CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11380|Reply: 73

[Tempatan] Kit ujian Covid-19 kendiri - Ada yang dah cuba?

  [Copy link]
Post time 27-7-2021 05:47 PM | Show all posts |Read mode

Shah Alam: Mudah digunakan di rumah, menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91.23 peratus adalah ciri kelebihan yang ada pada kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 pertama buatan Malaysia, Salixium.
Salixium dihasilkan MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) yang turut diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MeDKAD, Ezuan Yaacob berkata, Salixium adalah produk tempatan daripada inovasi dan bakat anak tempatan.
Menurutnya, tercetusnya idea itu pada April lalu apabila MeDKAD berkolaborasi dengan Reszon Diagnostics International Sdn Bhd selepas mendapati kes Covid-19 semakin membimbangkan.


"Kami merasakan sudah sampai masa perlunya Malaysia mempunyai kit kendiri ciptaan tempatan supaya stok itu dalam kawalan tempatan serta membuktikan ia inovasi yang bukan calang-calang.
"Hasil ujian yang dilaksanakan kami menunjukkan bahawa sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus, manakala ketepatannya ialah 100 peratus.
"Keputusan sama juga dihasilkan daripada sampel menggunakan Salixium dengan keputusan oleh makmal IMR KKM," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata, inisiatif pihaknya adalah mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk sama dari luar negara.
Menurutnya, apabila bergantung kepada produk import, ada masalah harga tinggi apabila berlakunya permintaan tinggi dan stok terhad.
"Daripada segi lain kita boleh juga kawal kualiti, mutu dan memastikan barang digunakan tiada unsur haiwan atau berkaitan halal yang agak sensitif bagi kalangan kita. Halal itu penting untuk membezakan kami dengan produk import luar dan ini juga adalah syarat untuk kami eksport ke Arab Saudi.
"Salixium sudah mula dijual 19 Julai lalu menerusi dalam talian, manakala jualan di farmasi bermula pada 21 Julai lalu dengan harga RM39.90 seunit," katanya.
Ditanya sasaran jualan, Ezuan berkata pihaknya menjangkakan untuk bulan pertama ini sejuta kit dijual dan pada Ogos dijangkakan pihaknya sudah bersedia untuk eksport di Asia Tenggara dengan jualan dijangkakan meningkat kepada lima juta kit.
Buat masa ini katanya, separuh daripada sasaran penjualan sejuta kit sudah pun dicapai.
Salixium digunakan dengan mengambil calitan air liur dan hidung menggunakan dua batang alat calitan dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 10 hingga 15 minit apabila ia menunjukkan satu garisan (negatif) atau dua garisan (positif).
Ezuan berkata, antara sebab diperkenalkan uji kendiri itu untuk menggalakkan orang ramai melakukan saringan lebih awal atau persediaan pertahanan diri lapisan pertama secara sendiri.
"Jika rasa bergejala atau kontak rapat dengan pesakit Covid-19, boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu bergaul dengan orang luar.
"Andainya positif Covid-19 maka boleh terus asingkan diri dan hubungi KKM untuk tindakan seterusnya.
"Kalau tidak mereka perlu pergi ke klinik, bercampur gaul dengan orang lain dan risiko menjangkiti pula. Kita nak saringan berlaku lebih awal, Insha-Allah cara ini boleh membantu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 05:48 PM | Show all posts
haa good posting. nak tahu gak

tapi kut positip, then wat?

kkm pun tak nak kutip dah

even yg stage 4 pun duk atas kusi tunggu tong O2
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp rm?ada jual kat mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 06:21 PM | Show all posts
ekselen replied at 27-7-2021 06:12 PM
Brp rm?ada jual kat mana?

brand Salixium ni belum jumpa lagi kat local pharmacy.

tapi kat Alpro Pharmacy ada jual yang brand Gmate harga RM39.90


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 27-7-2021 06:12 PM
Brp rm?ada jual kat mana?

Kat farmasi ada. Hari tu beli brand gmate harga RM39.90/kit
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 27-7-2021 05:48 PM
haa good posting. nak tahu gak

tapi kut positip, then wat?

Hari tu ada baca kalau positif kena report ke KKM. Tapi cari kat mysejahtera takde lagi. Mungkin apps mysejahtera belum update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni list yang KKM approve updated 23 Julai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:32 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-7-2021 07:35 PM

sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus, manakala ketepatannya ialah 100 peratus.

>>>

okay  sensitiviti 91.23%
specificity 100%


WOW

makna kata dia sensitif to Covid-19 by 91 % ...makna kata : alat ni boleh kesan dalam sekian sekian bilangan sample :  dia boleh kesan  ke tak boleh kesan  dan sejauh mana  dia boleh kesan dalam sample yg ada dan tak ada covid-19 ni  - ini maksud sensitiviti
specific 100% - kalau dia boleh kesan ( sensitif ) sejuah mana untuk covid-19 saja? ( dan bukan kuman lain )


okay wow ...dah test kat makmal makmal anatarbangsa dunia ke?

sejuah mana standard antarabangsa yg dipenuhi ?

wow good.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 06:34 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 27-7-2021 05:48 PM
haa good posting. nak tahu gak

tapi kut positip, then wat?

then kene hubungi pusat kesihatan ke CPRC ke or hospital ke

then pi self assessment kot if u managed dok rumah le kot la ni stage 3-5 je kat hospital ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 06:35 PM | Show all posts
Yang Salixium tu made in Malaysia kan? Harga dia sama ke dengan yang made in China / South Korea?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:11 PM | Show all posts
walaupun iols dah suntik vaksin 1 dos, nanti iols nak beli jugak lah satu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:14 PM | Show all posts
belum lagi....nak tau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kata mahal. Kalau satu keluarga dah berapa kena beli tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:15 PM | Show all posts
kelam22 replied at 27-7-2021 06:29 PM
Ni list yang KKM approve updated 23 Julai

thks nanti boleh cari di farmasi
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
xastor9 replied at 27-7-2021 06:35 PM
Yang Salixium tu made in Malaysia kan? Harga dia sama ke dengan yang made in China / South Korea?

Tak pasti pulak. Tak pernah nampak lagi salixium kat farmasi. Nampak yang made in china dan korea je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
salixium harga dia rm39.90..baru order online through doctor on call
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene guna bila btul2 ada simtom je...sbb mahal gak tu 40 inggit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
xastor9 replied at 27-7-2021 06:21 PM
brand Salixium ni belum jumpa lagi kat local pharmacy.

tapi kat Alpro Pharmacy ada jual yang br ...

Ohh ok mekasih, nk survey kit ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 27-7-2021 08:45 PM
Kene guna bila btul2 ada simtom je...sbb mahal gak tu 40 inggit.

Tapi masih consider murah compared to RTK antigen swab dan RT PCR. Lagipun tak payah nak cucuk hidung lagi... sakit weh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
xastor9 replied at 27-7-2021 10:54 PM
Tapi masih consider murah compared to RTK antigen swab dan RT PCR. Lagipun tak payah nak cucuk hid ...

Macam mana penggunaan dia? Memang celaka betul jolok.hidung tu. Miti celaka tu selamba je suruh buat 2x seminggu..babi betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.191435 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list