CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 3

[Dunia] Kes Covid-19 semakin naik w/pun pelancong lengkap 2 dos vaksin. Mungkin Phuket d

[Copy link]
Post time 28-7-2021 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 28-7-2021 06:03 PM

Peningkatan kes COVID-19, Phuket Sandbox berisiko ditangguhkan
Julai 28, 2021 @ 4:05pm

BANGKOK: Pulau peranginan terkenal Phuket yang dibuka semula untuk pelancong asing yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, kini menyaksikan peningkatan kes COVID-19.

Statistik Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menunjukkan, pulau itu melaporkan 79 kes baharu dari 19 hingga 25 Julai, dan 54 kes direkodkan pada dua hari pertama minggu ini (26 hingga 27 Julai).

Ini bermakna inisiatif Phuket Sandbox mungkin dihentikan kerana sebelum ini kerajaan menyatakan program itu akan ditangguhkan jika lebih 90 kes dilaporkan dalam seminggu.

Namun, usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan inisiatif itu. Justeru, Gabenor Phuket Narong Woonciew berkata, semua institusi pendidikan tempatan akan ditutup sehingga 16 Ogos selain pusat beli-belah dan tempat sukan ditutup sehingga 2 Ogos.

Katanya, pihak berkuasa tempatan juga melarang perjumpaan awam melebihi 100 orang mulai semalam.

Media tempatan melaporkan peningkatan kes COVID-19 disebabkan pengunjung memasuki pulau itu untuk mencari pekerjaan sejak ia dibuka semula.

Sejak Phuket membuka semula pintu pada 1 Julai, sejumlah 11,806 pelancong asing memasuki pulau itu dengan 26 daripadanya disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai.

Sebanyak 278,623 bilik penginapan sudah ditempah sehingga September.

Presiden Majlis Pelancongan Phuket, Thaneth Tantipiriyakij, berkata pegawai akan memantau keadaan untuk beberapa hari lagi sebelum memutuskan sama ada perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan, lapor Bloomberg semalam.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand turut mengusulkan supaya syarat-syarat 'Phuket Sandbox' disemak semula, termasuk mengurangkan tempoh wajib tinggal 14 hari di pulau itu kepada tujuh hari dan pelancong boleh menghabiskan tujuh hari lagi di 'laluan tertutup' di lima wilayah lain.

Lima wilayah terbabit adalah Krabi, Phang-nga, Samui, Chiang Mai dan Lamphun (dijadualkan dibuka semula untuk pelancong asing pada Oktober).

Usul itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dalam masa terdekat. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum masa nya utk berjimba
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:04 PM | Show all posts
so people assume that we will just going back to the good old norm which we had and ever since will be normal again in how we are used to normal..its the old fashion.. this is let say fiction.. it will not happen. - klaus schwab WEF
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:40 PM | Show all posts
tu la ritu eksen sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065142 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list