CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 1

Usah gentar reputasi Korea

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:09 AM | Show all posts |Read mode
ATAS kertas, pemanah Korea Selatan, Kim Woo Jin tampil sebagai pilihan apabila berdepan jaguh negara, Khairul Anuar Mohamad dalam pusingan 16 terbaik acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Sabtu.

Woo Jin dilabel sebagai pencabar utama dalam perebutan pingat selepas membantu Korea Selatan mempertahankan emas dalam acara recurve berpasukan lelaki pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad memanah negara, Lee Jae Hyung tidak mahu Khairul Anuar terlalu memikirkan reputasi Woo Jin pada saingan di Lapangan Memanah Yumenoshima Park nanti.

Sebaliknya, Jae Hyung sekali lagi mengingatkan Khairul Anuar fokus kepada persiapan dirinya sendiri walaupun sesi latihan pada Jumaat terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca hujan.

“Kami memang sudah lama mengenali Kim tetapi untuk aksi esok (Sabtu), sukar nak ramal siapa boleh mara ke suku akhir. Kami kena lihat juga faktor angin dan panahan siapa lebih konsisten dan stabil.

“Buat masa ini, kami hanya akan menumpukan kepada persiapan masing-masing. Saya harap Khairul Anuar kekal fokus dan konsisten dengan panahannya dalam saingan itu nanti,” katanya.

Khairul Anuar kini selangkah lagi untuk mara ke peringkat suku akhir, sekali gus menyamai pencapaiannya pada temasya Olimpik London 2012.

Terdahulu, Khairul Anuar berjaya mengharungi dua pusingan penuh dramatik apabila terpaksa berentap dalam penentuan shoot-off ketika menyingkirkan pemanah pemanah Finland, Antti Vikstrom dan wakil China, Wang Dapeng.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ntar-reputasi-Korea
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:10 AM | Show all posts

Khairul Anuar Mohamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085085 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list