View: 3427|Reply: 21
|
[Dunia]
Kes harian Covid-19 di UK semakin menurun sejak 7 hari lepas. Di luar jangkaan,
[Copy link]
|
|
Kes COVID-19 berkurangan di UK sejak 7 hari lalu
Julai 28, 2021 @ 8:59am
LONDON: United Kingdom (UK) mencatatkan penurunan kes COVID-19 selama tujuh hari berturut-turut, sekali gus membingungkan ramai pegawai dan pakar.
Ini kerana mereka sebelum ini memberi amaran pandemik akan bertambah buruk selepas UK memutuskan untuk melonggarkan sebahagian besar sekatan bermula 19 Julai lalu.
Namun, Perdana Menteri UK, Boris Johnson, menggesa orang ramai supaya terus berwaspada bagi membendung penularan coronavirus terutama varian Delta yang lebih pantas merebak.
Kadar jangkitan yang dicatatkan di seluruh UK berkurangan selama tujuh hari berturut-turut dengan 23,511 kes baharu diumumkan semalam berbanding 46,558 pada minggu sebelumnya iaitu pengurangan hampir 50 peratus.
Sebelum ini, lonjakan jangkitan baru dilaporkan di England tetapi mulai turun pada 19 Julai meskipun penguatkuasaan pemakaian pelitup muka ditarik balik dan penjarakan sosial di tempat awam dilonggarkan.
Keadaan itu membingungkan kerajaan dan saintis yang sebelum itu memberi amaran kes akan mencecah 100,000 sehari dalam tempoh beberapa minggu akan datang susulan sekatan itu dilonggarkan.
Meskipun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya selepas bermula cuti sekolah musim panas di England dan Wales, menteri mengingatkan keadaan jangka panjang masih belum dapat dipastikan.
Walaupun jumlah kes harian menurun, semalam data rasmi juga menunjukkan 131 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 28 hari ujian positif, iaitu jumlah kematian harian tertinggi sejak Mac.
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di UK setakat ini adalah sebanyak 5,745,526 jangkitan termasuk 29,303 kematian.
Kata Johnson, meskipun data enam hari lalu semakin baik, penting bagi semua pihak tidak terburu-buru membuat kesimpulan awal mengenainya.
"Masyarakat harus berwaspada dan mematuhi langkah keselamatan kerajaan," katanya yang turut menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari berakhir kelmarin.
Beliau melakukannya selepas disahkan antara kontak rapat dengan Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid, yang positif COVID-19 pada awal bulan ini.
Perdana menteri berpendapat kempen vaksinasi Britain berjaya, dengan kira-kira 70 peratus golongan dewasa susah menerima dua suntikan lengkap dan mula diberi kelonggaran peraturan pada minggu lalu. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 msia pun minggu2 akan dtg menurun....daku dh x larat berkurung boleh mati kemurungan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah. Seronok tengok kawan kerja sana dah boleh jalan2 ke taman dan kawasan countryside..Labuan pun berjaya. Semoga kita semua jaga sop dan vaksin diri. |
|
|
|
|
|
|
|
lights at the end of the tunnel.
walau pun jauh di UK tapi petanda baik especially bagi yang ada loved ones di sana like me.
harap bukan fake news la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dah ok jer.....tunggu jugak kot2 ada cluster baru sbb 2 minggu lepas diorg kumpul ramai dlm stadium tgok bola..... xde sorang pun yg ikut sop |
|
|
|
|
|
|
|
berkat vaksin 50%
atau berkat mass protest?
sila pilih |
|
|
|
|
|
|
|
sekarsng musim.panas...covid.mati.kena.panas |
|
|
|
|
|
|
|
Hamdalah. Sesungguhnya Allah telah menampakkan kekuasaanNya melalui asbab musabbab Miss V 50%. Sesungguhnya orang-orang yang tolak Miss V dan menghadiri mass protest itu berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana lagi maha mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb musim panas tuu.. macam perlis.. kes rendah sbb panas .. agak nya laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benar sekali. Kalau bukan asbab musabbab Miss V, musim panas sudah tentu. Natural herd immunity ni bullsit semua walaupun Yisroel kata 99% berkesan.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh 70 % dah ye .
okay....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak bingung apa..ok la tu. Tanda tanda kobit dah nak hilang di.muka bumi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Uk tak pakai ivermectin ke??tanya jerrr |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kat negara2 lain termasuk malaysia pun sama in weeks to come...
tgk F1 dorg penuh takde pakai mask dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Inadori at 28-7-2021 06:29 PM
manzilla replied at 28-7-2021 01:11 PM
Hamdalah. Sesungguhnya Allah telah menampakkan kekuasaanNya melalui asbab musabbab Miss V 50%. Sesun ...
Untuk kemaslahatan ummah sejagat, mohon tarbiyahkan golongan yg menolak miss V di UK itu, supaya berusaha dan yakin la dengan miss V, jangan terpedaya dengan dakyah yg mengatakan miss V adalah agenda dajal. |
|
|
|
|
|
|
|
UK ni bukan setakat peratusan fully vaccinated tinggi, lebih 50% populasi tapi yg dah kena Covid 19 pun tinggi, 5 juta lebih, dah dekat 6 juta pun (utk populasi dalam 70 juta). Dah capai herd immunity kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Hope berterusan. Angka 23,511 tu utk kes harian or mingguan. Tak faham. |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 28-7-2021 01:39 PM
Benar sekali. Kalau bukan asbab musabbab Miss V, musim panas sudah tentu. Natural herd immunity ni ...
Berkat mkn durian...kobid xleh org mkn derian nnti mampus kobid |
|
|
|
|
|
|
| |
|