CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 14

[Tempatan] KPM sedang teliti permohonan tukar 'guru duka lara'

[Copy link]
Post time 24-7-2021 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Isu pertukaran ‘guru duka lara’ dalam fasa akhir penelitian, kata menteri pendidikan
Staff Writers
1 hour ago


“Guru duka-lara” yang memohon pertukaran boleh menarik nafas lega apabila isu permohonan pertukaran kini dalan fasa akhir penelitian kementerian pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh sedang diteliti.

“Dalam menimbang permohonan pertukaran guru, KPM perlu memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

“Ini bermaksud, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Istilah guru duka-lara merujuk kepada guru yang berkahwin dan terpisah antara satu sama lain.

Kebanyakan membabitkan guru yang bertukar di Sabah dan Sarawak manakala pasangan berada di Semenanjung.

Radzi berkata, beliau menerima pelbagai maklum balas berkenaan isu itu.

Beliau berkata, KPM akan terus mencari ikhtiar yang terbaik bagi menjamin masa depan pelajar.

Pada 2019, dilaporkan terdapat kira 23,000 permohonan pertukaran guru dilaporkan.

Daripada jumlah itu, hanya 2,245 permohonan diluluskan.


Terdahulu, Radzi berkata KPM berdepan pelbagai kekangan dalam menangani isu tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba abis 'training'....cikgu2 sekelian...buka la sekolah sendiri depan umh.....boleh siap msk tghri...sementara..nunggu murid2 abis tulis...'Cikgu masak apa arini'(300 patah perkataan)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpela...dari kahwin sampai dah bercerai dah pun. Ada orang belum posting dah dapat sekolah depan rumah. Ada orang sejenis mengikut je arahan bertahun-tahun jauh dari pasangan. Konklusinya kalau tak cukup kuat emosi jangan berani-berani cipta perhubungan jarak jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:19 AM | Show all posts
aku teringat taktik sekitar taon 2010 dimana aku dgr kekawan yg cikgu cepat2 kawen sbb taknak posting sabah sarawak.


ada juga setuju dihantar sabah sarawak, bila dapat meroyan.


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 25-7-2021 12:19 AM
aku teringat taktik sekitar taon 2010 dimana aku dgr kekawan yg cikgu cepat2 kawen sbb taknak postin ...

Kan. Macam hanat perangai. Dia sendiri yang setuju dan rela nak jawatan tu. Bila dah dapat meroyan macam siamang kena lastik. Kalau rasa cam syarat2 tu tak kena ngan jiwa, jangan ambik la jawatan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:32 AM | Show all posts
Babai replied at 24-7-2021 04:23 PM
Kan. Macam hanat perangai. Dia sendiri yang setuju dan rela nak jawatan tu. Bila dah dapat meroyan ...

sebab dorang pikir alasan tu kukuh. dapat tukar "semudah itu".  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti susah org HR yg uruskan permohonan pertukaran dan naik pangkat cikgu2 ni sbb nak kena matchkan dgn subject yg diajar dan lokaliti
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 25-7-2021 12:32 AM
sebab dorang pikir alasan tu kukuh. dapat tukar "semudah itu".

Duka lara konon. Kalau duka cari la kerja lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 25-7-2021 12:55 AM
Duka lara konon. Kalau duka cari la kerja lain.

Air mata duyung......

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
thread bakalan meletop ni. tggu esok
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ada je yg jenis memilih
nak yg dekat2
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
setiap tahun isu yang sama.. tak nak kerja, resign je la.. ramai lagi yang nak jadi cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 25-7-2021 12:55 AM
Duka lara konon. Kalau duka cari la kerja lain.

Ok ngamm ni komen.. Selfish kn, maka ramai lg org sanggup dgn ikhlas..

Time interview semua sanggup..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:03 AM | Show all posts
komen2 dlm ni seperti yang dijangkakan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Guru di layan bak intan mutiara .. pekerjaan lain nya.. macam tiada harga.. kesian tukang kebun.. makcik kantin..  acik cleaner..
-kat tempat aku.. sekali acik cleaner mogok.. opis ber tukar jadi bangunan tinggal, bersepah kotor, toilet busuk.. baru terpikir yg kerja cleaner pon penting juaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.097088 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list