CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7907|Reply: 39

Black Hanifah tidak terjejas Covid-19 ke? Selamber berbelanja besau

  [Copy link]
Post time 27-7-2021 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Motorhome Pilihan Black Untuk Bersantai



BAGI peminat aktiviti perkhemahan atau yang gemar meluangkan masa dengan persekitaran semula jadi, penggunaan treler karavan atau istilah mudahnya motorhome bukan satu yang asing lagi.

Penyanyi lagu Hanyut, Black Hanifah berkata, memikirkan persekitaran hutan yang pastinya sukar untuk mendapatkan kemudahan asas seperti makanan dan tempat tinggal, telah mendorongnya mendapatkan sebuah motorhome model Plutus Caravan.


“Saya gemar melakukan aktiviti sukan motosikal lasak yang selalunya dilakukan berhampiran dengan kawasan hutan. Kadangkala apabila panas dan hujan, isteri bersama anak-anak sukar untuk mendapatkan tempat yang selesa untuk berteduh. Jadi, saya kira dengan memiliki motorhome, ia akan memberi keselesaan kepada semua,” kata Black atau nama penuhnya, Hanifah Md Hanafiah.

Siapa kata motorhome tidak perlu didekorasi? Kata penyanyi itu, banyak aspek yang perlu diambil kira.
Namun, terlebih dulu ujar beliau, perkara utama yang perlu diambil kira adalah keluasan ruang bagi menempatkan tempat tidur dan dapur.

“Saya juga akan pastikan rekaan tempat penyimpanan barang juga perlu sistematik agar setiap inci keluasan dapat digunakan dengan baik. Bagi menjimatkan ruang, rekaan seperti meja makan, tempat duduk atau tidur akan ditukar mengikut keperluan semasa,” katanya yang sudah dua tahun menggunakan kenderaan yang sangat popular di negara Barat itu.

Ujar selebriti itu lagi, beliau telah mengubahsuai katilnya yang dibina secara bertingkat, sekali gus boleh memuatkan empat orang tidur di atasnya. Meja makan juga boleh ditransisikan menjadi tempat baring kepada mereka yang bertubuh kecil.


Dalam pada itu, ciri-ciri keselamatan sangat dititik beratkannya kerana motorhome bergerak dan melalui jalan raya seperti kenderaan lain.

Dalam hal itu terang Black, dapur atau ruang memasak dan tempat penyimpanan makanan akan sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya. Begitu juga dengan alat pemadam api, tali pinggang, sistem pendawaian elektrik, pembuangan sisa kumbahan dan penggunaan bahan api.

“Utamakan keselamatan terlebih dahulu selain keselesaan tempat tidur dan memasak. Bagi saya, sebaiknya pilih kenderaan yang memiliki paras bumbung yang tinggi agar boleh berdiri kerana ia akan memudahkan pergerakan dan pada masa memudahkan kita untuk bersolat,” jelasnya.

Memiliki motorhome juga kata Black menuntut seseorang bijak memaksimumkan ruang.

Bagaimana pula dengan pilihan nuansa warna? Adakah ia diberi perhatian atau diabaikan sahaja? Menjawab pertanyaan itu, Black berkata, dirinya lebih cenderung memilih warna yang memberi ketenangan.

Jika dilihat pada motorhome Black, beliau memilih rona berwarna hitam, manakala bahagian dalamannya termasuk dinding yang berkeluasan 300 kaki persegi berwarna coklat lembut. Sentuhannya itu jelas menampakkan konsep gabungan gaya rustik dan moden.

Pendek kata, motorhome milik Black sangat mengagumkan. Ia umpama sebuah rumah mini yang lengkap dengan televisyen, peti sejuk, dapur memasak, tangki air, penghawa dingin, sinki, tandas, ventilasi dan sebagainya.

“Buat masa ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, motorhome tak bergerak jauh. Kami hanya ‘berkampung’ di luar rumah saja,” katanya berseloroh.

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 05:33 PM | Show all posts
bestnya ada caravan ni..



bolehla buat sewa bila bukak border nanti..


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya betul black
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:46 PM | Show all posts
masa pkp 1.0 bukan main kau Gelabah tetek.. skrg tetiba jadi kaya.. cuci duit gak ke acano?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk caravan black ni kat woksop tmpt aku servis keta.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bape harga ni erk??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kan mention dah 2 tahun ni pakai caravan tu.. maknanya before covid lagi la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 09:41 PM | Show all posts
I cannot brain dia ni jadi host rancangan dgn PU Rahmat dan Shamsul Ghau ghau.
Rncngn MEsyuarat tingkap tu.
Entah apa2 tah, nak sgt ambik retis jd host, tapi  tu la....pikir la sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow blackkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya kaya... Hr tu bkn dia pon tanam rambut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg kaya.. cume acah2 susah masa pkp je. Kalo ank dia training pushbike bertukar2 kete yg dtg. Cume dia byk kali la ajk bermotocross. Ye la dia wat event tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak ada motor home ni, pusing2 satu semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis2 ni byk trade forex sebenarnya or bg org tlg trade. Tp si itam ni aku tak tau laa kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:12 AM | Show all posts
pandai menyimpan kot...
banyak dpt dinner show/event ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pasni buat sewa plak dgn hrg kayangan...asyuuukkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya. Dia memang berduit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
SANKURIANG replied at 27-7-2021 09:41 PM
I cannot brain dia ni jadi host rancangan dgn PU Rahmat dan Shamsul Ghau ghau.
Rncngn MEsyuarat tin ...

Mesyuarat Tingkap tu rancangan ilmiah ke chuols? kalu rancangan ilmiah mmg x berapa sesuai la Black handle..tak silap iols, dia ni dulu budak flat area pantai dalam dok tlg bapak dia jual sayur je rasanya..sbb member iols penah citer, masa tu kakak dia dok area situ lepas study UM..tapi i tak ingat bebetul la sapa yg dia citer..Rasa mcm Black..Ampunnnn kalau silap..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:44 AM | Show all posts
motor home ni utk kwsn di malaysia ni friendly ke penggunaan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:55 AM | Show all posts
fadzyjemi replied at 28-7-2021 01:59 AM
Dia mmg kaya.. cume acah2 susah masa pkp je. Kalo ank dia training pushbike bertukar2 kete yg dtg. C ...

wow, dia kaya sebab apa eh. Nak kata menyanyi macam slow je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:58 AM | Show all posts
bukan die ade bengkel kete ke? sume retis anta kat die. kaya la sbb tu kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.105200 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list