CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

[Tempatan] Pembangkang jangan ghairah desak kerajaan guna Ivermectin

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 04:19 PM | Show all posts
kalau nk iver  stok terhad bole pm
origin : india / 12mg

kegunaan atas kefahaman sendiri. jika perlu sahaja bukan utk dimamah setiap masa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Inadori replied at 28-7-2021 01:50 PM
Senang cakap gini je la. Pesakit tu tak ada harapan, memang akan mati. Tak ada morphine pun, dia a ...

Sedihnyaaaa dengo...tdk pun br dpt berita sorg membe diagnosed breast cancer..huhuhuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:46 PM | Show all posts
Ahli politik jangan campur tangan desak guna Ivermectin
Oleh Ahmad Suhael Adnan - Julai 28, 2021 @ 4:34pm


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen digesa tidak mempolitikkan isu penggunaan ubat antiparasit haiwan, Ivermectin kepada pesakit COVID-19 di negara ini.

Beberapa pakar farmasi menyifatkan saranan beberapa Ahli Parlimen yang mendesak Ivermectin digunakan tanpa mengambil kira keputusan ujian klinikal, sebagai tidak wajar dan merisikokan keselamatan pesakit COVID-19.

Ia berikutan penggunaan Ivermectin dengan dos tidak tepat boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, termasuk buta, sesak nafas dan koma.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, mempersoalkan desakan itu yang rata-ratanya tanpa berasaskan bukti dan data kajian perubatan, sebaliknya dibuat berpandukan perasaan panik akibat situasi semasa penularan COVID-19.

Bekas Ketua Pegawai Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu berkata, semua pihak perlu membiarkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) membuat keputusan secara bebas tanpa campur tangan pentadbiran atau desakan politik, demi kebaikan semua pihak.

"Buat masa ini, produk Ivermectin yang didaftarkan di Malaysia hanya diluluskan untuk kegunaan haiwan, tiada yang dibenarkan untuk kegunaan manusia.

"Penggunaan ubat ini mungkin ada risiko pada kesihatan dan nyawa manusia. Jadi, tak perlu politikkan perkara ini kerana siapa yang akan tanggung kesannya jika ia diluluskan tanpa kajian mencukupi?

"Hakikatnya, pakar pelbagai bidang masih berbeza pendapat berhubung keberkesanan Ivermectin terhadap pesakit COVID-19, termasuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, European Medicines Agency (EMA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum meluluskan penggunaannya untuk pencegahan dan rawatan kecuali untuk tujuan klinikal," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat semalam, yang mendesak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, supaya menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19, sebelum kajian klinikal mengenainya selesai.

Ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan kajian klinikal penggunaan ubat Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 di 18 hospital kerajaan dan keputusannya dijangka diketahui pada September depan.

Sementara itu, pakar farmasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah, berkata penggunaan Ivermectin secara melulu boleh menyebabkan pesakit berdepan kesan sampingan serius.

"Ubat Ivermectin ada kesan sampingan serius jika terlebih dos, seperti pendarahan pada mata, hilang penglihatan, sesak nafas, tidak boleh mengawal kencing, diarea, kekeliruan, sawan, koma dan kerosakan pada hati dan buah pinggang, selain kesan ringan seperti muntah dan ruam," katanya.

Ernieda berkata, masih terlalu banyak persoalan yang belum terjawab mengenai penggunaan Ivermectin dan kebanyakan pakar penyakit berjangkit yang berpegang pada bukti klinikal, belum menyarankan penggunaannya.

"Buat masa ini, Ivermectin hanya sah selamat untuk merawat cacing dan rabies. Kita tidak tahu sepenuhnya kesan terhadap pesakit COVID-19, khususnya yang memiliki komorbiditi seperti masalah jantung, kencing manis dan buah pinggang.

"Kita juga tidak tahu dos yang sesuai kerana kajian yang dilaksanakan menggunakan dos berbeza-beza. Kita perlu dos yang tinggi untuk mendapat kesan antiviral, namun apa kesan dos Ivermectin yang tinggi kepada pesakit?

"Malah, tiada kajian jangka panjang untuk menentukan tempoh penggunaan Ivermectin. Oleh itu, kita perlu menunggu hasil kajian klinikal untuk pastikan ia selamat untuk semua pesakit.

"Jika ia terbukti selamat, sudah pasti ia akan diberi kepada pesakit. Kita tidak mahu ia berkesan merawat COVID-19, tapi akhirnya pesakit perlu menjalani dialisis kerana kesan pada buah pinggang," katanya.

Dalam pada itu, Ernieda turut membangkitkan kemungkinan ubat Ivermectin yang dimiliki beberapa pihak swasta dan individu ketika ini, diperoleh daripada pasaran gelap.

"Kemasukan Ivermectin ke Malaysia hanya boleh diluluskan NPRA menggunakan Lesen Import Percubaan Klinikal (CTIL), iaitu khusus untuk kegunaan kajian klinikal di hospital.

"Jadi, dari mana doktor swasta dan farmasi mendapat bekalan Ivermectin? Tentu daripada pasaran gelap dan kita bimbang yang dijual itu ubat palsu, bukan Ivermectin yang sebenar," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 28-7-2021 07:46 PM
rospinki replied at 28-7-2021 04:19 PM
kalau nk iver  stok terhad bole pm
origin : india / 12mg



Aku nk dm tp kat phne ni dh x jumpa mana nk dm..notification pon dh x dpt!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 28-7-2021 12:14 PM
Diberi di wad2 dan maeps sebab DG kata ubat tu je yg berkesan utk covid so doktor2 bagi ler....  ...

ayoyooo iols dulu2 mkn prednisolone utk treat inflammation sbb skin allergies iols..
x bestnya  kena mkn steroid mcm prednisolone ni.. buat bdn gemok sbb bg naik selera mkn..
mkn ni je utk covid..? apooo!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 28-7-2021 05:40 PM
Sedihnyaaaa dengo...tdk pun br dpt berita sorg membe diagnosed breast cancer..huhuhuuu..

Sampai sekarang rasa pedih lagi perasaan tu. Kalau dengar mana2 orang meninggal kanser, memang dapat bayangkan apa yg keluarga tu lalui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 28-7-2021 07:45 PM
Aku nk dm tp kat phne ni dh x jumpa mana nk dm..notification pon dh x dpt!

U kena bka desktop mode. Skrg guna mobile mode xbole pm. Tkpe nti sy pm dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 08:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 08:44 PM | Show all posts

PublicHealthMalonsia xnak buat poll lg ke mengenai lockdown dengan kerjasama Sinar Hairan? kot2 boleh dpt 99.98% sokongan

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:54 AM | Show all posts
blastoff replied at 28-7-2021 12:35 PM
Mana dia bukti ia pernah berlaku? Bawak mai sini bukti kukuh tunjukkan siapa dia yg alami sirosi ...

hmm..dah kenapa sentap? aku tulis based pd apa yang baca. Ubat is belum diiktiraf lagi oleh WHO utk rawat Covid 19. Masih dalam clinical trial. Mungkin elok utk short term, long term? sebab memang la semua tahu ubat ni tujuan dia untuk parasites . Ada report kata even di Australia pun derang tak berapa galakkan utk treatment kutu. FDA pun tak lulus lagi ubat ni utk rawatan Covid.https://www.nps.org.au/ivermectin-and-covid-19

https://www.fda.gov/consumers/co ... or-prevent-covid-19


Mungkin ada ahli farmasi kat sini yang boleh elobrate pasal Iver ni sbbb mereka lebih arif. Pandangan aku ubat ni tak patut digunakan lagi sebab masih dalam trial. T tengok Lokman Adam yang duk kata dia amalkan Iver, tapi katanya skrg tgh melawan Covid jugak. Selagi tak ada pengiktirafan rasmi dr Badan-badan perubatan, baik toksah lagi. Habiskan dulu clinical trial tu, then applyla. Macam vaksin yang ada ni. Research ckp setakat tak ada support yang menggunakan Iver ni berkesan utk Covid sebab kebanyakan case study yang guna Iver ni sama ada mati @ perlukan bantuan pernafasan.
cuba baca dkt sini;https://www.cochranelibrary.com/ ... .CD015017.pub2/full

Complete anylsis kat situ. Sapa nk pakai Iver silakan, pilihan masing-masing. Sama gak dengan vaksin. Ok bai
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Inadori replied at 28-7-2021 08:40 AM
Plagiat. Awak faham tak plagiat tu ape?

Cuba tunjuk paper Ivermectin yg dikatakan plagiat tu. C ...

Alahai dh byk bertebaran, boleh gugel jah. Publisher siap tarik balik paper plagiat tu. Puak2 antivax dan cacing kerawit jah yg hadap dgan paper plagiat tu. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 28-7-2021 08:36 AM
Maksud kau kematian ratusan daily tu lebih kau sukai berlaku dari depa alami side effect ivm yg  ...

Eh kau dha percaya covid dan nombor kematian yg kkm bagi tu ke? Bukan kau kata covid ni plandemic dan nombor kkm bgi tu tipu je ke? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 30-7-2021 03:12 AM
Alahai dh byk bertebaran, boleh gugel jah. Publisher siap tarik balik paper plagiat tu. Puak2 anti ...

Mengaku je la dah terlajak cakap benda yg memang tak ada.

Kalau betul2 ada, apa yg susah nak bagi terus kat sini kan.

Hahahahaha.

Well, apa yg boleh diharap dengan orang jumlah RT pun  jadi ukuran.

Hahahahaha.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:24 AM | Show all posts
blastoff replied at 28-7-2021 03:27 PM
kenapa anggap nya rawatan alternatif apabila kat uttar pradesh jutaan manusia sembuh hingga landai ...

antivaksin mcm kau ni patut jadi bahan ujian.  mcm orang buat kat tikus.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:25 AM | Show all posts
JessePinkman replied at 28-7-2021 03:33 PM
Takde larangan??? Ko baru keluar dari gua ke???

selama ni banyak je larangan di langgar tanpa pengetahuan.  kau bodoh sgt nak publish kenapa?  even orang pakai dadah berkilo kot utk rawatan  diri sendiri katanya.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.612900 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list