CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5846|Reply: 43

[SEJARAH] Cerita pendek (caca marba lah tapi) - update dari masa ke semasa

  [Copy link]
Post time 27-7-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by DRandallBlythe at 28-7-2021 04:30 PM

* sedikit pemberitahuan ye, continuation part saya akan teroskan dari thread saya yang ni ye dan saya tak bukak thread baru.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

atas permintaan @sarah82 mintak saya bukak satu thread. so ini lah thread saya. antara sejarah islam lah dan Mod, kalau tempat ni salah, saya mintak maaf ye. lagi satu, kalau ada fakta yang salah, tolong betolkan ek. terima kasih.

a. rupa paras Rasulullah SAW.
orang yang paling tepat dalam menceritakan perihal fizikal Rasulullah ni adalah Umm Ma'bad. despite the fact yang dia pertama kali jumpa Rasulullah masa Hijrah Rasulullah dengan Abu Bakr ke Madinah yet she is able to give detailed explanation.

kejadian ni berlaku masa Rasulullah ngan Abu Bakr on the way to Madinah, stop kejap untok R&R dekat rumah Umm Ma'bad. Abu Bakr tanya kalau ade ape ape yang boleh diorang jamah. Umm Ma'bad pon bagitau yang dia ape pon takde nak bagi. Belakang, Rasulullah nampak kambing betina, tapi kambing nya dah tua dan dah tak keluarkan susu, Rasulullah mintak izin untuk perah susu dari kambing tu. Umm Ma'bad pon cakap 'go ahead please'. maka Rasulullah pon mula usap perot kambing tu sambil berdoa. perot kambing tu mula membesar sebab penoh susu dan Rasulullah mintak 'baldi' dan start perah sampai penoh baldi tu. Rasulullah bagi tuan rumah minom dulu sampai kenyang dah selesai baru dia ngan Abu Bakr minum susu. Rasulullah pon perah lagi susu kambing tu penoh sebaldi dan tinggalkan untok Umm Ma'bad sekeluarga, pastu Rasulullah pon sambong balik perjalanan ke Madinah.

tak lama pastu suaminya Umm Ma'bad balek. tekejut sungguh beliau, tanya kat Umm Ma'bad, datang mana susu nih? maka Umm Ma'bad pon storykan kat husband dia, ada orang yang penuh barakah datang R&R kejap tadi. husbandnya mintak Umm Ma'bad bagi description camne orang tu. jadi dibawah ni adalah the famous and detailed description yang Umm Ma'bad bagi:

* "seorang yang berwajah tampan. matanya elok, hitam dan lebar, dengan alis dan bulu mata halus dan lebat. suaranya bergema indah berwibawa, lehernya panjang, janggutnya tumbuh tebal dan rapi dan antara rambut dan janggutnya bersambung rapi. jika dia diam, ternampak kewibawaannya. Jika dia bercakap nampak kehebatannya. Jika dilihat dari jauh, dia adalah orang yang paling bagus dan berwibawa. jika dilihat dari dekat, ia adalah orang yang paling tampan, ucapannya manis, jelas, tidak banyak dan tidak pula sedikit. nada bicaranya umpama mutiara yang berguguran."

"fizikal beliau sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek. bagaikan sebuah dahan di antara dua dahan. di antara mereka, penampilannya paling bagus dan kedudukannya paling tinggi. Dia memiliki Sahabat yang mengelilinginya. jika berbicara, yang lain mendengarkannya. jika dia memberi arahan, maka mereka segera melaksanakannya. dia adalah orang yang ditaati, tidak idak mengerutkan kening, dan tidak juga dikritik."

* yang ni saya translate dari google translate ye.

Sorry, nak tambah/buat pembetolan sikit, dengan Rasulullah masa tu ada lagi 3 orang yang ikot dia selain dari Abu Bakr. Orang suruhan Abu Bakr dengan penunjuk jalan ke Madinah.

b. Rasulullah error in judgement.
kisah ni berlaku lepas ghazwat ul Badr. perang yang dimenangi oleh Islam. Rasulullah tanya para sahabat, ape kita nak buat ngan tawanan ni sume, Abu Bakr bagitau yang kita mintak tebusan jek sebab ramai di kalangan meraka ni sume ahli keluarga kita jugak. Umar pulak cakap, semua tawanan ni sepatotnya kita bunuh sebab dorang ni dah takde hubungan langsong ngan kita sebab mereka ni semua kuffar dan yang sepatotnya bunuh tawanan ni adalah meraka yang paling dekat hubungannye ngan tawanan e.g. Ali patot bunuh adik dia Aqeel. tapi ye lah, Rasulullah tu kan sangat lembut hati dan dia pilih saranan Abu Bakr untuk amik tebusan. lepas kejadian, Umar datang nak jumpa Rasulullah, belakang dia tengok Rasulullah ngan Abu Bakr menangis, Umar tanya lah pasaipa menangis, ceritalah sebab nya supaya aku (Umar) buleh nangis sama. Rasulullah pon sampaikan ayat yang Allah turunkan yang membenarkan akan suggestion by Umar:

" Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi, sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Qu'an suratul Anfal ayah 67.

Moral of the story, kelebihan seorang Rasul, kalau ada kesilapan judgement, Allah immediately akan memperbetolkan dan ini menunjukkan yang Islam ni memang dari Allah dan Allah pelihara 'tali' nya dan jugak menunjukkan Rasulullah itu manusia dan manusia akan buat silap.

* nanti karang kalau sempat saya bagi part ek.


**Edit-memperbetolkan format

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 09:53 PM | Show all posts
sambungan Part II pulak.

c. perihal Umar Al Khattab.
Ada banyak cerita pasal Khalifah kedua nih. antara yang saya ingat.

1. Bilal Ibn Rabah...yang paling banyak kecik hati ngan Umar. antaranya:
i. Umar tebang pokok yang mana bay'at ar Ridwan, puncanya, sebab ramai di kalangan ummah masa tu datang ziarah pokok tu di Hudaibiyyah. Umar, nak mengelakkan perkara yang bukan bukan dan fitnah, di tebangnya pokok tu. Bilal marah sebab pokok tu ada sentimental value buat Sahabah sebab, bawah pokok ni lah Sahabah ber baiah dengan Rasulullah. Umar being a no nonsense man tak pedulik hal hal sentimental ni, yang penting bagi dia, dia nak jaga Islam, bukannya pada masa Sahabah, tapi pada masa akan datang, which to me is a very valid point, sebab sekarang ni kita tengok di kalangan ummah, ada yang pegi ke kuburan mintak doa lah, itu lah ini lah dan ini yang Umar nak elak.

ii. Tanah Bilal kena amik buat sebagai grazing land:
Rasulullah, setiap kali lepas perang yang mana Islam menang akan bahagi bahagi kan ghanimah (spoils of war) dan salah satu nya adalah pemberian tanah dan salah seorang penerima nya adalah Bilal, tapi malangnya Bilal tak dapat nak uruskan tanah tu dan Umar masa jadi Khalifah, di amiknya tanah tu dan letak dekat baitulmal buat tanah untuk binatang makan. Bilal protest sebab ye lah, Bilal ni sentimental value kuat, especially bila tanah tu sendiri adalah pemberian dari Rasulullah. mana tak hangin kawan tu. tapi tu lah Umar, dia lebih pentingkan Ummah dari individu.

2. perihal Umar terminate Khalid Al Walid sebagai panglima perang Islam.
Umum mengetahui yang Khalid adalah panglima perang yang tak pernah kalah, baik masa dia belom Islam dan setelah memelok Islam. sampai Rasullulah gelarkan Saifullah. sebelom saya sentuh tajuk tu. ada 1 cerita yang saya ingat sangat
pasal Khalid:

- sempat mengerjakan Haji lepas perang Firaz.
Ini berlaku lepas perang Firaz, on the way nak balek ke Al Hirah (Mesopotamia). Khalid stay belakang sekali, lepas tu diam diam sempat dia dengan group dia seperated dengan the rest of the army, pergi buat Haji dan join balik sebelom the army sampai Al Hirah seolah olah dia all the while memang sentiasa ada dengan army on the way balik Al Hirah. the army kemudiannya dapat tau pon sebab kepalanya Khalid botak. Sampaikan Abu Bakr pon pening lah tengok Khalid buleh buat camtu sehinggakan Abu Bakr cakap kat Khalid, tolong jangan buat camni lagi.

ok, berbalik pada tajok. Khalid dengan Umar ni sepupu. Masa Umar jadi Khalifah (pastu tukar kepada Amirul Mukminin. gelaran Amirul Mukminin ni pon sejarahnya, ada 2 orang pengembara dari Iraq datang Madinah nak jumpa dengan Umar, sampai Madinah jumpa asisstant Umar, dia tanya nak jumpa siapa, pengembara tu jawablah, nak jumpa Amirul Mukminin. Umar dengar dan dia suka pada gelaran ni, maka tergunapakailah gelaran tu) . ok ok balek pada tajok, sorry lah terlajak pulak, immediately Umar terminate Khalid dan gantikan dengan Abu Ubaydah sebagai panglima perang Islam. hal ni memang controversy masa tu, sebab ye lah, Khalid tu sendiri tak pernah kalah dalam perang, tup tup, bila Umar naik sebagai Khalifah, di terminate nye kawan tu, mana tak bergegar ummah, sampai ada suara suara sumbang cakap Umar ni marahlah...jeleouslah ngan Khalid.

punca Umar terminate Khalid adalah kerana Khalid macam sudah di agung agungkan (sebab tak pernah kalah perang) and ummah mula mengaitkan kemenangan umat Islam sebab Khalid. Umar nye justification:

"Aku tidak terminate Khalid Al Walid sebab aku marah atau sebab mengkhianati amanah tanggungjawab, tapi aku nak mengingatkan sekeliannya yang kemenangan kat kita adalah Allah dan bukannya Khalid".

Moral of the story, jangan taksub sangat dengan individu, especially time sekarang nih...fitnah berleluasa. Sejarah Islam ni banyak bagi pengajaran, tolak pada kita nak terima ke tidak.

d. perihal wabak dan quarantine.
sekarang ni tengah sebok pasal wabak covid. ramai orang cakap 'kita tak bersedia untuk hadapi wabak ni'. kalau kita nengok dan baca hadith, Rasulullah sendiri ada cakap:

"jikalau kamu ada mendengar ada wabak di suatu kawasan, jangan masok ke kawasan itu. dan jika wabak itu berlaku sedang kamu berada didalamnya, jangan tinggalkan kawasan itu" Sahih Bukhari.

masa Islamic conquest to Shams bawah seliaan Amirul Mukminin Umar Al Khattab, berlakunya ta'un Amwas (the plague of Amwas), panglima Islam masa tu Abu Ubaydah (among the 10 given the glad tiding of Jannah), mengetuai conquest tersebot. Abu Ubaydah ni rapat sangat ngan Umar, masa berlaku wabak ni, Umar mintak sesangat Abu Ubaydah ikot dia balek Madinah sebab tak nak Abu Ubaydah kena wabak tu, tapi Abu Ubaydah ingatkan Umar pasal Hadith di atas dan Umar mengalah dan tak lama lepas tu Abu Ubaydah pon meninggal dunia di present day Syria.

bagi saya, nasihat paling berguna untok tackle segala permasalahan ni dah ada, tapi malangnya taknak ikot.  

P/S: kalau nak tau sejarah Nabi-nabi dan para Sahabah, saya recommend:

1. Buku Ar-Raheeq Al Makhtum (The sealed nectar) karangan Safiur Rahman Al Mubarakpuri

2. Audio dari Anwar Al Awlaki:
a. Lives of the Prophets
b. The life of Muhammad (Makkan and Medinan period)
c. The Hereafter
d. Abu Bakr As Siddique - His life and works
e. Umar ibn Al Khattab

Sedikit disclaimer pasal Anwar Al Awlaki. Dia ni American Yemeni, beliau mati di bunuh di Yemen oleh American sebab dia one of Al Qaeda operatives. saya recommend audio beliau sebab explanation beliau berkenaan episode diatas sangat best dan cerita cerita beliau dikupas dari kitab karangan Ibn Taimiyah, Ibn Khaldun dan At-Tabari.

disclaimer ni saya buat sebab takot nanti orang kata saya ni extremist lah pulak sebab saya promote dia punya audio, bagi saya, dia adalah among the best dalam menyampaikan cerita, tu aje.
Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh.. Terharu.. Jap2 nak membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 09:53 PM
sambungan Part II pulak.

c. perihal Umar Al Khattab.

Saya pun ikuti ceramah2 dia 10 years ago. Beliau pun banyak bincang escatologi dan peperangan akhir zaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 10:14 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-7-2021 10:07 PM
Wahhh.. Terharu.. Jap2 nak membaca..

hahaha...ye ye, silakan membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 10:16 PM | Show all posts
KIM.K replied at 27-7-2021 10:08 PM
Saya pun ikuti ceramah2 dia 10 years ago. Beliau pun banyak bincang escatologi dan peperangan akhi ...

wahh...ada jugak yang follow anwar al awlaki...best best.

yup, the hereafter...banyak betol yang saya tak tao, bila dengar lecture dia...fuhhh terasa cahaya masok. pas cahaya masok tukar jadi takot. lecture dia pon senang nak paham.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 10:14 PM
hahaha...ye ye, silakan membaca

Skrg tgh sibuk bergossip... Jap tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 10:16 PM
wahh...ada jugak yang follow anwar al awlaki...best best.

yup, the hereafter...banyak betol yan ...

Aha yes. The Hereafter.
Jangan ada yg kata iols extremist lak because i was woke since 20 years ago. Buku konspirasi start popular masa iols umur 17thn.
Masa tu org expose illuminati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 10:29 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-7-2021 10:20 PM
Skrg tgh sibuk bergossip... Jap tau

umang aiii...pehhh begossip lah pulak...hahaha yelah.
teroskan gossip tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 10:32 PM | Show all posts
KIM.K replied at 27-7-2021 10:25 PM
Aha yes. The Hereafter.
Jangan ada yg kata iols extremist lak because i was woke since 20 years  ...

ye betol...tu yang saya buat disclaimer tu sebab takot orang ingat kita ni extremist.
lecture dia memang ulang kali saya dengar sebab kalau dengar sekali dua macam tak puas. saya kalau nak selak satu satu Ibn Taimiyah, Ibn Khaldun nga At-Tabari tu memang tak lah. dan dia dengan tenang combine semua.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 10:29 PM
umang aiii...pehhh begossip lah pulak...hahaha yelah.
teroskan gossip tu

Gossip tu.. Sy bayk komen berdasarkan sejarah.. Kalau forumer yg boleh connect the dot.. Depa akan jumpa persamaan yg berlaku skrg dgn sejarah yg telah ditulis. Muahahahaha.

Sbb tu la sy minta pakcik Otto tulis ttg Saidina Uthman..

Jap lagi nak baca sini.. Muahahaha.. Sy dah share link dgn kwn2 bawangan sy tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 10:38 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-7-2021 10:33 PM
Gossip tu.. Sy bayk komen berdasarkan sejarah.. Kalau forumer yg boleh connect the dot.. Depa akan ...

history will repeat itself.
banyak orang cakap, perkara yang lepas jangan di kenang. ini bukan masalah nak kenang, tapi amik iktibar dan pengajaran. ada sebab perkara tu berlaku.



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 10:38 PM
history will repeat itself.
banyak orang cakap, perkara yang lepas jangan di kenang. ini bukan ma ...

Yap.. Sebab kita x perasan sebenarnya apa yg jadi skrg dah jadi sebelum ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 10:44 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-7-2021 10:39 PM
Yap.. Sebab kita x perasan sebenarnya apa yg jadi skrg dah jadi sebelum ni

ye betol...tapi bukan semua orang boleh nak tangkap...privileged the choosen few.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
knowledge baru. thanks TT
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 10:44 PM
ye betol...tapi bukan semua orang boleh nak tangkap...privileged the choosen few.

Mungkin sbb sy rajin belek sejarah kot.. Tapi paet merepek2 la.. Hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 10:57 PM | Show all posts

Welcome adanya. semoga bermanfaat buat semua yang membaca. macam saya tulis tadi, kalau ada silap dalam fakta tu, mintak tolong perbetolkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 11:00 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-7-2021 10:52 PM
Mungkin sbb sy rajin belek sejarah kot.. Tapi paet merepek2 la.. Hahahah

hahaha...tak kesah, janji sejarah, kurang kurang dapat kita tambah ilmu. kenkadang tu bagi kita, kita rasa merepek repek...tapi bila cerita kat orang, orang pon kenkadang tu heran...camne pulak nan sorang ni leh tau cerita cerita nih.
saya bab sejarah ni memang suka nau nak membaca. pasal yahudi...pasal nasara dan mana mana yang berkaitan.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 27-7-2021 11:00 PM
hahaha...tak kesah, janji sejarah, kurang kurang dapat kita tambah ilmu. kenkadang tu bagi kita, k ...

Maaf nak tnya.. Daftar lama dari sy.. Pasal apa tak tulis kat bod sejarah? Syg betul ilmu x dikongsi.. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:30 PM | Show all posts
good info. tq tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.362022 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list