CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4477|Reply: 14

BILIK KUARANTIN II

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Meawket at 28-7-2021 02:00 AM

**BUKAN SAMBUNGAN CERITA BILIK KUARANTIN TETAPI CERITA DISEBALIK BILIK 1 DAN BILIK 2**

Pada tahun 2013, tempat aku bertugas ni buat pengubahsuaian. Aku bertugas di tingkat 2 (sehingga kini) di mana terdapat beberapa bilik yang telah lama di tutup. Menurut staff senior bilik-bilik tu merupakan operation theater dan juga labour room serta wad lama. Oh ya, dulu tempat ni hospital bersalin pada tahun 1970-an sebelum bankrupt dan dibangunkan semula pada tahun 1996 menjadi Pusat Penjagaan dan Rawatan *** (nama tempat dirahsiakan).

Suatu hari aku mendapat arahan untuk membuka bilik-bilik tersebut dan memanggil tukang cuci untuk membersihkan apa yang patut. Bilik pertama yang aku buka merupakan sebuah bilik yang menempatkan mannequin baby, incubator dan katil-katil baby. Berbagai rupa dan bentuk mannequin baby yang aku lihat. Aku pegang satu-satu sebab teruja. Bilik kedua ialah CSSD. Di mana tempat mensterilkan barang-barang prosedur.

Ok, kejadian pertama berlaku di CSSD Room ini. Aku memulakan operasi menerjah bilik-bilik ini seorang diri. Memandangkan waktu siang dan sekitar jam 11 pagi. Seperti biasa apabila kita masuk ke bilik secara automatik tangan kita mencapai suis lampu di tepi pintu. Aku membuka suis dan lampu menyala. Aku lihat keadaan bilik ini agak bersepah. Picagari yang telah digunakan dan terdapat darah yang sudah kering berterabur di atas lantai. Tuala wanita yang ada kesan darah pun penuh di dalam tong sampah. Aku mengandaikan situasi ketika itu seperti tempat ini diterjah pihak berkuasa dan keadaan huru hara memandangkan terlalu bersepah. Aku capai buku di atas meja. Rekod dalam buku CSSD ini ditulis pada tahun 1978! Cuba bayangkan berapa lama peralatan perubatan di dalam bilik ini terbiar. Kotor.

Aku segera keluar untuk memanggil tukang cuci untuk memunggah barang ke tempat lain. Apabila aku kembali aku dapati bilik tersebut gelap. Aku segera memetik suis tetapi lampu tidak menyala. Aku menggunakan lampu suluh (memang sentiasa ada dalam poket uniform) melihat keadaan bilik tersebut. Aku dapati mentol lampu tiada. Aku pun segera berlari keluar dan duduk di koridor wad. Aku keliru. Baru sebentar tadi bilik tersebut terang benderang. Kali kedua aku pergi mentol lampu pula tiada. Nasib baik berlaku siang hari. Kalau malam? Aku simpan seorang diri kejadian yang berlaku kerana tak mahu kawan-kawan yang lain takut.

Proses pengubahsuaian berjalan dengan lancar. Banyak peralatan perubatan yang masih elok dan boleh diguna kami asingkan untuk dibersihkan. Antaranya troli ubat, troli dressing, peralatan dressing, stretcher dan katil.

Kejadian kedua berlaku ketika aku dan Syeila (bukan nama sebenar) bertugas shift malam. Syeila membersihkan peralatan dressing dan menyusun semuanya di bilik belakang. Selesai semuanya dia kembali ke kaunter jururawat. Sedang kami leka menulis report tiba-tiba terdengar bunyi bising di bilik belakang. Kami segera berlari untuk melihat keadaan. Alangkah terkejutnya kami bila mendapati semua peralatan dressing berterabur di lantai seperti sengaja di tolak jatuh. Kami saling berpandangan sesama sendiri dan terus mengutip satu persatu dan menyusunnya semula tanpa bercakap sepatah pun. Seperti masing-masing sudah memahami kenapa dan mengapa.

Kejadian ketiga terjadi kepada Aisyah (bukan nama sebenar). Dia banyak mendiamkan diri. Tidak seperti sebelumnya. Suatu hari Aisyah menangis secara tiba-tiba ketika bertugas. Juliana (bukan nama sebenar) bertanya kenapa. Aisyah berkata wajah kanak-kanak di dalam lukisan yang diletakkan di kaunter tersebut berubah-ubah. Untuk pengetahuan semua, Syeila mengambil lukisan tersebut di bilik wad lama kerana cantik dan sayang untuk dibuang. Juliana segera menurunkan lukisan tersebut dan meletakkan di belakang pintu bilik staff.

Kejadian keempat pula terjadi di bilik staff. Ketika bertugas shift malam, Lia (bukan nama sebenar) sedang berehat dan secara tiba-tiba didatangi seorang kanak-kanak yang meminta beliau untuk menghantar dia balik semula ke katil. Lia terkejut dan tergamam kerana tempat kami tiada pesakit kanak-kanak dan segera mengekori kelibat kanak-kanak tersebut yang menghilang di sebalik pintu bilik.

Selepas sebulan, kerja pengubahsuaian wad baru pun siap. Dan tingkat kami mempunyai 3 wad baru hasil dari tapak Operation Theater, CSSD Room, Labour Room dan wad lama sebelumnya. Dan pengambilan pesakit baru giat dijalankan. Dalam beberapa minggu ada 12 pesakit baru mendaftar masuk. Dan perasmian wad baru diraikan besar-besaran. Dan pelbagai hadiah diberikan untuk pesakit yang baru mendaftar masuk.

Kejadian kelima terjadi kepada aku, Syeila dan Aisyah. Kami kerap bermimpi mimpi yang sama iaitu didatangi seorang jururawat menggunakan uniform lama (skirt) berwarna putih. Dalam mimpi itu dia meminta supaya kami mengembalikan semua 'hak' mereka dan menutup wad-wad baru itu. Dan kami mendapati apabila staff shift malam bertugas pelbagai gangguan terjadi. Dan penampakkan jururawat beruniform lama itu semakin kerap menunjukkan dirinya. Salah satu kejadiannya aku melihat kelibat dia menolak troli dressing ke arah bilik wad sehingga menembusi dinding.

Kejadian keenam pula apabila para pesakit di ketiga-tiga bilik yang menempatkan 4 orang pesakit di setiap bilik mengadu di ganggu kanak-kanak. Ada yang ditarik kaki semasa tidur, ada yang dicuit pipi ketika tidur, ada yang mengadu ada 2 orang kanak-kanak melompat-lompat di atas katil. Tak kurang juga barang peribadi mereka disorok dan dikembalikan menjelang subuh. Kami cuma tersenyum dan meminta pesakit untuk mengabaikan sahaja gangguan tersebut dan menganggap itu cuma halusinasi mereka. Sedangkan dalam hati kami Tuhan saja yang tahu dan apa yang mereka alami itu adalah benar sama sekali.

Pada suatu malam aku bertugas seperti biasa. Sekitar jam 3 pagi aku membuat rondaan di sekitar wad termasuk kubikel dan bilik. Memandangkan cuma 3 staff yang bertugas, kami membuat rondaan bergilir-gilir. Kejadian ketujuh ini juga terjadi di bilik baru tersebut. Aku mendapati seorang pesakit masih tidak tidur dan segera ke katil beliau. Matanya memandang ke atas tanpa berkelip. Aku menegur dan memanggil nama beliau tapi tiada respon. Aku mengambil keputusan untuk memanggil staff yang lain untuk mengambil bp set untuk memeriksa pesakit tersebut. Ketika aku hendak memusingkan badan tiba-tiba beliau terus memegang tangan aku dan berkata ' Misi, ada seorang perempuan di belakang awak. Jangan tengok dia. Tunggu sebentar di sisi saya sehingga dia pergi '. Aku dapat rasakan seperti seluruh badanku lemah longlai dan tiba-tiba bulu roma meremang. Aku tiada pilihan kecuali gagahkan diri untuk menekan butang kecemasan di tepi katil pesakit tersebut untuk memanggil staff yang lain. Mereka segera datang dan melihat aku terduduk di lantai. Selepas habis shift barulah aku menceritakan kejadian yg berlaku. Dan keesokkannya aku demam panas.

Tidak tahan dengan gangguan yang kerap terjadi, kami mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak atasan. Ini kerana wad kami saja diganggu selepas pengubahsuaian wad dan bilik tersebut. Seingat aku pihak atasan memanggil ustaz, sami dan paderi untuk melihat dan membuat apa yang patut. Kami di nasihatkan untuk 'memulangkan kembali' peralatan perubatan yang kami ambil dari tapak sebelumnya. Dan kini dua bilik tersebut di tutup selepas 6 bulan beroperasi. Dan satu lagi digunakan sebagai Bilik Mayat.

Tahun 2021 genap 9 tahun aku bertugas di wad ini. Selepas penutupan bilik tersebut gangguan agak kurang. Nak di katakan tiada langsung gangguan tak boleh juga. Hospital dan hantu tidak boleh dipisahkan. Jin dan syaitan ada di mana-mana. Setakat melihat kelibat bayi merangkak dan kanak-kanak berlari itu perkara biasa bagi kami. Bagi kami biarlah mereka bermain sebab tempat ini memang tempat mereka sebelum ini. Jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut. Sentiasa beringat Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
very nice TT.. keep sharing your stories
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak sambung dlm thread sinun ja diknon?

Papepon, best2 cerita tt. Keep it up!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 28-7-2021 02:00 AM
very nice TT.. keep sharing your stories

In sha Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Illayana replied at 28-7-2021 05:07 AM
Awat tak sambung dlm thread sinun ja diknon?

Papepon, best2 cerita tt. Keep it up!

Cemana tu? Nubis la bab bab ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:41 PM | Show all posts
Dik Meaw just sambung je citer kt dlm tread yg sama. Takpe, pelan2 explore. Citer la lagi, dik Meaw.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat TT
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai tt,u org sama dengan kt yang dlm group kat fb tu ke. Cerita sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital dan gangguan memang tak dapat nak dipisahkan. Nak-nak kalau hospital lama, ada je penghuni yang nak beramah tamah tanpa diminta
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya pengalaman TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 03:50 PM | Show all posts
panjangnye nak bacaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 03:55 PM | Show all posts
panggil momod suh merge..

btw cite TT besh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
cite tt best..
tt x nak siasat ke kenapa bilik2 tu ditinggalkan dlm keadaan terburu2.. mesti ada sebab sampai bilik tu ditutup berpuluh tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Parkkkk.. Sat aku tgk citer perang2..sat lagi mai sambung baca
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Skerinya yg part budak mintak anta pi katil dia tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060258 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list