Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
4154
View
43
Reply

Rita Nadira Glamour Sebab Jahat

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-7-2021 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Seawal menapak dalam lakonan lagi Rita Nadira, 24, sudah diberikan watak antagonis atau jahat yang kebiasaannya menjadi sasaran kebencian peminat.


Terbaharu, Rita diberikan watak sebagai Mazni, seorang isteri yang mengambil kesempatan dalam drama bersiri Ayahanda yang kini tular dalam kalangan penonton.


Rita tidak menafikan menerima banyak pertanyaan daripada peminat yang bertanyakan perkara ini.




Foto: IG




"Sebelum ini saya bawa watak jahat dalam bentuk lain tetapi dalam Ayahanda, saya jadi isteri yang bersifat batu api dan hanya buat baik depan suami.


"Apabila buat watak ini, saya tahu bagaimana kesan yang akan diterima dan sudah bersedia untuk terima kecaman daripada penonton. Namun, ia tidak seteruk seperti yang diterima menerusi lakonan dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu," katanya.


Rita yang bermula dari dunia peragaan mula melangkah dalam bidang lakonan sebagai budak nakal menerusi drama Kisah Seram Hostel, manakala dalam Jujur Nikahi Aku, dia adalah seorang kakak yang jahat.




  



"Saya terbuka apabila ditawarkan watak begini. Namun, saya percaya akan ada pengarah boleh beri saya watak lain. Tapi sekarang saya dikenali dengan watak jahat dan mereka nak gunakan saya sepenuhnya untuk watak begini.


"Mungkin dalam dua tiga tahun nanti akan ada watak lain. Pengarah yang kenal saya pasti tahu saya bagaimana. Peluang akan tiba nanti. Saya anggap watak jahat adalah platform untuk saya dikenali," katanya.


Begitupun pelakon yang mempunyai pakej sempurna ini mengakui peningkatan pengikut di media sosialnya menerusi drama-drama yang ditayangkan.




  



"Tapi tidak terus mendadak seperti sesetengah pelakon lain. Saya pun sedar siapalah saya. Namun, sebagai pelakon saya suka cabar diri untuk bawa pelbagai watak.


"Sebenarnya ramai tidak tahu saya ditawarkan watak Mazni pada saat akhir dan baca skrip pun saat akhir. Jadi semasa di set, saya banyak bertanya kepada Fikry yang berlakon sebagai suami, pengarah dan pelakon-pelakon lain.


"Saya amat kesuntukan masa. Sekali baca skrip terus masuk set. Untuk itu saya tanya pendapat setiap pelakon mengenai lakonan saya. Mereka dah baca skrip awal dan faham keseluruhan cerita," katanya.




  



Rita mengakui, dia terpaksa belajar pelbagai perkara dan rajin membuka mulut bertanya bagi menghasilkan lakonan yang memuaskan penonton.


"Itulah cara yang saya buat. Pelakon lain pun banyak kongsi pengalaman. Saya terbabit sekitar tiga minggu untuk penggambaran di Perlis. Waktu mula sampai baru saya tahu cakap drama ini dalam loghat utara. Namun, watak saya sebagai orang bandar.


"ada mulanya saya tanya pengarah Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sama ada saya kena cakap loghat utara tapi saya diminta bercakap macam biasa," katanya.


Menurutnya, sekiranya diberikan lebih masa, dia pasti memberikan lakonan yang lebih baik lagi.




  



"Ikutkan mana-mana pelakon pun takkan puas hati dengan lakonan sendiri. Namun pada saya lakonan sebagai Mazni dianggap sudah okey.


"Drama ini pun sudah ditayangkan dan tinggal beberapa episod lagi untuk tamat. Saya pun dah buat yang terbaik dan harap peminat suka.


"Secara peribadi saya sukakan drama ini kerana ceritanya tak klise. Tak dinafikan saya rindukan Perlis. Seronok menjalani penggambaran di sana kerana suasananya yang tenang," katanya.


Menurutnya, dia pernah berada di Perlis selama tiga bulan untuk penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu dan sudah hafal jalan di negeri itu.




  



Rita kini menunggu tayangan drama Juliet di RTM yang menemukannya dengan Redza Rosli sebagai pasangan hero dan heroin.


Dia juga bakal menyambung semula penggambaran drama Jamu Nesan terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu nama dia ritanadiraa {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
watak jahat ennn ennn ennn. kat luar baik ennn ennnn. kejam taw title ginii
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 03:01 PM | Show all posts
kire jadi watak jahat menjadi la..okay la tu..kat malaysia byk watak sedih lemah pastu repeat pelakon same je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak tengok lagi cite ni. nanti la tengok
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 03:10 PM | Show all posts
muka dia ni sesuai ngan fikri ibrahim..kalu berjodohan offset pun herlok..gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 03:42 PM | Show all posts
bini ahmad tarmimi cite bulan pose tu hari.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 03:44 PM | Show all posts
muka dia sesuai jadi watak jahat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:09 PM | Show all posts
ada iras ritarud
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:30 PM | Show all posts

kan.. masa awal2 tengok dia dalam citer kul 7 aritu,
ingat dia adik ritrude or sepupu sepapat ke.. dah dia ni pun selalu berlakon produksi zeel tu besfren ritrude gak kan..
hidung, bentuk muka, suara masa lontaran dialog, partition rambut... sama.
cuma kulit je sawo sikit.. mungkin tak lama lagi cerah mcm ritrude gak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau pompuan Melayu bole msuk miss world, iols rse sheols antara yg layak.. Model, ada education background, muka exotic.. Mula2 perasan dia mse dia brlakon kisah seram hostel x silap.. Tgk dia tinggi ja, cantik
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suke tgk muke die..pada aku die muke klasik tp nampak mahal..xjemu mate memandang..mohon jgn upgrade ape2 muke tu..kang jadi mcm idong xsiap mak esah merempan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay la jugak dia berlakon for newcomer. Cantik pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik yg simple..suka tengok..harap x alter muka
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jenis muka classy2 gitu, cantik yg tak bersepah di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:27 PM | Show all posts
cantik ya. hitam manis tinggi lampai. muka exotic gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rita Nadira
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni cantik dimataku
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg adek beradek die pangkal nama rita..kakak nye pon model lepastu rita ni ikot sekali.kakak die dh retired jual cookies..rita je smpi masok industry.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 07:40 PM | Show all posts
iols suka dia berlakon sebagai antagonist dan kebetulan watak dalam ayahanda tu antagonist dia tak over, just nice je... takde la macam drama lain berebut jantan sampai ke rumah orang pun di terjah nak menunjukkan karakter tu punya la batak jantan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list