CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17470|Reply: 152

[Tempatan] Wanita dakwa bapa tak diberi oksigen, selimut dan katil sebelum meninggal dunia.

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dakwa bapa tak diberi oksigen, selimut, katil sebelum meninggal

https://www.malaysiakini.com/news/584912

Annabelle Lee

Diterbitkan 28 Jul 2021, 3:33 pm
Dikemaskini 3:34 pm



Seorang wanita mendakwa ayahnya yang meninggal akibat Covid-19 diabaikan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Bowie Kong mendakwa Kong Wan Hong, 56, tidak diberikan katil dan selimut walaupun diminta berulang kali.

Bantuan oksigen pula, dakwanya, hanya diberikan pada hari ketiga, tidak lama sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Berhubung makanan pula, Bowie mendakwa ayahnya tidak diberikan makanan baru jika tertidur atau terlepas waktu makan.

“Ayah saya tidak dihormati ketika berada di sana. Walaupun dia tidak mempunyai peluang tinggi untuk hidup, saya harap dia lebih dihormati,” kata Bowie, 26.

Malaysiakini telah menghubungi pengurusan tertinggi Hospital Serdang dan sedang menunggu penjelasan mereka.

Hospital hibrid itu sebelum ini mencetuskan perhatian selepas beredar gambar pesakit dalam khemah dan atas lantai.



Dalam tempoh dua minggu terakhir, Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan 106,610 kes positif Covid-19.

Wan Hong yang bekerja di pasar diuji positif Covid-19 pada 15 Julai. Dia dimasukkan ke Hospital Serdang pada 20 Julai.

Sijil kematiannya, yang dilihat Malaysiakini, menyebut dia meninggal dunia pada 22 Julai dan dikelaskan sebagai kes Covid-19 kategori empat.



Mengimbau kembali, Bowie berkata ayahnya yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan sedikit lebih berat badan, ada mengadu berkaitan keadaan hospital.

“Pada hari kedua (21 Julai) dia telefon rumah pada jam 3 pagi, kata hendak balik rumah kerana hospital terlalu sejuk,” katanya.

Bowie mendakwa ayahnya hanya diletakkan di kerusi roda di Jabatan Kecemasan dan tiada katil.

“Orang lain yang dimasukkan ke wad lepas dia dan keadaan lebih baik diberikan katil tapi dia diminta duduk atas kerusi roda,” dakwanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 04:07 PM | Show all posts
kesian pakcik ni

actually bukan dia sorang je mati kat ed time ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la cakap blaston
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg da penuh sgt hospital. Jaga la diri. Tk mato sebab covid mati sebab delay treatment sbb semua hospital treat pt covid
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada katil lor..dah cmtu keadaannya kenapa tak bawa balik rumah..hospital pon penuh tak terlayan. Bukan kes dia sorang..kesian juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya..nth la sbb hospital pun dh penuh agaknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 04:23 PM | Show all posts
hosp kkm bukannya boleh tutup jabatan kecemasan.

kena terima juga walopun sesak padat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:24 PM | Show all posts
Kesiannya. Terlampau ramai patients dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bakingsoda at 28-7-2021 04:26 PM

kesian tapi takleh nak salahkan spital la tak mampu nak attend semua pesakit properly kalau dah hari2 ribu2 riban positif, yg cat 4,5 sedia ada pon belum discaj dah datang yg lain pulak nak masuk. belum kira cat 1,2,3 yg gejala semakin teruk sampai ada yg mati kat rumah je yg mana sihat takde keje penting duduk rumah la babiii, sblm buat taik kluster komuniti. dan bagi rakyat pilih utk guna ivermectin!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut pengalaman adik ipar aku...mmg hospital penuh..suami dia dpt msk pun syukur alhamdulillah sgt2.. skrg alhamdulillah semua sihat dah..suami dia msk wad dah stage 3-4..isteri dia x tau stage bape..yg seorg LG stage 2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya uncle....tapi sekarang ni dah sampai tahap frontliner pilih2 pesakit,tak menang tangan nak rawat semua...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu skrg ni kau pg hospital swasta bayaran puluhan ribu pun diorg tolak sbb dh penuh. Ape kau igt bapak ko je perlu oksigen. Igt oksigen ade stock mcm beras dkt pasar raya ke ape. Tak tgk video2 viral dkt htar segala ke ape.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:29 PM | Show all posts
kalau mcm ni kan, boleh ke hantar makanan and selimut ke ED utk parents/family kita?

parents kawan i kuarantin kt maeps pun sejuk, so dia hantar comforter.. sana boleh ja nk kirim2 barang lg. ED mesti kalut ja suasana
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Keadaan darurat dah ni. KKM sepatut bagi la guna lah Ivermectin tu.

Pesakit2 taknak ubat cacing, sebab geli nak telan, takpe. Bagi pesakit yang nak try Ivermectin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Confius.. kira accenerr nii.. darurat .. ke .. tak darurat?
Sampai mati.. yg macam mana .. ? kalau nak kira darurat..
Selama nya kesian utk marhein..
Kalau utk kayangan.. ini mungkin di kira lakonan sayu & pilu.. isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm..ntah laa..nak percaya ke x, knowing how entitled someone could be even tgh sakit..pstu c bowie ni positive covid jgk ke x?knp bapak dia je positive?n yeah,sila jaga diri drpd terkena covid..ai tgk makin ramai plak y up berbasikal gara2 ig kkm kuarkn sop basikal ngn skateboard tuh..termasuk kwn ai..jijiks! Kutuk gomen,tp perangai sama jah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 28-7-2021 04:29 PM
kalau mcm ni kan, boleh ke hantar makanan and selimut ke ED utk parents/family kita?

parents kaw ...

Baik kuarantin kat rumah..

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 28-7-2021 04:28 PM
Waktu skrg ni kau pg hospital swasta bayaran puluhan ribu pun diorg tolak sbb dh penuh. Ape kau igt  ...

Slow sikit le amoi.....
Kau nk.kecam, ni kes kematian.....d8a tengah sedih lg, kau tambah kesedihan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 04:53 PM | Show all posts
hospital klang valley mmg dah penuh dek.. kawan akak baru meninggal kat spital swasta ICU sebab covid. duk mintak transfer masuk hospital gomen tak dapat sampai ke akhir hayat beliau. insurance pulak tak cover.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka mcm ni teruk keadaan di malaysia ni..simpati kt pokcik ni n simpati kt frontliners gak dah penat n letih sgt2 dah..anak sedara tugas kat maeps mkn pun tak sempat katanya ramai sgt skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.221560 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list