CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5149|Reply: 50

[Tempatan] Semakin ramai siswazah menganggur. Ada yg demand gaji RM5,000 dan ke atas

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Siswazah menganggur naik 4.4 peratus, gaji turun 10.6 peratus
HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN | | 28 Julai 2021

[INFOGRAFIK] Persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan pada 2020 menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, jumlah tersebut meningkat sebanyak 37,200 orang kepada 202,400 orang berbanding 165,200 orang pada 2019.

Justeru, katanya, kadar pengangguran siswazah pada 2020 naik sebanyak 0.5 mata peratus kepada 4.4 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun sebelumnya.

“Pertambahan ini dilihat bagi kedua-dua pemegang ijazah iaitu seramai 22,400 orang dan diploma (14,800) yang mana sebahagian besarnya berumur 35 tahun dan lebih.

“Selain itu, lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja yang mana hampir separuh menganggur bagi tempoh kurang dari tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Dr Mohd Uzir berkata, gaji dan upah siswazah pada 2020 bagi pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf turun 10.6 peratus kepada RM4,489 berbanding RM5,020 pada 2019.

“Pemegang ijazah menerima purata gaji dan upah sebanyak RM5,471 sebulan pada 2020, berkurang 9.1 peratus berbanding 2019 manakala pemegang diploma menerima purata sebanyak RM3,311, menyusut 11.5 peratus pada tempoh yang sama.

“Dapat dilihat bahawa kategori mahir merekodkan pengurangan terbesar sebanyak 8.0 peratus kepada RM5,316 sementara kategori separuh mahir menerima RM2,418, jatuh sebanyak 2.7 peratus berbanding 2019,” katanya.
Disyorkan artikel ini:
• IHPR Malaysia naik 10.6 peratus• Indeks harga pengguna naik 0.1 peratus• Harga sayur-sayuran naik hingga 40 peratus

Beliau berkata, ia merupakan penurunan kali pertama dalam gaji dan upah pada 2020 sejak ia dilaporkan pada 2010.

Untuk rekod, Malaysia mencatatkan seramai 5.36 juta siswazah pada 2020 berbanding 5.13 juta pada 2019.

Sementara pada 2018 pula Malaysia mencatatkan seramai 4.96 juta siswazah berbanding 4.61 juta pada 2017.

Dr Mohd Uzir berkata, peningkatan bilangan siswazah pada setiap tahun adalah seiring dengan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan tinggi dalam meningkatkan taraf hidup.

Setelah menamatkan pengajian, mereka menyasarkan untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan, sekali gus memperoleh gaji yang tinggi berserta faedahnya, katanya.

“Namun, dengan keadaan pasaran buruh yang mencabar berikutan pandemik telah menyebabkan peluang pekerjaan lebih rendah dan peningkatan persaingan,” tambahnya.

Daripada 5.36 juta siswazah pada tahun lalu, 4.45 juta bekerja (81 peratus), manakala 202,400 orang menganggur (4 peratus) dan 800,900 berada di luar tenaga buruh (15 peratus).

Menurut Dr Mohd Uzir, daripada jumlah siswazah yang bekerja, 68.8 peratus daripadanya berada dalam kategori pekerjaan mahir.

Sementara itu, 28.9 peratus daripada mereka berada dalam kategori pekerjaaan separuh mahir dan 2.3 peratus lagi berada dalam kategori pekerjaan berkemahiran rendah, katanya.

Jelasnya, 39.4 peratus siswazah yang berada di luar tenaga buruh pula terdiri daripada mereka yang berada di rumah kerana menjalankan tanggungjawab keluarga.

“Buat julung-julung kalinya, bilangan siswazah di luar tenaga buruh pada 2020 menurun sebanyak 5.1 peratus berbanding peningkatan 6.3 peratus pada 2019,” tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 11:11 AM | Show all posts
demand 5k ke atas ?

ko ni bekas CEO google ke ?

maciam haram zadey tak sedor diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:15 AM | Show all posts
masa aku diminta screen resume
ada satu mamat ni baru habis MBA
minta gaji RM12K

sekarang org tak heran dh kalau ada MBA pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:17 AM | Show all posts
kerunai replied at 28-7-2021 11:11 AM
demand 5k ke atas ?

ko ni bekas CEO google ke ?

Suruh dia pergi mampos la kalau nak mula kerja gaji 5K
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:18 AM | Show all posts
R2D2 replied at 28-7-2021 11:15 AM
masa aku diminta screen resume
ada satu mamat ni baru habis MBA
minta gaji RM12K

Gaji dia sebelum tu berapa? Pengalaman kerja dia sebagai apa dan berapa lama?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni siswazah Syok sendiri....
Mmg hebat menulis menajwab kat kertas...
Kerja Tu BG tgk dulu layak tk dpt gaji rm5k ....
Masuk meeting Kang tergagap nk jawab ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
belajar tinggi tapi tak reti guna otak tak guna jugak..ramai yang book smart tapi bukan street smart..macam bimbo bila bukak mulut..camno nak demand gaji dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:28 AM | Show all posts
Babai replied at 28-7-2021 11:18 AM
Gaji dia sebelum tu berapa? Pengalaman kerja dia sebagai apa dan berapa lama?

ZERO exp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi kalau demand sangat mmg la menganggur. Lain la klu exp dah bertahun2 pastu mmg expert dlm task/bidang tu blh la demand2. Mereput la takde keja pastu minta bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa aku lepas degree, ekonomi merudum satu dunia...malaysia lg la teruk keja pun susah nk dpt.. Aku register ngan employment agency and dpt la keja sbg kerani data entry gaji rm900...aku grab je...bg aku itu rezeki dan asalkan aku ada keja...until now aku bersyukur sbb aku x memilih dan krn keja tu aku naik sikit2 sampai skang alhamdulillah dpt keja ngan gaji dan kehidupan yg agak baik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:41 AM | Show all posts
akak dulu start keja org bagi gaji diploma ja uolss.. bidang kerja kelayakan ijazah... takpa lah kita terima .. ok la dari gaji spm ... org tak der kerja kena terima jer.. sambil2 tu intai peluang lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:45 AM | Show all posts
aku fhm kenapa grad MBA minta gaji tinggi
sebab mereka bayangkan akan di letak dlm  post management
so post management gaji min ialah RM10K
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:46 AM | Show all posts
korang nak demand ni jadi cina la
tempat aku cina semua gaji tinggi
yela faham la kompeni cina
tp kalau taraf spm pun bole gaji belas k
acane?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 28-7-2021 11:28 AM
ZERO exp

Kepala bapak dia la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:52 AM | Show all posts
musti Bnyk tgk drama tb3 pkl 7 ni kan.nak dpt bilik sorng2 hadap klcc.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:15 PM | Show all posts
ni pendpt aku la, kita jangan samakan zaman kita dgn zaman fresh grad ni. zaman kita dulu mayb kos hidup masih murah, data pun pakai broadband je.  takde group whatsapp khas utk keje. but also at the same time, fresh grad pun tak payahla demand smpi ko nak letak gaji rm5k pdhal pengalaman pun takde. skrang pun berlambak org ada master phd.  gaji rm5k tu utk ape, kalau uols nk gaji rm5k sbb nk invest beli hartanah ke lupakanlah.  skrang yg muflis pun ade je yg umur tak smpi 30thn. also gaya hidup tu pun kurangkanlah. maksud i, mcm kite dulu mula keje tak kisah pun sewa bilik, pegi keje naik motor. ibaratnye mcm nih, kalau stakat phone utk whatsapp jwb call dan reply email, pesalahnye pakai oppo pastu pakai prepaid digi unlimited instead of pakai iphone yg kontrak smpi 2 thn pastu kene bayar bil lg. just my 2 cents uols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-7-2021 12:15 PM
ni pendpt aku la, kita jangan samakan zaman kita dgn zaman fresh grad ni. zaman kita dulu mayb kos h ...

jangan kata fresh grad, bubudak sekolah pon gedik nak pakai ipon dah..punca ig ngan tiktok la padahal spender pon mak beli..kalau mampu tak kesah la tapi ramai yang tak mampu pon
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:05 PM | Show all posts
gaji aku pun 1200 ofis di Hartamas. di bawah paras kemiskinan... serba serbi kena bayar bukan macam fresh graduate under tanggungan parent. sedih rasanya dah lama tak makan nasi.... cuma lauk & ulam
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jadikla doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje ni pd i all about networking especially klu berbisnes...masa belajar lah build up the networking...sbb kita kat msia ni byknya users je..jrg kits jd creator so siswazah sila build up apa2 skill yg patut klu nak keje gaji besar ya..make sure yr future employer see u as an asset br blh amik keje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.114531 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list