CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4691|Reply: 17

Ingin Sihat Sampai Tua, Hentikan 5 Kebiasaan Buruk Ini.

[Copy link]
Post time 27-7-2021 12:55 AM | Show all posts |Read mode

Bagi kebanyakan orang, masa muda adalah masa yang paling menggembirakan kerana stamina tubuh berada dalam keadaan terbaik. Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam sehari dan jarang jatuh sakit. Walaubagaimanapun, ada sebahagian orang yang membiarkan dirinya melakukan kebiasaan buruk sehingga boleh menjejaskan kesihatannya pada masa akan datang.
Membiarkan diri melakukan kebiasaan buruk sama seperti membahayakan masa depan anda. Mungkin kesannya tidak nampak kerana anda masih muda. Anda mungkin hanya mengalami batuk atau sakit ringan yang mungkin sembuh hanya dalam beberapa hari. Namun, seiring bertambahnya usia, kesan negatifnya akan mulai anda rasa sehingga menahan anda dari melakukan sebarang aktiviti yang anda mahukan. Sekiranya anda tidak membuat perubahan dari sekarang, cepat atau lambat badan anda akan menderita walaupun anda masih muda.
Terdapat lima tabiat buruk yang mesti anda hentikan segera, agar kesihatan anda tetap terjaga sampai tua.

1.  Merokok
Tidak kira apa jenis rokok yang anda hisap, tembakau sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Tidak ada bahan selamat dalam produk tembakau, sama ada dariaseton, tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bahan yang anda hisap tidak hanya mempengaruhi paru-paru anda, malah juga boleh mempengaruhi seluruh badan anda.

Kesan nikotin boleh merosakkan fungsi kognitif dan membuat anda merasa cemas dan mudah tertekan. Nikotin juga boleh menyebabkan sakit kepala dan juga masalah tidur. Itu baru nikotin, masih ada 7000 bahan berbahaya yang masuk ke dalam badan anda ketika anda merokok dan sebahagian daripadanya boleh menyebabkan kanser. Setakat ini belum ada cara yang pasti untuk merawat kanser, cara untuk mengelakkan kemungkinan mendapat penyakit kanser adalah dengan berhenti merokok mulai sekarang.
2. Lewat Tidur
Anda pasti pernah mendengar bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan. Anda mungkin juga mendengar bahawa tidur lebih awal sangat baik untuk badan anda. Walaupun anda mengetahui kebaikannya tetapi anda masih sukar melakukannya kerana ada banyak perkara yang ingin anda buat, contohnya menonton filem dan bermain permainan video. Semasa anda  muda, anda mungkin tidak menganggapnya masalah kerana anda mempunyai banyak tenaga.  
Kebiasaan tidur lewat malam membuat anda mengalami perkara-perkara seperti ini, berat badan dan gula dalam darah meningkat, sukar menumpukan perhatian, lambat untuk bertindak balas, mudah lupa , mempunyai masalah kulit dan melemahkan sistem imuniti badan. Sekiranya dibiarkan berterusan, anda mungkin akan mengalami penyakit jantung dan kemurungan. Jadi mulai sekarang, matikan telefon bimbit dan komputer riba anda sebelum larut malam. Biarkan diri dalam  kegelapan dan lambat laun anda pasti tertidur. Ia mungkin sukar, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa.
3. Postur Tubuh Buruk
Sejak kecil hingga sekarang, pasti anda sering disuruh berdiri tegak ketika berjalan atau duduk. Berdiri dan duduk tegak menjadikan anda kelihatan lebih gagah dan menawan. Namun, ternyata postur boleh memberi kesan lebih dari sekadar penampilan anda. Terdapat beberapa kesan sampingan yang mengejutkan dari postur badan yang tidak anda sedari. Bagaimana anda berdiri dan duduk boleh memberi kesan kepada seluruh badan anda, baik dari segi fizikal dan mental.
Membongkok memang terasa selesa, tetapi kesan negatif yang dihasilkan jauh dari selesa. Terdapat banyak kesan buruk sekiranya anda sering membongkok. Ia mengakibatkan sakit belakang, kerap sakit kepala, sukar tidur, sakit urat leher, masalah membuang air besar dan juga tekanan darah tinggi. Oleh itu, pastikan badan anda lurus semasa anda berada di mana sahaja. Sekiranya anda penat, rehat seketika tetapi jangan biarkan badan anda membongkok terlalu lama.



4. Kurang Air Putih
Air adalah bahagian penting dalam kehidupan. Sebilangan besar badan manusia terdiri daripada cecair. Air berfungsi untuk membekal mineral, vitamin, protein, dan nutrien lain ke seluruh badan anda. Air juga merupakan pelincir untuk tisu badan, termasuk untuk sendi dan tulang otot. Kerana peranannya sangat penting, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menjalankan proses metabolisme.
Walaupun peranannya sangat penting, ramai orang tidak suka mengambil air putih kerana rasanya yang kurang enak. Mereka cenderung mengambil air yang mengandungi perisa tiruan seperti minuman ringan, kopi, dan sebagainya. Tidak salah mengambil minuman seperti itu, tetapi perlu diingat jika mengambilnya berlebihan akan mendatangkan kesan buruk. Ini kerana,  gula dalam badan akan  membuka pintu untuk diabetes, masalah buah pinggang, kegemukan, jangkitan saluran kencing dan sebagainya. Sekiranya anda masih menyanyangi kesihatan dan masa depan anda, mulai sekarang minum lebih banyak air putih.    
5. Kurang Cahaya Matahari
Kebanyakan manusia menghabiskan masanya di tempat kerja dan juga rumah, ini boleh mengakibatkan kurangnya pendedahan cahaya matahari. Kekurangan cahaya matahari boleh mempengaruhi tubuh secara fizikal, mental dan emosi.
Sekiranya anda jarang terdedah kepada cahaya matahari, maka anda akan mengalami kekurangan vitamin D. Ini membuka peluang untuk mendapat penyakit seperti diabetes, penyakit jantung,  keguguran rambut, penyakit gusi, kerosakan gigi  dan sebagainya. Jadi ambil masa sekurangnya 30 minit sehari menghadap cahaya matahari.

Kesimpulannya, masih banyak tabiat buruk yang mesti anda hentikan sebelum terlambat. Lima perkara di atas boleh anda lakukan sekarang tanpa menunggu masa yang sesuai. Sudah tentu, perubahan ini tidak selesa, tetapi ia adalah untuk kebaikan jangka panjang. Jadi Apakah pilihan anda?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank........
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
You........
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
For.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sharing..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 02:41 AM | Show all posts
Sharing..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 03:56 AM | Show all posts
ada satu lagi, jaga kebersihan gigi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks! Jangan lupa banyakkan membaca dan cuci gigi 6 bulan or setahun sekali
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau2 je aku sakit gigi. Bosan forum ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:50 AM | Show all posts
Dah dekat 2 thun lbih benti merokok
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Semenjak lockdown & WFH ni time tido dah out
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak WFH ni tido mmg kelaut pagi jadik malam … malam jdik pagi riso la gak kadg2 .. iolls siap amik EO nk bagi tido
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:06 AM | Show all posts
masalah i ni minum air putih tu pun kadang terkurang jugak, padahal tulah paling basic untuk kesihatan..ayoooooo!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:41 AM | Show all posts
lyshafull replied at 27-7-2021 11:14 AM
Sejak WFH ni tido mmg kelaut pagi jadik malam … malam jdik pagi  riso la gak kadg2 .. iolls siap ...

betullaaa... sejak2 mco bagai ni.. daku pny percaturan tdoq pon jahanam.. susahnya nak betulkan balik.. dah la skrg makin malam ada jek cerita kt tv.. yg bestnya daku layan plak.. bosan xde aktvt luaq kot.. so layan jek la tv sampai menjejaskan waktu tdoq.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:09 PM | Show all posts
puanbintang replied at 28-7-2021 09:06 AM
masalah i ni minum air putih tu pun kadang terkurang jugak, padahal tulah paling basic untuk kesihat ...

sama lah..kalau ada air manis selalu lupa nk minum air putih..kalau minum pun nak yg betul2 sejuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu tidur lambat n minum air bergas....dah cuba nak stop tapi tak boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:42 AM | Show all posts
sekarang ni iols tidor lambat setiap ahad malam sebab nak tengok sampai habis yach gegarvaganza sampai segmen alal semua tu yachh. nak kena beliak2 bijik mata hantar ain bak kata duda kalau misai kontot tu belum tersingkir lagi yachh. dah la asik overrun jah bunda kemain panjang komen siap halo2 bila kena cut dek floor manager ko mampoo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.081865 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list