CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 6

Ayuh Aaron, Wooi Yik

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 07:43 AM | Show all posts |Read mode
GANDINGAN negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke peringkat separuh akhir acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan penuh bergaya selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi.

Tampil sebagai gandingan bukan pilihan, Aaron-Wooi Yik ternyata tidak gentar dengan reputasi beregu handalan Indonesia itu apabila melakar kemenangan 21-14, 21-17 dalam masa 33 minit di Mushashino Forest Sport Plaza pada Khamis.

Aaron berkata, mereka tampil dengan taktikal seperti dirancangkan bersama jurulatih, Flandy Limpele selepas mendapati rekod pertemuan sebelum ini yang lebih berpihak kepada Kevin-Marcus.

“Sebelum masuk ke gelanggang, seperti biasa kami bincang dengan jurulatih Flandy (Limpele) kerana kami mahu berikan aksi yang terbaik.

“Perlawanan ini kami kurang merasakan tekanan kerana rekod sebelum ini lebih berpihak kepada Kevin dan Marcus Gideon dalam tujuh kali pertemuan.

“Jadi kami tampil dalam perlawanan yang saya boleh katakan we got nothing to lose, jadi seperti kebiasaan kami hanya fokus memberikan aksi yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Aaron mengakui dia dan Wooi Yik masih lagi melakukan beberapa kesilapan sehingga menghadiahkan mata mudah kepada lawan mereka.

“Sekiranya mereka dapat bangkit, ia akan menyusahkan kami. Fokus kami pada ketika itu adalah mengutip mata demi mata tanpa memikirkan mengenai kemenangan

“Saya akui bahawa kemenangan pada set pertama banyak membantu membina keyakinan pada set kedua,” katanya.

Mengenai lawan mereka pada peringkat separuh akhir - beregu China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen, Aaron berkata, dia dan Wooi Yik akan sekali berjuang habis-habisan.

“Kami akan berbincang coach Flandy, akan kembali berbincang strategi 'game plan' kami sambil menyaksikan video perlawanan terdahulu sebagai persediaan menghadapi mereka,” jelasnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Ayuh-Aaron-Wooi-Yik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 07:43 AM | Show all posts

Aaron (kanan) dan Wooi Yik meraikan kejayaan mereka di Mushashino Sports Plaza pada Khamis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm dh frust tgk single.. nsb baik intrnt sangkut2, xde la rs sgt.. ak xbleh klau mas klah, dan2 xde mood nk bkk fb/twt/ect..asyik tgk org duk ulas game klah.. please dont spoil my mood ok.. gambate Malaysia ptg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2021 09:23 AM | Show all posts
Mokmoh replied at 30-7-2021 09:17 AM
Smlm dh frust tgk single.. nsb baik intrnt sangkut2, xde la rs sgt.. ak xbleh klau mas klah, dan2 xd ...

lawan chen long peluang meme 50-50 sebab dua2 balance,rekod pun 2 sama...tapi tu la,badi nga atlet china kat olimpik ni masih kekal..harap next olimpik dpt buat comeback
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:37 AM | Show all posts
fuhh nasib baikk
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 30-7-2021 07:43 AM
Aaron (kanan) dan Wooi Yik meraikan kejayaan mereka di Mushashino Sports Plaza pada Khamis.

Puas hati tengok game ni sebab mereka dapat kalahkan pemain ranking no 1 dunia, nampak jelas kepuasan kat wajah aaron chia dan soh woii yik, harap2 mereka dapat kekalk momentum petang ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah aaron chia dan soo wai yik walau tak dapat mara ke final tapi perjuangan belum selesai lagi mudah2an masih bersemangat berjuang untuk penentuan pingat gangsa nnt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058531 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list