CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 1

Hup Wei mahu beraksi setahun lagi

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Biarpun keputusan di temasya Olimpik Tokyo 2020 berakhir tidak seperti diharapkan, atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei ingin berbakti kepada negara setahun lagi.
Selepas berbincang bersama keluarga dan isterinya, Hup Wei memutuskan untuk menjadikan temasya Sukan Asia Hangzhou, China sebagai medan terakhirnya sebelum bersara.
Namun, ketika ini, Hup Wei berkata, dia mahu berehat dan menenangkan fikiran sebelum mengatur perancangan seterusnya.
Pada masa sama, dia tetap menegaskan bahawa Tokyo 2020 adalah Sukan Olimpik terakhir bagi dirinya dan tiada lagi kelibatnya pada Paris 2024.
"Buat ketika ini, saya hanya mahu berehat. Mahu menenangkan fikiran dan tidak mahu memikirkan apa yang sudah terjadi. "Memang kecewa, terlalu kecewa kerana saya mahu berikan yang terbaik untuk negara. Saya usahakan semuanya tapi tidak tahu mengapa ia tidak menjadi," katanya yang mempunyai catatan terbaik 2.29 meter dilakukan ketika Kejohanan Dunia 2007.
Semalam, impian Lee Hup Wei berakhir tidak seperti diharapkan sehingga ia benar-benar mengecewakan dirinya.
Raut wajahnya memberikan jawapan betapa luluh hatinya sehingga tidak dapat menahan air mata sejurus selepas tamatnya tiga lompatan ketika beraksi di Stadium Olimpik Tokyo, sekali gus menyentuh jutaan hati rakyat Malaysia.
Pada saingan itu, Hup Wei gagal melepasi ketinggian 2.17 meter (m) yang diletakkan pada lompatan pertama oleh penganjur.
Selepas tiga kali mencuba dia gagal melepasinya, sekali gus aksinya terhenti pada pusingan kelayakan.
Lompatan 2.17m itu bukannya satu yang sukar baginya yang sudah beraksi dua kali di pentas terbesar itu. Malah ketinggian itu mudah dilepasi ketika sesi latihan sebelum terbang ke bumi Tokyo.
Namun semuanya tidak menjadi dan akhirnya, Hup Wei, 34 terpaksa akur dia gagal melakukannya untuk negara.
sumber :HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:19 PM | Show all posts

JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei kelihatan sedih selepas gagal melepasi ketinggian 2.17 meter (m) pada pusingan kelayakan di Stadium Olimpik Tokyo, semalam. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.182839 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list