CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 1

Taktikal bijak bantu Barega menang emas 10,000 meter

[Copy link]
Post time 31-7-2021 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Pelari jarak jauh Ethiopia, Selemon Barega menang acara larian 10,000 meter yang juga emas pertama olahraga yang berlangsung dalam situasi kurang penonton di Tokyo 2020, hari ini.

Barega, 21, berlari dengan percaturan taktikal tepat untuk mengatasi juara dunia, Joshua Cheptegei dan rakan senegaranya dari Uganda, Jacob Kiplimo.
Barega mencatatkan masa 27 mininit 43.22 saat manakala Cheptegei menang perak dengan catatan 27:43.63s dan Kiplimo di tempat ketiga.
Ia menandakan bermulanya acara trek dan padang selama 10 hari, yang berlangsung di depan penonton yang sedikit walaupun Stadium Olimpik Tokyo berkapasiti 68,000 orang, berikutan larangan kedatangan penonton ke gelanggang akibat Covid-19.

Kejutan dilakukan Barega itu adalah kemuncak tunggal pada hari pertama pada ketika atlet berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran unik di kejohanan tertangguh selama setahun akibat pandemik itu.
Situasi suram itu tidak menghalang pelari pecut Jamaica yang sedang memburu sejarah, Shelly-Ann Fraser-Pryce yang mudah melepasi pusingan pertama acara 100m.

Bintang larian jarak jauh Belanda, Sifan Hassan turut mara dalam acara 5,000m manakala juara dunia lompat kijang dari Venezuela, Yulimar Rojas mudah mara ke final, Ahad ini.
Bagaimanapun, berlaku kejutan dalam acara 4x400m yang baru diperkenalkan di Sukan Olimpik apabila kuartet bertenaga Amerika Syarikat (AS) dibatalkan kerana masalah pertukaan baton.

Pelari remaja wanita AS, Athing Mu – yang juga pilihan menang emas acara 800m – mengurangkan suasana kekok tanpa penonton dengan larian bertenaga ketika saringan.
"Saya tidak pernah berlari di Sukan Olimpik, jadi saya tidak tahu bagaimana suasana jika stadium penuh dengan penonton," katanya kepada AFP.
"Tetapi, saya beberapa kali berlari di kejohanan peringkat kolej musim ini tanpa penonton dan saya merasakan situasinya sama sahaja."

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 07:40 AM | Show all posts

PELARI Ethiopia, Selemon Barega menang emas acara 10000m lelaki pada hari pertama olahraga di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.084917 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list