CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1725|Reply: 1

Helikopter ambil 'nasi ganja' ada surat kebenaran rentas negeri

   Close [Copy link]
Post time 27-7-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Sayarentan at 27-7-2021 11:44 PM

IPOH: Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, di sini, Jumaat lalu bagi mengambil tempahan 36 bungkus nasi ganja mempunyai surat kebenaran merentas negeri dikeluarkan Polis Selangor, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata, bagaimanapun kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh Polis Selangor itu hanya bagi tujuan penyelenggaraan pesawat.

Katanya, tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk yang dikenalpasti terbabit dalam kes pendaratan helikopter model Bell 505 itu juga selesai dirakam percakapan mereka hari ini.

"Lelaki bergelar Datuk dan pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu antara lima individu dipanggil untuk diambil keterangan.

"Siasatan dijalankan mengikut kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah iaitu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342," katanya dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Mior Faridalathrash mengesahkan helikopter berkenaan hanya mempunyai kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh namun tidak di Padang Ipoh.

Menerusi laporan akhbar Jumaat lalu, helikopter dikendalikan syarikat Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu mendarat di padang Ipoh pada jam 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus kandar dikenali 'nasi ganja' dari sebuah restoran di bandar ini.

CAAM dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu berkata, helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor jam 9.08 pagi Jumaat dan kembali semula ke lapangan terbang itu jam 11.02 pagi hari sama seperti yang dijadualkan.

Sumber: Berita Harian 26 Julai 2021

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah board. Gi buka kat bod isu semasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.294418 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list