View: 1812|Reply: 10
|
[Tempatan]
‘Rider’ bawa anak kecil hantar makanan tular
[Copy link]
|
|
Gambar seorang penghantar makanan membawa anak semasa bertugas mendapat perhatian netizen.
‘Rider’ bawa anak kecil hantar makanan tular
GEORGE TOWN – Kecekalan seorang ‘rider’ sebuah syarikat penghantaran makanan popular yang mengendong anak kecilnya ketika menghantar makanan di Perumahan Pegawai Kanan Polis, Sungai Dua di sini baru-baru ini telah mendapat perhatian ribuan warganet.
Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia setahun itu mula tular apabila gambar mereka dikongsi seorang pengguna Facebook dengan nama Rohayu Mohd. Rodzi tiga hari lalu.
Dua keping gambar dan kisah mereka yang dimuat naik wanita itu telah mendapat kira-kira 7,600 perkongsian, 5,400 pelbagai reaksi dan 1,000 komen daripada pengguna laman sosial itu.
“Allahuakbar sedihnya. Saya turun dari keta (kereta) terus p (pergi) dkt (dekat) si bapa dan anak, waktu ni panas terik anak berpeluh kepanasan, anak tak dak (tiada) siapa jaga , nak hantar pengasuh nak kena bayar, anak diam ja dia dah (sudah) paham bapa dia tengah keja cari duit.
“Dalam raga ada botol susu kosong .Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu la apa yang patut , kalau tak mampu bagi bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang motor menghantar pesanan pelanggan,” katanya di laman Facebook.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut meluahkan perasan sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa lelaki terbabit dan turut mendoakan kesejahteraan serta keselamatan dua beranak itu.
Kosmo! difahamkan, kisah kehidupan rider berkenaan telah mendapat perhatian ramai masyarakat termasuk yang menyumbang barangan keperluan makanan dan bantuan berupa wang. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap bukan untuk tujuan tular lah ye
Bahaya sangat , kalau tetiba rebah ,terjatuh motor tu ,anak tu mmg aniaya sangat
Semoga ko mendapat pertolongan Allah .Ameen. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya la hai..panas kot |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah pelihara brader ni dan anak. Siannya berhujan beepanas dgn anak |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Terlalu bermaruah untuk mengangkat bendera putih. Doakan yang baik2 buat rider dan anaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh demam budak cuaca panas macamni. Risiko jangkit covid lagi. Kesian budak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya anak kecil tu semoga baik2 sahaja hendaknya.
Moga Allah swt permudahkan urusan bapa dan anak kecil ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak sesetengah yang buat tu sebab nak raih simpati. |
|
|
|
|
|
|
|
risau keselamatan dan kesihatan budak tu je
kesian dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 31-7-2021 01:14 AM
permasuri x tolongke?
Bidadari ke?....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|