CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Dunia] China sahkan antibodi merosot lepas enam bulan suntik dos kedua Sinovac. Perlu c

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulakk nak kena cucuk buat kali ke-3 lepas ni.
Iols baru je settle dos pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoii kenapa la menyusahkan orang..satu lg patut kita semua amik pfizer je..xpyh la bg jenis lain..xkn nk suntik byk kali..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 27-7-2021 10:33 PM
Nah, ni harga sinovac vs pfizer

Az terpaling murah..harap2 AZ jugalah terpaling mujarab
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoii kenapa la menyusahkan orang..satu lg patut kita semua amik pfizer je..xpyh la bg jenis lain..xkn nk suntik byk kali..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib iols ambik AZ
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ke siapkan parents i yg comete amik sinovic ni
adoi kesian kat org tua i
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 02:10 AM | Show all posts

I tengah watching Charmed new series
sambil scroll baca u punya komen.
tetiba dalam drama tu pun sebut " Whats going on"
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak daaaahhhh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetrevenge16 replied at 27-7-2021 11:06 PM
2 orang cleaner indonesia ofis iols register last week, 3 hari dah dapat date vaksin, sedangkan ra ...

Bukan warga layak dpt vac ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 27-7-2021 10:33 PM
Nah, ni harga sinovac vs pfizer

Rupanya harga sinovac lagi kayangan dr pfizer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:12 AM | Show all posts
haznor replied at 28-7-2021 07:05 AM
Bukan warga layak dpt vac ke?


Bukan warga negara layak dpt vaksin.

Pembantu rumah ramai yg dah cucuk vaksin.

Kesian jugak kat warga negara sendiri yg masih belum dpt cucuk vaksin

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Guano replied at 28-7-2021 12:57 AM
Adoii kenapa la menyusahkan orang..satu lg patut kita semua amik pfizer je..xpyh la bg jenis lain..x ...

Pfizer pun talking about immunity merosot lepas 6-9 bulan. Baca apa yang Ugur Sahin (yang develop Corminaty by Pfizer) ni talk about 3rd booster dose. Dan sudah ada kajian tentang kemerosotan antibody pfizer also, read pasal experience Pfizer di Israel di mana effectiveness dah berkurangan jadi 39% disebabkan banyaknya kes infection bagi mereka yang dah disuntik > 6 bulan.

Dari dulu lagi dah sebut pasal potential annual injection ni, bukan hanya utk vaksin Sinovac, tapi vaksin lain juga. Benda ni bukan baru, influenza vaksin pun kena cucuk annually, so kenapa nak gelabah bila vaksin covid react the same?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:29 AM | Show all posts
dasar sinovac guandong
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam aku pergi ppv di MIECC. Punya la ramai PATI. Dah macam pesta pulak kat luar tu diorang berkumpul ramai ramai

Punyalah berkobar kobar aku nak ambik vaksin, tapi dah sampai kat doktor yang bagi briefing, aku pilih untuk cancel appointment n tanak ambik sebab aku tanak vaksin sinovac.

Naya weh. Nanti nak masuk Singapore pun tak lepas.

So since aku pilih untuk tanak sinovac, doktor dah cancel dalam sistem dan nanti diorang akan bagi reappointment.

Now baru aku tau yang MIECC memang bagi sinovac je
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:48 AM | Show all posts
Edited by antiQue at 28-7-2021 07:53 AM

Korang ni gelabah dah kenapa? Annual vaksin ni bukan Sinovac aja... gelabah nak cancel appointment bagai dah kenapa? Membaca lah.. baca... immunity menurun lepas 6 bulan ni bukan risk Sinovac aja, Pfizer pun sama. Baca lah experience Pfizer kat negara-negara yang dah cucuk > 6months. The problem with you guys is you have already form opinion, so target yang tu aja.
Astra Zeneca aja yang claim for lifetime protection sekarang ni, itu pun belum terbukti sebab belum ada lagi yang kena cucuk AZ lebih setahun.


Gelabah sangat nak cancel Sinovac sebab nak cucuk pfizer.. adeh lah... we are talking about immediate protection now..   

Tak paham betul level gelabah masing-masing... memang korang tak tau yang banyak vaksin kena cucuk berkali-kali ke apa? Korang tak tau ke influenza memang cucuk annual ke apa? Korang ingat vaksin covid ni memang confirm seumur hidup ke sebelum ni? Adoii lah....
Vaksin 101.  


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
JessePinkman replied at 27-7-2021 08:58 PM
Meraban tahap gaban ni. Sampai fikir ko kena ambik banyak dose sebab nak cover orang yg tak vaksin ...

Kok comprehension problem?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 28-7-2021 08:58 AM
Kok comprehension problem?

Ye problem. Ko je yg comprehension tahap gaban.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 27-7-2021 01:35 PM
So? Ada tak yg positive stage 4 ke atas?. N ada kematian tak? Jika tak de dah boleh nampak la the  ...


I follow ig doc ni. A doc in icu hosp sg buloh. She salu update psl her covid patients

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:44 AM | Show all posts
minggu dpn 2nd dose sino..  lega sikit nak pergi keja, nak keluar ke kedai ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 09:48 AM | Show all posts
Penerima Sinovac perlu dos ketiga
NAZRIN ZULKAFLI | | 28 Julai 2021


SHAH ALAM - Pakar-pakar kesihatan mencadangkan agar kerajaan memberikan dos ketiga atau dos penggalak (booster) kepada penerima vaksin jenis Sinovac di negara ini.

Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, berdasarkan kajian daripada penyelidik China, vaksin itu hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 dan 35.2 peratus melebihi paras ambang enam bulan selepas dos kedua.

Jelasnya, tahap minimum keberkesanan sesuatu vaksin yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah melebihi 50 peratus.

“Ia tidak bermaksud vaksin Sinovac ini tidak berkesan, cuma ia memerlukan dos tambahan bagi memastikan individu yang menerima vaksin itu dapat perlindungan yang optimum.

“Jika dos ketiga ini boleh memberikan perlindungan melebihi daripada 50 peratus, ia adalah sesuatu yang baik dan perlu pertimbangkan serta laksanakan.

“Jadi, kalau ini yang dilaporkan, bermaksud ada keperluan untuk kita ambil dos yang ketiga.

“Perkara berkenaan keperluan dos ketiga ini juga telah berada dalam perhatian pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahad lalu, agensi berita Reuters melaporkan, keberkesanan antibodi daripada vaksin Sinovac merosot dalam tempoh enam bulan selepas suntikan kedua bagi kebanyakan penerima.

Tambah laporan itu, suntikan ketiga boleh memberi kesan rangsangan yang kuat, meningkat perlindungan antara tiga hingga lima kali ganda berbanding situasi pada minggu keempat selepas dos kedua.

Mengulas lanjut, Dr Yahya berkata, dos ketiga juga diperlukan memandangkan terdapat kes-kes yang melibatkan varian baharu yang lebih cepat menular.

“Kalau kita lihat kepada situasi semasa, ada kes melibatkan varian baharu. Jadi, keperluan untuk dos perangsang ini memang ada disebabkan varian baru ini,” ujar Dr Yahya.

Tambah beliau, keperluan dos ketiga juga adalah kerana Sinovac merupakan vaksin yang dinyahaktifkan selain menggunakan teknologi tradisional jika dibandingkan dengan AstraZeneca dan Pfizer yang dihasilkan daripada teknologi lebih moden.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Zamberi Sekawi pula berkata, dos penggalak perlu diutamakan kepada golongan berisiko tinggi.

Menurutnya, golongan tersebut terancam sekiranya laporan berkaitan antibodi merosot itu benar dan ditambah dengan varian baharu wujud seperti Delta.

Tambah beliau, cadangan penambahan dos bagi vaksin Sinovac juga perlu melihat kepada keadaan semasa.

“Kena tengok risiko semasa, jika kes banyak misalnya ia satu keperluan. Tetapi apabila kes menurun dan kematian tak banyak, hanya beri kepada individu berisiko.

“Kita juga kena lihat data daripada negara lain. Jangan fokus kepada satu data sahaja.

“Kena ada kajian melibatkan lebih ramai lagi. Kalau betul, memang kena ada dos penggalak,” ujar Dr Zamberi.

Ahad lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kumpulan pakar akan mengemukakan syor mengenai dos ketiga atau booster shot pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076608 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list