CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3514|Reply: 12

KOLEJ

[Copy link]
Post time 28-7-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Teringat dengan kisah semasa masih belajar di sebuah kolej kejururawatan swasta sekitar tahun 2006 hingga 2010. Hostel kami merupakan sebuah apartment di Bukit Seputeh berhampiran Wisma Putra. Bagi sesiapa yang mengetahui Jalan Syed Putra Kiri menghala ke Midvalley pasti mengetahui ada satu jirat cina besar di jalan belakang Wisma Putra. Ya, hostel kami merupakan sebuah apartment yang bersebelahan dengan jirat cina tersebut.

KEJADIAN 1;

Dapat kunci rumah. Ground Floor. Agak teruja sebab location yang strategik. Di maklumkan tiada bekalan elektrik di aras kami. Sementara menunggu maintenance staff datang kami di minta menumpang di rumah kawan-kawan di aras lain. Tapi saya bersama seorang kawan tekad untuk menunggu sehingga siang dan cuma berbekalkan lampu suluh. Jam pada waktu itu pukul 10 malam.
      
Saya mengambil keputusan untuk tidak menutup rapat pintu bilik air. Perasan takut dan seram silih berganti. Semasa saya mencapai sabun di sinki, tiba-tiba seperti ada satu lembaga berdiri di sudut tepi sinki. Saya terkejut dan lembaga tiba-tiba hilang. Dan air dari paip tiba-tiba menjadi deras. Saya mempercepatkan proses mandi. Dan giliran kawan saya pula untuk mandi.Semasa kawan saya mandi, saya dengar bunyi seperti perabot di seret di ruang tamu. Saya menjerit memanggil kawan saya supaya segera mandi. Usai dia mandi kami sama-sama menjengah ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku.        

Dalam keadaan samar-samar kami melihat 'wing chair' beralih menghadap tingkap yang sebelumnya berada di sudut ruang tamu. Dan meja batu marmar beralih menghadang pintu masuk utama. Kami pelik, meja batu marmar sangat berat dan siapa yang mengalihnya? Tekad untuk tidak melelapkan mata dan menunggu sehingga subuh. Tapi tiada kejadian aneh lagi selepas itu. Siangnya kami berdua berusaha mengalih meja tersebut kerana menghalang laluan untuk keluar masuk.

Untuk pengetahuan semua, perabot yang ada di dalam unit kami merupakan perabot yang ditinggal oleh penghuni sebelumnya. Dan cuma beberapa unit sahaja di sewa oleh pihak kolej untuk pelajar seperti kami. Selebihnya adalah orang awam.

KEJADIAN 2;

Hujung minggu kami berkumpul untuk meluangkan masa bersama. Masing-masing bangun awal untuk mengemas rumah, memasak dan melakukan aktiviti riadah. Untuk pengetahuan semua, satu unit rumah kami menempatkan seramai 8 orang. Dan hari kejadian selesai semuanya kami lepak dalam bilik. Saya dan seorang kawan berdiri di tepi tingkap sambil melihat ke arah jirat cina. Kami perasan seperti ada seseorang melambai ke arah kami nun jauh di tengah-tengah kawasan jirat. Dan tiba-tiba menghilang. Kami berpandangan sesama sendiri. Kejadian di siang hari. Mana mungkin ada hantu?

Selepas Asar sekali lagi kami mendengar bunyi aneh seperti suara orang meraung dan bergema. Kami masing-masing berdiri di tepi tingkap untuk melihat dan mencari bunyi tersebut. Tiba-tiba saya terpandang ke satu sudut pagar batu. Ada kolam kecil. Dan ada beberapa ekor kura-kura. Saya memberitahu kawan-kawan dan menunding jari ke arah kolam. Tiba-tiba air berkocak. Kami masing-masig segera menutup tingkap dan takut.

Malamnya saya dan 3 orang lagi demam panas. Dan kami mengalami mimpi yang sama. Dalam mimpi tersebut ada seorang wanita dalam keadaan kepala berlumuran darah bercerita yang majikannya telah menolak dia ke dalam kolam dan kepalanya terhantuk ke batu dan meninggal dunia. Motif kejadian kabur.

KEJADIAN 3;

Bekalan elektrik terputus sekitar jam 9 malam. Kami mengambil keputusan untuk menumpang sementara di unit lain untuk menyiapkan tugasan. Semasa bersiap kami memeriksa setiap bilik untuk memastikan semua ada. Kerana masing-masing fobia dengan kejadian misteri sebelumnya.

Semasa masuk ke bilik no 1, saya dapati ada seorang lagi sedang tidur di katil aras atas. Saya mengejut beliau untuk bersiap segera untuk ke unit lain. Tanpa memandang ke arah saya beliau menolak dan meneruskan tidur.

Tiba-tiba handphone saya berbunyi tertera nama 'Watie'. Dan saya segera memandang ke arah katil tadi dan kosong!. Dengan tangan menggigil saya menjawab panggilan tersebut. Ya, kawan yang saya kejutkan di atas katil itu yang menghubungi saya. Beliau mengatakan bahawa tidak dapat balik ke unit kami kerana sudah lewat dan terpaksa bermalam di rumah kakaknya di Klang. Dan siapakah yang saya kejutkan sebentar tadi?

KEJADIAN 4;

Seawal 5 pagi kami sudah bersiap untuk menunggu bas, kerana menjalani latihan praktikal di Hospital Sungai Buloh. Semasa berjalan menuju ke arah pondok pengawal tiba-tiba pokok besar di tepi laluan pejalan kaki bergoncang berserta angin kuat. Kami masing-masing berlari masuk ke pondok pengawal kerana takut. Pakcik pengawal meminta kami bertenang. Dan tiba-tiba kedengaran bunyi suara perempuan mengilai dan nampak kelibat berwarna putih terbang menghala ke arah jirat cina. Menurut pakcik pengawal tersebut, itu kejadian biasa bagi mereka dan pengawal silih berganti di sebabkan kerap diganggu.

KEJADIAN 5;

Di tengah-tengah kawasan apartment ada sebuah kolam renang. Keadaannya suram dan tidak berseri. Air hijau berlumut dan penuh daun kering. Seperti tidak dijaga dan dibersihkan.

Suatu petang kami berlapan berjalan di sekitar kawasan apartment tersebut. Dan salah seorang daripada kami ternampak ada orang berenang di kolam tersebut. Tapi saya dan yang lain tak nampak apa-apa. Yang ada cuma daun kering dan ranting kayu terapung. Tiba-tiba kami terhidu bau busuk. Dan air dalam kolam berkocak. Kami segera berlari menghala ke unit kami dan masing-masing terdiam membisu.

Ini adalah antara pengalaman peribadi saya sepanjang menetap di Apartment L* C****** tersebut. Akibat tidak tahan dengan pelbagai gangguan hampir setiap hari saya mengambil keputusan untuk keluar dan tinggal di rumah sewa lain. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf, saya cuma penulis amatur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kena gangguan tu beramai-ramai so dapatlah kongsi2 takut sesama, kalau kena sorang2 haru wehhh mcm yg TT cakap watie call tu...

Ni ada thread lama rasanya bincang tempat yang sama tapi takda censor2 nama hahaha you're not alone kekdahnye, takotttt
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=509931&extra=&page=1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk lagi cite, tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 28-7-2021 05:44 AM
Tapi kena gangguan tu beramai-ramai so dapatlah kongsi2 takut sesama, kalau kena sorang2 haru wehhh  ...

Wowwww ada rupanya ahahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nazriatie replied at 28-7-2021 07:14 AM
Nk lagi cite, tt

In sha Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejafian 3 tuh seram..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik tt aka cik misi...kira mantop la..masuk kursus nursing siap pakej ketahanan fizikal dan mental utk hadapi makhluk halus yg mgkin akn trjmpa spnjg nk berkhidmat dgn hospital...

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestttt citer lg tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita la lagi tt
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungla lg.best cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts

Apa nama apartment tu? Cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aqissa at 14-9-2021 03:12 PM

Kat LC tu agak scarry kan walaupun siang.. iols dulu selalu lepak ada discussion sana bila my boss blk negeri dia. I suka sbb rumah duplex style.. tapi masih scarry jugak pd i... dah la sunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang hardcore punya level gangguan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062164 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list