CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21653|Reply: 215

[Tempatan] Pembangkang jangan ghairah desak kerajaan guna Ivermectin

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Pembangkang jangan ghairah desak kerajaan guna Ivermectin

SHAH ALAM - Tindakan beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mendesak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba agar mengenepikan prosedur Badan Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) bagi membolehkan ubat Ivermectin digunakan untuk merawat Covid-19 disifatkan sebagai perilaku tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, di sebalik keghairahan ahli Parlimen PH menyerang kerajaan, kepentingan mematuhi prosedur berdasarkan sains dan data juga sangat mendesak bagi mengelakkan mudarat kepada pengguna ubat berkenaan dalam jangka panjang.

Jelas beliau, terdapat implikasi besar apabila ahli Parlimen yang bukan doktor, pakar dalam bidang kesihatan tetapi berpengaruh di mata rakyat bertindak secara tidak rasional sebegini.

"Mereka sanggup mendesak Menteri Kesihatan menggunakan 'kuasa eksekutif' untuk mengetepikan prosedur perubatan yang dibina bagi memelihara keselamatan rakyat.

"Dalam erti kata lain, mereka juga seolah-olah menolak sistem dan prosedur kelulusan, menolak peranan penjawat awam dan pakar perubatan yang tidak terikat pun dengan mana-mana parti politik.

"Sekalipun seronok menghentam (Menteri Kesihatan) di Parlimen, tidak semua yang nampak bulat itu mesti ditendang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang menggesa kerajaan mengetepikan prosedur NPRA bagi membolehkan ubat Ivermectin diguna pakai segera KKM bagi merawat pesakit Covid-19 di Malaysia.

Gesaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut disokong sebilangan besar ahli Parlimen pembangkang pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada petang Selasa, bahkan ada berpandangan Menteri Kesihatan perlu menggunakan kuasa eksekutif beliau bagi tujuan itu.


Tambah Shahril Sufian, sesiapa pun yang menjadi kerajaan, pentadbir sistem perubatan Malaysia tidak boleh membuat keputusan mengikut teori dan andaian atau populariti hasil desakan ahli politik.

Sebaliknya, beliau menegaskan kerajaan mesti buat keputusan dan kelulusan mengikut prosedur, data dan sains.

"Ini bukan bab SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN), pakej ekonomi dan lain-lain isu yang lebih terbuka untuk dipertikai. Ini soal ubat yang hendak diluluskan untuk digunakan ke atas rakyat.

"Diakui, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tidak terikut rentak ahli Parlimen pembangkang yang lain tadi.

"Diharapkan beliau boleh main peranan mendidik rakan-rakannya dalam PH untuk sama-sama bertanggungjawab," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aan-guna-Ivermectin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 07:58 AM | Show all posts

Shahril Sufian Hamdan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembangkang jangan desak kerajaan guna Ivermectin untuk selamatkan nyawa rakyat.

Biar je yg sakit kritikal cobid tu, mati tak dibagi peluang cuba Ivermectin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:04 AM | Show all posts
mana boleh ikut desakan desakan  agar MENGENEPIKAN procedure

ni serious stuffs ....benda ni covers hal ethics and banyak lagi . wow boleh pulak desak desak...

tunggulah data KKM tu , in fact semua kat dunia pun tengah buat trial.


u see Lah Malaysia ....politik kan , patutlah semua org maca hilang trust
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:04 AM | Show all posts
Mohon duta2 ubat cacing Forum Cari masuk mengadap benang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:05 AM | Show all posts
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang menggesa kerajaan mengetepikan prosedur NPRA bagi membolehkan ubat Ivermectin diguna pakai segera KKM bagi merawat pesakit Covid-19 di Malaysia.

Gesaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut disokong sebilangan besar ahli Parlimen pembangkang pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada petang Selasa, bahkan ada berpandangan Menteri Kesihatan perlu menggunakan kuasa eksekutif beliau bagi tujuan itu.

mana boleh mengenepikan bebenda penting macam ni YB ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2021 08:05 AM | Show all posts
insulin replied at 28-7-2021 08:04 AM
Mohon duta2 ubat cacing Forum Cari masuk mengadap benang ni.

sabar menunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 08:06 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 28-7-2021 08:05 AM
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang menggesa ker ...

bukan ke ivermectin boleh digunakan jika diminta oleh pesakit tapi secara off label kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tsk kena btg hidung boleh sembangla, kot ada anak beranak ko kritikal kena kobid merangkak la cari ivermectin, nyawa punya pasal org sanggup ikhtiar apa saja,
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu lah. Orang tengah bergadai nyawa. Ada lagi yg ejek ubat cacing, ubat anjing.

Bukan paksa korang telan pun ubat cacing tu.

Cuma mintak bagi peluang pesakit2, terutama yg critical tu untuk cuba.

Nyawa dah hujung2, dieorang kisah lagi ke ubat cacing, ubat anjing?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:14 AM | Show all posts
dah banyak terbukti ivermectin berkesan merawat pesakit covid serius..kat Yindia tu,,berpuluh2 ribu dapat diselamatkan dengan menggunakan Ivermectin...murah pun murah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Duk ulang cakap tengah on trial, tengah on trial.

Vaksin poojaan taksuban korang sume tu pon on trial jugak oi!!!!! Tapi dibenarkan cepat2 guna dengan alasan emergency.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 28-7-2021 08:06 AM
bukan ke ivermectin boleh digunakan jika diminta oleh pesakit tapi secara off label kan?

Tak boleh guna untuk rawat kobid dah sekarang, walaupun off label.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-7-2021 08:05 AM
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang menggesa ker ...

Ko buat hilang ingatan ke, vaksin poojaan ko tu jugak memang on trial sekarang? Tapi boleh je guna.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:24 AM | Show all posts
Tu dia. Salam ubat cacing kepada semua ahli-ahli yang berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 28-7-2021 08:24 AM
Tu dia. Salam ubat cacing kepada semua ahli-ahli yang berkenaan.


Tak ada orang pun paksa ko teguk ubat cacing tu. Suruh bagi pada pesakit2 jaa.

Kalau ko critical kobid nanti, ko inject je vaccine poojaan ko tu banyak2 dose.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni dodol setuju. Dh kenapa nak potong npra dan terus lulus? Kalau ramai mampos sbb ubat cacing kambing tu kau org nak tanggung ke? Jgan jadi bodoh sgat puak2 ubat cacing ni!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ToungeSoup replied at 28-7-2021 08:14 AM
dah banyak terbukti ivermectin berkesan merawat pesakit covid serius..kat Yindia tu,,berpuluh2 ribu  ...

Bukti apa woi? Kat India tu dh stop dah guna ubat cacing tu. Lepastu siap kantoi paper yg puak2 cacing ni rujuk sebagai penawar ubat cacing ni plagiat, data pon xbetul bila cuba balik guna teknik paper tu. Kantoi dah cacing kerawit masuk kepala otak puak2 cacing. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mudarat kuar cacing masa berak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-7-2021 08:30 AM
Yg ni dodol setuju. Dh kenapa nak potong npra dan terus lulus? Kalau ramai mampos sbb ubat cacing ka ...

Ada ke orang mampus kena ubat cacing?

Lagi pun memang suruh bagi pada orang yg mungkin dah nak mati. Bagi peluang dieorang cuba.

Macam orang tengah sakit critical, mesti menggagau cari ubat, try macam2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.092316 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list