|
“Saya Ada Isu Kolestrol Tinggi..” – Norman Hakim Nasihat Jangan Takut ‘Check’ Badan
Oleh Dini | July 22, 2021
Pelakon Norman Hakim menasihati orang ramai untuk tidak takut pergi membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Menerusi perkongsian Norman di akaun Instagramnya, dia memberitahu bahawa walaupun dirinya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, namun turut terkejut apabila disahkan mempunyai kolestrol tinggi dalam badan.
Tambahnya lagi, selepas mengetahui tentang kolestrolnya itu, tanpa membuang masa dia terus menukar corak pemakanan hariannya dan juga rutin senaman.
Dengan penukaran cara makan dan rutin senamannya, Norman bersyukur kerana ia telah membuahkan hasil apabila dia pergi membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini dan terlihat kolestrol dalam badannya menurun.
Sumber: Beautiful Nara |
|