CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 5

[Tempatan] Ahli Parlimen dan kawasan dalam Parlimen ada imuniti. Tak boleh keluarkan saman

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Ini Parlimen, mengapa boleh masuk dan keluarkan saman? - Noh Omar
Ridauddin Daud
Julai 28, 2021 14:52 MYT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang - BN) hari ini mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman di kawasan bangunan Parlimen.
Tegasnya, Parlimen adalah kawasan yang mempunyai imuniti untuk Ahli Parlimen dan penguatkuasa sepatutnya tidak dibenarkan untuk masuk apatah lagi mengeluarkan saman.

“Apa yang saya faham selepas 25 tahun saya menjadi Ahli Parlimen, saya dari dari dulu memang tidak boleh (saman). Yang saya tahu, ini kawasan imuniti, mengapa penguatkuasa boleh masuk?
“Tahun lepas ke, dua tahun lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada saman orang hisap rokok dalam kawasan ini, masa itu kita kata tidak boleh. Mengapa hari ini boleh?

“Dia (penguatkuasa) boleh ambil gambar. Saya tengok Pasir Salak (Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman) kena, ambil gambar, polis masuk. Nak (ambil gambar) boleh tetapi kena tunggu luar pagarlah, bukan dalam Parlimen. Ini kawasan imuniti,” katanya dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ini kawasan imuniti, mengapa pihak penguatkuasa boleh masuk?

Difahamkan beliau mempersoalkan perkara itu selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dalam bangunan Parlimen pada Selasa.

Namun begitu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudiannya menasihatkan Ahli Parlimen supaya menjadi contoh kepada masyarakat dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Sekarang ini sudah ada orang kategorikan komuniti kayangan dan bukan kayangan. Sebenarnya saya rasa adalah amat penting bagi kita semua memenuhi dan mematuhi semua SOP yang dikenakan secara ketat.
“Sebenarnya kita sekarang dalam kawasan ini pun masih dalam Fasa 1 sebenarnya, mesyuarat secara fizikal pun tidak boleh sebenarnya.

“Walaupun Parlimen ini bebas tetapi kita perlu memberikan gambaran yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa peraturan itu juga perlu dipatuhi. Kita cuma imun dalam Dewan ini apa yang kita cakap sahaja, itu yang diperuntukkan akta,” katanya.
Justeru, beliau sekali lagi menasihatkan semua Ahli Parlimen mengikut SOP dan membiarkan KKM menjalankan tugas mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Imuniti bapak kau... Kalau ko kena tembak dalam Parlimen dek MP lain so MP tu ada Imuniti gak la... Gitu? Tua2 pun bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Setannya alaskan dia..benak sungguh. Patutla boleh buat sesuka hati.. boleh bayang muka sombong dia bila bercakap.

Bagus la kena sound dengan diPertua Dewan Rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena dah... Noh + udang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kau ingat kau sultan brunei? hak tuih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Imuniti tu klau x silap ko blh cakap apa saja ikut suka mulut hangsuang ko jerr
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.183324 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list