakap banyak, laju

  [Copy link]
Post time 24-7-2021 08:16 PM | Show all posts |Read mode
YHB selalu kena marah sebab cakap banyak, laju
  • Oleh MOHD. HAIKAL ISA
  • 23 Julai 2021, 10:30 am



YHB SLEEPSALOT

USIA kerjaya seninya barangkali baru setahun jagung, namun pengaruhnya menggunung. Dia kian mencuri tumpuan dengan lagu-lagu bernuansa hip-hop seperti Jatuh Boi (featuring SonaOne) dan terbaharu, single yang menggabungkan tiga penyanyi serumpun berjudul Orang Lain bersama SonaOne dan A. Nayaka.

YHB Sleepsalot. Sepotong nama yang mungkin kedengaran agak asing di Malaysia, namun semakin mendaki tangga populariti dengan karya-karya hip-hop kontemporari.

Seperti kebanyakan individu yang berkecimpung dalam dunia seni, pada usia 20 tahun, YHB mempunyai impian besar membawa namanya ke peringkat antarabangsa, sekali gus membanggakan negara kelahirannya, Singapura.

“Saya mahu terus berusaha mencari suara sendiri untuk membawa hip-hop lebih jauh lagi. Saya ingin membuktikan bahawa saya serba-boleh dan sedia bereksperimen dengan apa jua rentak yang diberikan walau dengan rentak trap sekali pun.

“Perihal itu tidak menjadi masalah buat diri saya. Saya menyimpan impian mahu berkolaborasi dengan The Weeknd dan Alyph satu hari nanti kerana mereka mempunyai suara yang unik dan sesuai dengan nada vokal,” katanya.


YHB menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan artis antarabangsa, The Weekend dan mentornya, Alyph.

Bieber jadi punca

Berstatus generasi milenial, YHB memberitahu, dia sangat mengagumi penyanyi antarabangsa, Justin Bieber selain turut menjadikan anak-anak seni agung dunia seperti mendiang Michael Jackson sebagai referensi dalam merentakkan muzik.

“Saya meminati muzik sejak kecil kerana terikut-ikut dengan ibu bapa saya yang meminati pelbagai jenis muzik.

“Justeru, pengaruh muzik mereka yang pelbagai telah menambahkan lagi minat saya terhadap dunia muzik dengan lebih mendalam.

“Saya masih ingat lagi, pertama kali saya cuba menyanyi depan orang ramai ialah ketika menyertai pertunjukan bakat sekolah pada usia 13 tahun dan saya menyanyikan lagu Baby dendangan asal Justin Bieber.

“Meskipun tersingkir pada pusingan awal, apa yang berlaku sama sekali tidak mematahkan semangat dan motivasi saya,” tutur YHB.

Diajak berbicara tentang titik mula kariernya sebagai penyanyi hip-hop atau rap, YHB tidak segan membuka pekung cerita.

Katanya, sejak pada usia muda lagi, dia cukup yakin dengan cita-citanya untuk bergelar penghibur.

“Saya tahu bahawa saya ditakdirkan untuk berada dalam industri ini tanpa mempedulikan berapa banyak kegagalan yang harus saya hadapi.

“Saya mengakui kemunculan saya ke dalam dunia seni sebab banyak terpengaruh dengan Justin Bieber. Sejak itu saya sering mengimpikan untuk bergelar sebagai seorang penghibur sama sepertinya,” luahnya.


TEMPOH paling lama diambil YHB untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah sekitar 30 minit hingga satu jam. Sementara masa yang paling pendek pula 15 minit, iaitu semasa dia menulis lagu bersama SonaOne.

Ilham, Eminem

Ceritanya, rapper ulung dunia, Eminem memainkan peranan penting yang menggerakkan motivasinya berkecimpung dalam dalam muzik bernuansakan hip-hop.

“Perjalanan saya dalam dunia hip hop dan rap pula bermula ketika mendengar lagu Eminem dan tertarik dengan nilai penceritaan di sebaliknya. Ketika di bangku persekolahan, saya mula menulis lagu dan akhirnya merakamkan satu kompilasi muzik pada usia 17 tahun.

“Saya mempunyai kelebihan bercakap dengan laju yang memudahkan saya bernyanyi rap. Semasa membesar, saya selalu dimarahi kerana bercakap terlalu banyak dan laju. Tidak tahu pula akan menjadi sangat berguna dalam kerjaya saya hari ini,” ujarnya seraya berseloroh.

Buat seorang pemuzik, bukan mudah untuk mendapatkan inspirasi penghasilan sesebuah karya. YHB bagaimanapun tidak terlalu sukar untuk mencari ilham menulis lagu.

“Sejujurnya, penciptaan lagu tidak susah buat saya. Saya hanya perlu fokus kepada jenis mesej yang ingin disampaikan.

“Maklumlah saya jenis orang yang mudah hilang fokus. Selalunya, saya akan menulis muzik ketika saya berasa bosan kerana keadaan itu membuatkan saya lebih kreatif.

“Ilham pula boleh datang pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat.

“Jadi saya akan tulis semua ilham itu di dalam buku nota kecil. Jika saya mahu melengkapkan lagu, saya akan rujuk semula buku catatan itu,” jelasnya.


YHB kini bernaung bawah label, Def Jam South East Asia.

‘Bahasa Melayu indah’

Menetap di sebuah negara yang serba moden dan antara yang terkaya di dunia, YHB tetap tidak melupakan asal usulnya dan kemelayuan yang ada dalam diri.

Bahasa Melayu baginya satu bahasa yang menghadirkan rasa kagum dengan keindahan kosa kata dan tatabahasa.

Kekaguman itulah yang membuatkan YHB selesa menyanyi rap dalam bahasa indah dan setiap kata mempunyai maksud mendalam.

“Semasa mula-mula jadi penyanyi rap, saya tulis lirik dalam bahasa Inggeris namun selepas beberapa eksperimen, saya dapati menulis dalam bahasa Melayu lebih memberi kepuasan.

“Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda dan saya sendiri ketika berada di rumah bercakap dalam bahasa Melayu dengan ibu bapa,” katanya.

Katanya lagi, bahasa Melayu mempunyai seni yang amat dalam dan itu membuatkan dirinya terus bersemangat untuk menulis dalam bahasa ibunda.

“Tulis bahasa Melayu lagi beremosi dan memberi makna mendalam kepada saya. Itu sesuatu yang saya suka tentang bahasa ini.

“Lagi deep (mendalam) dan tulen. Saya berharap dalam tulis lebih banyak lagu berbahasa Melayu selepas ini,” bingkasnya menggulung perbualan.


Selepas Jatuh Boi, YHB sekali lagi berkolaboratif dengan SonaOne dan rapper Indonesia, A. Nayaka menerusi lagu Orang Lain. – Foto IHSAN HANS GOH (DEF JAM SOUTH EAST ASIA)

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2021 08:17 PM | Show all posts
[youtube]ryW4WElkMCg[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2021 08:18 PM | Show all posts
[youtube]DKEd9J7hNLg[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2021 08:20 PM | Show all posts
[youtube]rsH9scG8hjk[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:39 PM | Show all posts
who are yussss???
dia ni ke yang selalu lepak dekat tebing dengan anak2 amyza aznan tu?
lepastu ayahnya meninggal kena tikam dengan gangster... kesiannya nasib beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
JahGosipMosip replied at 24-7-2021 08:20 PM

Dgr mcm perempuan yg interview ni
Why he said, yes sir

Anyway mcm sona1 clone
Jambu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
JahGosipMosip replied at 24-7-2021 08:17 PM

Aku paling menyampah lagu bunyi robot autotune ni.

Kata eminem as inspirasi.. at least come with good quality song la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Eminem?? Jauh sgt dgn ko dik.. baik la akak lyn cypress hill dr dgr lagu ko dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 09:47 PM | Show all posts
sapa budak tak sunat lg neh?? tak kenai
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak ke kena panggil apa ni.... Pelik nau nama glemer ko
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:34 AM | Show all posts
ape nak panggil ko dik.. YHB YHB apo... BBNU sgt rupe ko dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.075965 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list