CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 8

[Tempatan] Helikopter ambil 'nasi ganja' ada surat kebenaran rentas negeri

  [Copy link]
Post time 27-7-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IPOH: Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, di sini, Jumaat lalu bagi mengambil tempahan 36 bungkus nasi ganja mempunyai surat kebenaran merentas negeri dikeluarkan Polis Selangor, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata, bagaimanapun kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh Polis Selangor itu hanya bagi tujuan penyelenggaraan pesawat.

Katanya, tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk yang dikenalpasti terbabit dalam kes pendaratan helikopter model Bell 505 itu juga selesai dirakam percakapan mereka hari ini.

"Lelaki bergelar Datuk dan pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu antara lima individu dipanggil untuk diambil keterangan.

"Siasatan dijalankan mengikut kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah iaitu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342," katanya dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Mior Faridalathrash mengesahkan helikopter berkenaan hanya mempunyai kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh namun tidak di Padang Ipoh.

Menerusi laporan akhbar Jumaat lalu, helikopter dikendalikan syarikat Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu mendarat di padang Ipoh pada jam 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus kandar dikenali 'nasi ganja' dari sebuah restoran di bandar ini.

CAAM dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu berkata, helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor jam 9.08 pagi Jumaat dan kembali semula ke lapangan terbang itu jam 11.02 pagi hari sama seperti yang dijadualkan.

Sumber: Berita Harian 26 Julai 2021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 12:19 AM | Show all posts
Newbie oi.
Perlu ke bukak thread baru untuk mende dah basi ni
Td dok bukak kt bodgos.
Dah nape?
X cukup tacang nk masuk thread usetat ke?

thread CARI-MAL

thread EJALTI
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 28-7-2021 12:19 AM
Newbie oi.
Perlu ke bukak thread baru untuk mende dah basi ni
Td dok bukak kt bodgos.

Hahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudiaaa.. Motip ada surat tp pakai heli? ckp jela ko coverina kes ni.36 bungkus dah sah2 jamuan makan.. Xkisah la pejabat ke rumah.. Sah2 mmg kes langgar sop... Sejak bila sop ada keizinan rentas negeri khusus utk beli nasi ganja?

Ape beza kes ni dgn kes jah bersiar2 masa kt langkawi dan nilai
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyyooo yg order ni kempunan mengandung ke camne. Sabar lah sikit inshA Allah 2-3 bulan lg boleh kot nk melantak nasi ganja.. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:17 PM | Show all posts
.....tiba2 ada ""surat kelulusan" rentas utk beli nasi ganja.
pegawai yg meluluskan tu takde apa2 tindakan ka??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo....datuk

Kira settle dah la tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Babikknyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pdrm ckp dapat kelulusan untuk selenggara heli... bukan gi beli nasi ganja. ni sambil menyelam minum air la. ala datuk kan nt kne kompaun 1500 je tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.211368 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list