View: 2711|Reply: 14
|
[Tempatan]
Pecah amanah dalam melakukan tugas.
[Copy link]
|
|
Selepas beberapa menteri sebelum ini kantoi dalam pengurusan dan pentadbiran. Tidak terkecuali juga beberapa agensi dan NGO juga banyak yang melakukan pecah amanah. Bukan pekerja atau pegawai bawahan tidak tahu. Tapi atas dasar kerja makan gaji mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Badan beruniform pun tidak lagi dipandang tinggi seperti polis, tentera dan kastam. Disebabkan segelintir mereka yang bersifat begini menyebabkan rakyat memandang serong dengan pekerjaan dan uniform mereka.
Syarikat swasta juga tidak berkecuali dalam memberi tender dan saguhati bawah meja kepada badan-badan tertentu supaya tender mereka dipercepatkan dan mendapat untung dan dijaga kerajaan.
Pernah juga saya bekerja sebagai sukarelawan untuk Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 menyediakan tempat penginapan atlit ketika itu. Ada seorang pegawai dari KBS telah check-in hotel atlit memandangkan atlit tersebut tidak dapat hadir. Bukan itu sahaja, pegawai tersebut membawa ahli keluarganya sekali untuk menginap di hotel tersebut. Untuk pengetahuan, dijadikan cerita sebenarnya atlit tersebut telah menempah tiket lewat sehari untuk pendaftaran atas masalah peribadi.
Bila kami semak bilik atlit tersebut, telah di check in malam sebelum lagi. Seorang pegawai dari DBKL ketika itu terus ke bilik tersebut dan mengetuk pintu bilik tersebut. Malangnya pegawai KBS tersebut tidak mahu keluar dan senyap didalam bilik hotel tersebut. Kami hanya memberi amaran dari luar supaya dia mengosongkan bilik itu sebelum pagi esok. Kami tahu dia malu dengan perbuatan dia. Tetapi kami memberi peluang kepada beliau.
Bagi atlit tersebut, kami terpaksa berbincang dan memohon jasa baik pihak hotel untuk memberi satu bilik extra. Kebetulan ada satu bilik sukarelawan, terpaksa dikosongkan. Maka masalah itu dapat diselesaikan dengan cara baik.
Begitu juga ketika saya hadir dalam penjawatan pegawai di Kementerian Belia Dan Sukan. Kami dimaklumkan dari 100 kekosongan yang ada untuk diisi, 40 sahaja telah ditempah oleh seorang menteri ketika itu untuk memasukkan kawan-kawan serra saudaranya. Tidak termasuk lagi yang ditempah oleh setiap ketua pengarah pada ketika itu. Maka hanya tingal 30-40 sahaja kekosongan sahaja untuk rakyat luar berebut. Bayangkan ye... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebut pasal pecah pecah ni teringat pantun legendary dua kerat ibu ayah dolu dolu....
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas....
Kahjahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah menteri dia sapa |
|
|
|
|
|
|
|
Citer 4 thn lps br nk berbunyi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama side eye
nothing new under the sun
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm islam kalau kita nampak mcm mana defisit akaun akhirat, tak berani kita nak ambil bahagian dunia yg bukan hak.
Bukan islam pulak percaya pada karma. U ambil hak org, hak u akan diambil pula nanti.
In the end, org yg rasa cukup dgn apa yg ada walaupun sedikit (dan mencukupi) then heshe is the happiest person in the world. We need money to be happy but keperluan setiap org tu relatif. Kalau u dah cukup makan pakai tempat tinggal, then try to be content with what u have. |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel tu kalau tak check-in, biasanya akan tolak amount dari total invoice, so tkde la gomen rugi byr bilik kosong. Ni officer kebulur siap angkut fam penuhkan bilik, dah tk dpt beza halal haram ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai kbs tu ada baca dak artikel ni?
Malu woi sebat hak orang |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita atlit nii.. lain maciam story dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-7-2021 05:54 PM
Pegawai kbs tu ada baca dak artikel ni?
Malu woi sebat hak orang
Sapa heheg.. Cer bagi hint |
|
|
|
|
|
|
|
meteorspeed replied at 25-7-2021 06:01 PM
Sapa heheg.. Cer bagi hint
Iols tak.tau..
Hehe
Cuma baca artikel di atas
Iols.cuma.doakan pegawai kbs ty terbaca la.artikel ni..
Dan malu sundiri...sampai.abang jamil mampus..
Kesian.atlit yang haknya diambil.tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Camana laa dia masuk 40 org kaum kerabat kawan.
Kalau ikut proses SPA. Kena ada exam ujian kecergasan dan PAC last skali interbiew..
Diorg selit kat mana sampai 40 org tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg atlit..2.. 3 org saja.. yg escort.. isk isk.. tak terkira ramei nya |
|
|
|
|
|
|
|
Susah wei nak cari yg amanah bila diberi kemewahan duit |
|
|
|
|
|
|
|
tak bukan mosti oreng Melayu berugamo Islam...haram harbi punya maknusial |
|
|
|
|
|
|
| |
|